Jumaat, 21 Ogos 2009

Hello Gunners

Maaf sebab lama aku tinggalkan blog ini. Terima kasih Qsheira yang masih lagi tegar memberikan info-info mengenai Arsenal. Musim 2009/10 yang baru sahaja bermula menjadikan harapan The Gunners semakin tinggi terutamanya dalam meraih trofi utama setelah kegagalan melakukannya selama 4 tahun. Dengan 2 kemenangan selesa dicatatkan di gelanggang lawan apatah lagi Arsenal masih lagi dibelenggu masalah kecederaan beberapa pemain utama, ini menunjukkan anak buah Arsene Wenger semakin matang apatah lagi dengan usia yang muda dan tekanan cukup tinggi dihadapi pada musim lepas sedikit sebanyak telah mematangkan fizikal dan mental pemain-pemain.

Tatkala Arsenal kehilangan dua tonggak utama iaitu Kolo Toure dan Adebayor, kehadiran Varmealan daripada Ajax Amsterdam yang berasal daripada Belgium ini telah menampakkan keserasian dengan corak permainan Arsenal. Bukanlah menghairankan sangat kerana aku percaya dalam tempoh beberapa tahun dia berada di Belanda membolehkannya mudah menyesuaikan corak permainan Arsenal memandangkan permainan total football di Belanda hampir menyamai corak permainan Arsenal. Dengan ketinggian 1.80cm dan bukanlah berfizikal besar di kalangan pemain pertahanan tengah di EPL, sudah pasti pandangan sinis akan muncul di muka-muka akhbar mahupun di bibir pemerhati bola sepak. Tetapi Wenger dengan tegasnya menyatakan bahawa Varmaelan bakal menjadi key player kepada Arsenal musim ini. Tanggapan Wenger ada benarnya. Dengan masalah set pieces yang kerap membocorkan gawang Arsenal, kehadirannya yang berfizikal kecil ini dilihat mampu memberikan saingan di udara, seakan-akan Carlos Puyol yang mempunyai ketinggian sama sepertinya. Dengan 2 aksi bertenaga dan asakan yang cukup positif, aku menjangkakan dia bakal memberikan impak positif di pertahanan apatah lagi menggunakan kaki kiri sebagai aset, ia merupakan langkah terbaik di dalam memberikan ace dalam menggeluarkan bola dari kawasan Arsenal.
Jika sebelum ini corak 4-4-2 yang sememangnya sinonim dengan Arsenal, permulaan musim ini melihatkan Wenger mengubah taktikal biasa ini kepada 4-3-3 dan mungkin juga kepada 4-2-2-2. Pelik bukan dengan formasi ini tetapi telah dibuktikan ia nampak berkesan. Dengan Denilson dan Song bertindak sebagai holding midfield yang pasti akan memberikan kelebihan kepada Fabregas dan Arshavin melakukan corak offensive di bahagian serangan. Ini bermakna Bendtner yang diberikan tugas lebih mencabar musim ini bersama van Persie akan membuka permainan yang pastinya menggelirukan pihak lawan. Maka tidak menghairankan 2 aksi sebelum ini 3 gol dijaringkan oleh midfielder di mana hanya satu gol sahaja dijaringkan oleh penyerang iaitu Eduardo dan baki 3 gol lagi melalui pertahanan yang berpunca daripada set pieces.

Musim ini masih baru sahaja bermula, menundukkan Everton dan Celtic telah memberikan permulaan yang cukup positif. Dan aku yakin sekiranya semua pemain memberikan fokus yang cukup baik, sebarang trofi bagi musim ini adalah amat cerah. Dengan tempoh perpindahan tinggal lagi 10 hari, belum lagi dilihat ura-ura Wenger akan mendapatkan pemain baru di dalam skuad, mungkin dalam tempoh pemerhatian. Posisi yang dilihat perlu diberikan perhatian mungkin di bahagian defensive midfield di mana sekiranya Wenger mendapatkan seorang pemain berpengalaman di posisi ini, ia boleh mematangkan permainan Denilson, Song dan Diaby. Tetapi mungkin juga tidak. Dengan tempoh dua tahun kebelakangan ini mereka memikul segala beban di usia mentah, adalah tidak mustahil keadaan tersebut telah mematangkan mereka. Dan Wenger lebih mengetahui apa yang mampu diberikan mereka.

Adios, sebelum terlupa, selamat menyambut Ramadhan.

Tiada ulasan: