Rabu, 20 Ogos 2008

Adebayor dan Hoyte Berkontrak Baru


Memang tak terkejut pun kalau dia sign contract baru. Aduh, aku sebenarnya dah malas dengan dia sejak terhegeh-hegeh nak masuk team lain baru-baru ni. Last-last kena reject baru nyibuk nak baik-baik dengan fans nak duk Emirates.

Entah apa yang disayangkan Wenger kat dia ni, nak kata superb, biasa jer aku nengok. Ntah ler, mungkin project long term Wenger, dia bukan nak bagitau pun kat sesapa. Mintak-mintak menjadi la.

Senyap-senyap si Hoyte ni ada isi dia jugak. Dah kena tendang belakang dengan Sagna, so dia cuba la nak adapt dalam first team. Last-last dapat la sarung baju Boro dengan harga perpindahan dirahsiakan. Alah macam la ada BPR nak soal siasat lak..huhu

Season lepas dorang dapat Aliadiere, season ni dapat Hoyte. Arsenal dapat apa? Dapat duit jer untuk beli midfield baru. Siapa pun aku tak tahu? Geram lak aku dengan Wenger, bila dia nak beli midfield baru ni.

Justin Hoyte ni berusia 23 tahun, dari umur 9 tahun dah join Arsenal. Gila lama. So kita hilang seorang 1st team dari England, tapi kita masih ada Theo Walcott, Mark Randall, Kieran Gibbs dan Jack Wilshere. Ok la tu Blatter!

Tiada ulasan: