Selasa, 5 Ogos 2008

19 untuk Wilshere


Apa yang aku inginkan mengenai budak tingkatan 4 ni dah jadi kenyataan. Bermula musim baru ni dia akan menyarung jersi no 19 dan akan bersama skuad senior. Pendedahannya bersama skuad senior dengan usia 16 tahun sama seperti Cesc Fabregas.

Banyak yang didengar mengenainya dan ramai menjangkakan dia akan menjadi the next Fabregas tapi bagi aku la, dia akan jadi the next David Silva.

Passing, ketenangan melakukan rembatan, pemain kidal, kecil molek dan bebas bergerak ke kanan atau kiri padang sememangnya seakan-akan sama dengan Silva yang merupakan antara pemain kesukaan aku.

Nantikan bagaimana dia akan mengejutkan ramai pemerhati bola sepak dan kreditnya, dia seorang pemain berbangsa Inggeris. Jangan cakap Wenger sisihkan pemain England, ok!!!

Tiada ulasan: