Jumaat, 28 Ogos 2009

Man U Vs The Gunners.

Old Trafford sememangnya layak bergelar " Theatre of Dreams ". Pasalnya Untuk 17 thn terakhir (yakni Semenjak era Premier League) Arsenal hanya menang 3 kali dari Tuan Rumah (Man U).
Lebih Dahsyat lagi bila di imbas dari 30 tahun lepas sampai sekarang untuk rekod perlawanan BPL antara Man U vs Arsenal di Old Trafford, The Gunners hanya menang 5 kali yang mana semua ke lima lima perlawanan tersebut berakhir 0-1 untuk kemenangan Arsenal di OT.
Walau rekod Arsenal yang kurang memberangsangkan di OT, Man U juga menemui jalan sukar untuk melawan The Gunners, yang mana 5 pertemuan terakhir antara Man U vs Arsenal untuk BPL, Man U hanya menang 1 kali sahaja, musim lepas Man U menang atas Arsenal hanya pada Semifinal CL 08/09 yang mana Man U menang untuk ke dua dua semifinal baik kat OT mau pun di Emirates.

Arsenal semakin konsisten di setiap perlawanan, dari 26 game terakhir untuk siri BPL , termasuk 13 game selaku Tuan rumah dan 13 game berlawan di tempat lawan, The Gunners belum pernah lagi kalah sampai ke saat ini.

Arsenal telah merekodkan 40 gol untuk 13 game terakhir dan 14 gol untuk 3 game terakhir siri BPL, sangat di sesalkan, dari 13 game terakhir Arsenal tidak berjaya menjaringkan gol hanya pada saat menentang Man U di Old Trafford yang berkesudahan 0-0.

untuk Man U pulak, 38 siri perlawanan BPL berkesudahan Man U memperoleh 34 kemenangan 2 draw dan 2 kekalahan di Old Trafford.

Arsenal merupakan satu satunya club dalam sejarah Premier League yang menjaringkan 10 gol dalam 2 pertandingan, yang mana gol yang dijaringkan menggunakan kepala ialah 3 gol.

Sepintas lalu:
Eduardo Da Silva atau Dudu terancam penggantungan 2 pertandingan CL 09/10 berikutan Gordon Smith yakni CEO dari Federasi bola sepak Scotland meminta pihak lembaga disiplin UEFA untuk menghukum Dudu atas dakwaan Diving semasa leg ke 2 di Emirates Stadium yang mana Arsenal menang 3 - 1 dengan pinalty yang di berikan Refree Gonzlez selepas Dudu di jatuhkan oleh Artur Boruc. Tetapi hal ini akan di siasat sepenuhnya pihak lembaga disiplin UEFA selepas meneliti semula rakaman perlawanan tersebut.

1 ulasan: