Rabu, 20 Ogos 2008

Pembuka Tirai 2008/09


Dah lama tak update..hehe. Sori la beb, cuti balik kampung, memang malas nak pegi cc, kalau duk umah sewa tada hal, boleh online 24 jam. Ok, game pertama musim ini! Permulaan yang bagus tetapi belum memuaskan hati. Banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki.

Kali ni aku puji sikit si Eboi tu, dia bermain sebagai defensive midfielder dengan baik, cuma long range dia tu ada sikit kelakor la. "Ko tu kaki defend, memang serong ko shot!" haha. Nyampah aku tengok dia shot tapi ok la dia jaga bahagian tengah.

Aku nampak bahagian pertahanan musim ini agak mantap, so aku rasa Almunia tak banyak kerja sangat. Djourou memang best! Ada gaduh sikit dengan Gallas, biasalah, mafia marah budak jual chewing gum kat tempat dia..

Manusia Gunners yang cam taik jer malam tu jatuh kepada Adebayor dan Bendtner. Kat mana dorang nak bawa bola pun aku tak faham. Macam tak ada direction. Letih jer aku puji melambung kat Bendtner waktu pre-season, last-last hampas!

Theo pulak tak berapa nampak bertenaga. Letih kena kerja teruk waktu pre-season kut. Kemasukan RVP menampakan bahagian serangan cukup bertenaga! Aku rasa Wenger saja jer nak taruk dia sebagai subs, tak nak dia tergopoh gapah, dia ni kalau gopoh sikit masuk wad jer..huhhh

Hero segala hero malam tu jatuh kepada Samir Nasri. Memang prodigy la dia ni. 1st game dah skor. Itu sudah pasti pembukaan untuk menjadi berterusan. Aku memang puji dia untuk game ni, mobile dia bergerak. Lagi bagus dari Hleb!

Next opponent lawan Fulham lak. Aku rasa kat Craven Cottage ni boleh skor banyak ni. Hopefully camtu la. Kita tengok camne. Aku tak kesah gol macamana, main lawa dan menang adalah cukup baik! Rasa aku game kedua ni Cesc tak main lagi, mungkin la Eboue dan Denilson akan dipairkan lagi.

Tiada ulasan: