Jumaat, 29 Ogos 2008

Undian Liga Juara-juara Eropah


Aksi liga juara-juara akan kembali membuatkan aku dan kamu akan berjaga di tengah malam menyaksikan perebutan piala tertinggi bagi kelab Eropah. Undian kali ini menampakkan setiap kumpulan adalah sama rata dan Arsenal yang berada di dalam group G bersama-sama FC Porto (Portugal), Fenerbahce (Turki) dan Dynamo Kyiv (Ukraine) sudah pasti akan mengalami tentangan sengit.

Jika sebelum ini Arsenal pernah berkumpulan bersama FC Porto iaitu pada tahun 2006/07, kali ini pertembungan diteruskan kembali. Lawan yang aku rasakan sukar bagi Arsenal sudah pastinya Fenerbahce tetapi kejayaan menumbangkan lawan-lawan dari golongan kelab elit sebelum ini membuatkan aku yakin Arsenal mampu mara ke pusingan seterusnya.


Dinamo Kyiv mungkin boleh dianggap pasukan under dog tetapi aku harapkan pemain Arsenal tidak memandang rendah keupayaaan mereka. Jangan mengulangi aksi seperti di Craven Cottage! Jika musim lepas aksi mengagumkan dipamerkan, aku hanya mampu mengharapkan piala ini diletakkan indah di Emirates!!!

Tiada ulasan: