Jumaat, 14 Mac 2008

Key Battle Arsenal vs Middlesbrough

Perlawanan derby bagi Arsenal musim ini yang akan berlangsung pada hujung minggu ini dan sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh pemerhati bola sepak. Bukan sekadar membalas dendam kekalahan di Merseyside pada tahun lepas tetapi kutipan tiga mata amatlah ditagih bagi menjarakkan kedudukan daripada Manchester United yang hanya ketinggalan dua mata tetapi mempunyai satu lagi baki perlawanan. Dengan ketibaan beberapa pemain ke dalam skuad Arsenal yang mengalami kecederaan dan pengantungan perlawanan, skuad yang bertapak di utara London ini akan melayan kunjungan pasukan dari Merseyside dengan menurunkan skuad yang agak agresif bagi mencari tiga mata berharga. Berikut merupakan key battle yang diramalkan bagi perlawanan ini:

Robin van Persie v Robert Huth

Robin van Persie yang baru pulih daripada kecederaan akan diturunkan menentang Middlesbrough dimana dia akan bermula dalam kesebelasan utama skuad. Sejak Oktober lalu, dia hanya bermain empat perlawanan sahaja bagi The Gunners disebabkan masalah kecederaan. Sepanjang kempen Arsenal pada musim ini, dia hanya terlibat dalam lapan perlawanan sahaja di mana Arsenal sudah menyelesaikan 29 perlawanan sebelum ini. Bermain secara terbuka dan kemahiran set-piece antara kelebihan yang dimiliknya tetapi menjadi tunggak counter-attack Arsenal dengan larian pantasnya amat mengusar pihak lawan. Dengan 34 hantaran sempurna kepada pasukan, dia telah melakukan 17 rembatan ke sasaran dan statistik ini amat positif sekali. Robert Huth yang juga banyak terlibat dengan masalah kecederaan musim ini, menyebabkan situasinya hampir sama dengan Robin van Persie. Bentuk fizikal yang besar dan mempunyai tahap ketinggian hampir 1.90m akan menyukarkan Robin van Persie untuk bergerak terutamanya perebutan bola di udara.

Bacary Sagna v Steward Downing

Ketibaan Bacary Sagna ke skuad Arsenal pada musim panas lepas daripada pasukan Auxerre sememangnya antara nadi utama pembentukan skuad Arsenal yang mantap musim ini. Dengan larian pantas, terjahan bersih dan follow up kepada pemain sayap kanan, dia merupakan nadi pengerak serangan Arsenal di sebelah kanan. Pemain ini merupakan pemain paling kerap diturunkan oleh Arsene Wenger ke dalam skuadnya. Melakukan 14 larian sempurna, mematahkan 47 serangan dan hanya 4 terjahan yang gagal dibuat sememangnya akan menyukarkan pergerakan Steward Downing. Menjaringkan gol pembukaan semasa melayan kunjungan Arsenal di Merseyside, tonggak tengah Boro ini akan cuba menguasai kawasan tengah padang Emirates. Pemain kelahiran England ini telah melakukan 104 hantaran sempurna kepada rakan pasukan serta 20 larian sempurna akan memerlukan pertahanan Arsenal memberikan perhatian kepadanya.

William Gallas v Tuncay Sanli

Kapten Arsenal yang menjadi antara pengaruh terkuat dalam Arsenal akan berhadapan serangan Middlesbrough yang diketuai oleh Tuncay Sanli. Pemain kelahiran Perancis ini telah mematahkan 43 serangan lawan menampakkan kekentalannya diposisi pertahanan. Apa yang menjadi perhatian adalah semangat melawan yang dimilikinya akan membuatkan benteng Arsenal sedia menerima serangan Middlesbrough dari sebarang situasi dan posisi. Bahagian serangan Middlesbrough yang diketuai bekas pemain pasukan Fenebahce iaitu Tuncay Sanli ini telah meledak 5 gol sepanjang kempen liga. Melakukan 136 hantaran dan 11 larian sempurna, dia tampak nadi pergerakan serangan Merseyside.

Tiada ulasan: