Sabtu, 15 Mac 2008

Premier League: Arsenal v Middlesbrough - Preview

Barclays Premier League
Emirates Stadium
Sunday, March 15, 2008, 1.15am
Referee : Mark Halsey (Lancashire)

Lupakan sejarah baru bolasepak Inggeris yang dicipta di San Siro, kejayaan hatrik seri dalam liga dan juga undian suku akhir liga juara-juara Eropah kerana pertemuan awal pagi nanti menentang Middlesbrough merupakan titik kebangkitan Arsenal dalam perebutan kejuaraan liga.

Kemenangan awal pagi nanti membawa makna Arsenal akan mendahului liga dalam tempoh paling kurang empat hari sebelum kedudukan Arsenal di takhta liga ditentukan melalui perlawanan ke 30 Manchester United vs Bolton Wanderers. Kemenangan di Emirates Stadium akan memberikan tekanan kepada Manchester United dalam usaha mengejar Arsenal.


Kehadiran 'pemain baru' Arsenal iaitu Robin van Persie ke dalam skuad akan memantapkan Arsenal setelah kehilangan Eduardo yang mengalami kecederaan patah kaki sehingga akhir musim ini. Kehadirannya bukan berseorangan tetapi sekembalinya Kolo Toure, Theo Walcott dan Emmanuel Eboue akan menambahkan kekuatan Arsenal. Tomas Rosicky dan Abou Diaby yang masih gagal berada di dalam skuad dan dijangka akan kembali pada minggu hadapan.

Bahagian serangan Arsenal yang diketuai oleh Robin van Persie bersama rakan di bahagian serangannya iaitu Emmanuel Adebayor serta pengerak kawasan tengah Arsenal iaitu Francesc Fabregas Soler, Mattieu Flamini serta Alexander Hleb akan merencanakan strategi Arsene Wenger yang akan berhadapan kubu Middlesbrough yang diterajui bekas pemain Chelsea iaitu Robert Huth bagi mengutip tiga mata penuh.

Kelibat bekas pemain Arsenal iaitu Jeremie Aliadiere bersama rakan serangannya iaitu Tuncay Sanli akan cuba merobek kubu Arsenal yang diketuai oleh kapten Arsenal, William Gallas dan dibantu oleh Kolo Toure Habib.

Kemenangan Middlesbrough di Merseyside masih segar diingatan pemain-pemain dan peminat Arsenal hasil jaringan kemenangan oleh Jonathon Southgate serta Steward Downing. Pada musim 2006/07, kedua-dua pasukan hanya berkongsi mata di Emirates dan rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan menyaksikan Arsenal menumbangkan Middlesbrough 7-0 di Highbury dua tahun lepas.

Secara keseluruhannya, perlawanan ini dijangka sengit dan aku meramalkan kemenangan 2-0 bagi Arsenal melalui jaringan Robin van Persie dan Cesc Fabregas.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mahukan kemenangan demi kemenangan...

Hafez Rachwan berkata...

ya..
kemenangan awal pagi ni amat diperlukan..
so dan lps mng ni Arsenal dh dpt blk momentum kmenangan so dh pasti Arsenal akan lead blk liga!!!