Selasa, 18 Mac 2008

Toure - Kami akan ke Chelsea dan menumbangkan mereka

Kolo Toure memberikan nasihat kepada rakan pasukannya supaya tidak putus asa untuk merebut saingan kejuaraan liga.

Pemain kebangsaan Ivory Coast ini yang menjaringkan gol penyamaan di lewat perlawanan menentang Middlesbrough pada Ahad lepas menyaksikan Arsenal memperolehi empat keputusan seri berturut-turut.

Chelsea yang merekodkan 80 lebih perlawanan liga tanpa kalah di Stamford Bridge yang akan menerima kunjungan Arsenal akan pasti ditentang sengit. Kolo Toure menyatakan Arsenal akan kembali ke landasan yang betul bagi mengejar kejuaraan dan akan menumbangkan The Blues di kubu kuat mereka.

"Untuk sekali lagi kami ketinggalan," kata Toure. "Ia sememangnya sukar untuk pasukan tetapi kami mampu menanganinya dan dapat menjaringkan gol dilewat permainan.

"Sekarang kami perlu meneruskannya dan memenangi perlawanan besar. Kami masih lagi pencabar liga selagi kami masih bermain corak serangan seperti menentang Middlesbrough.

"Kami akan ke Chelsea dan mengutip mata maksimum - kami boleh bermain di mana-mana dan mencari kemenangan - dan kami sudah membuktikannya di Milan. Kami harus mengulanginya minggu depan dan menumbangkan Chelsea.

"Kami tidak mempunyai perlawanan dalam minggu ini, jadi kami akan berehat dan apabila kami kembali, kami mempunyai tenaga maksimum dan akan memberikan tentangan sepenuhnya. Yang paling penting adalah keyakinan dan bermain corak permainan kesukaan kami, mempunyai kekuatan mental yang tinggi dan percaya kepada pasukan sehingga saingan tamat.

"Ia amat menyeronokkan untuk menghabiskan musim ini. Pasukan yang mempunyai keyakinan dan konsisten akan memenangi liga. Pada waktu sekarang ia agak sukar kerana kami melepaskan dua mata bagi setiap perlawanan. Tetapi apabila kami mula menang, kami akan kembali konsisten mengawalnya sehingga akhir musim."

4 ulasan:

peyus berkata...

dok bising2 psl MU n Arsenal,
aku t'lupa lak psl Chelsea..pdhal poin xjauh sgt pn..haha!

Hafez Rachwan berkata...

tau xpe..
klu dorg mng pagi kang jd 67 point,
sama ngn Arsenal.
klu MU klh xmcm 3 team 67 point?
br sengit..hehe

peyus berkata...

hahaha! btl gk 2..baru suspen..
x lena tido dibuatnye nnt..

Hafez Rachwan berkata...

ha3..mengeletar gk kaki beb
klu 3 team 67 points,
tp bg ak better,
br gila nya fighting..hehe