Rabu, 13 Ogos 2008

Peninggalan dalam Tempoh Seminggu

Sori la dah lama aku tak update news mengenai Arsenal. Hampir seminggu juga la tapi perkembangan Arsenal tetap aku ambil cuma nak update blog tu jer malas. Macam nak close pun ada..huhu.

OK aku mulakan dengan pre-season Amsterdam Tournament. Memang mengujakan, kita berjaya mengekalkan trofi ini buat kali kedua berturut-turut.

Perlawanan kedua menentang Sevilla hanya mampu aku saksikan dalam youtube jer. Tak sempat nak streaming sebab aku pergi jalan-jalan kat KL.

Sekali lagi gandingan Nicklas Bendtner dan Carlos Vela berhasil. Gerakan Bendtner sebelum melakukan hantaran kepada Vela, disudahkan dengan kemas. Kita tidak kurang penyerang!


Perlawanan yang menyaksikan skuad simpanan Arsenal menentang Sevilla yang cukup berpengalaman memang tak menghampakan dan aku yakin pemain-pemain ini sudah bersedia menghadapi musim baru.

Muka-muka baru seperti Vela, Jack Wilshere, Mark Randall dan Kieran Gibbs sudah pasti mampu untuk menyinar di musim ini.


Comeback dari ketinggalan dua gol di separuh masa pertama melalui jaringan Suarez dan Huntelaar memang buatkan Wenger maki jer budak-budak ni kat dressing room.

Hasilnya cukup lumayan, tiga gol dalam separuh masa kedua cukup untuk membuatkan Arsenal meraih enam mata iaitu tiga gol untuk tiga mata dan tiga mata untuk kemenangan.

Hantaran lintang Eboue di sudut kanan padang memang mengelirukan Stekelenburg dan dengan mudahnya Adebayor melakukan header menerjah jaring. Gol kedua melalui hantaran Adebayor kepada Bendtner mudah dilangsaikan untuk gol penyamaan.

Jaringan kemenangan yang terhasil melalui gerakan Denilson sebelum melakukan cross rendah disempurnakan dengan baik oleh Adebayor.

Secara umumnya aku melihat kombinasi Cesc dan Denilson cukup menarik tetapi satu perlawanan tidak mencukupi.

Kita lihat bagaimana perlawanan menentang FC Twente di bawah pengurusan kambing hitam England iaitu Steve Mcclaren.

Sekiranya berhasil, aku yakin Wenger tidak akan menambahkan skuad di posisi tengah.


Kenyataan Wenger yang mungkin memasukkan seorang pemain berpengalaman diposisi tengah akan dapat membantu jentera tengah. Nama tidak dinyatakan dan berkemungkinan besar Gareth Barry, Inler, Alonso atau Yaya Toure. Kita nantikan bagaimana.

Sewaktu perlawanan menentang Ajax juga dapat dilihat peranan Adebayor amat penting bagi pasukan dan aku merasakan dia perlu stay bersama Arsenal sekurang-kurangnya satu musim lagi. Kontrak baru? Mungkin juga.

Van Persie juga menyatakan keinginan berbincang kontrak yang panjang bersama Arsenal.


Musim baru dah nak bermula, berita menarik bagi pengunjung laman web rasmi Arsenal iaitu Arsenal.com menampakkan perubahan layout yang baru.

Mengekalkan tradisi merah dan putih tetapi menjadikan warna putih sebagai asas memudahkan peminat mendapatkan info terkini Arsenal.

Tiada ulasan: