Ahad, 29 November 2009

Optimistik bagi orang berdarah Arsenal!

Kita serang dengan apa yang kita ada, itu yang aku mampu katakan. Masalah kecederaan tu aku rasa memang mampu merencatkan aksi penting menentang Chelsea tetapi dengan kualiti yang kita ada aku yakin kita mampu tumbangkan Chelsea. Hey, relax la, ini bukannya game yang perlu kita tekankan sangat, tetapi ini mungkin aksi yang boleh membuka mata semua pihak!

Ok, kita sedia maklum kecederaan van Persie, Bendtner, Clichy, Gibbs, Diaby dan Gallas yang masih lagi belum yakin mampu diturunkan menampakkan sedikit kekosongan tetapi perlu diingat, sekiranya kita beroperasi mantap di midfield dengan source ball daripada pemain-pemain seperti Fabregas, Nasri, Arshavin dan Rosicky, tak mustahil ia adalah tugas yang sukar untuk Eduardo selesaikan, paling menarik, mereka-mereka ini juga mampu menyumbangkan gol!

Perlu diingat jika lawan-lawan seperti Wigan mahupun Aston Villa mampu tewaskan mereka, kenapa pula tidak untuk Arsenal. Keputusan bola sepak bukan ditentukan oleh nama, ini adalah permainan berpasukan, sebaik mana aksi sekalipun belum tentu juga menjadi pemenang maka disebabkan itu faktor nasib juga berperanan. Dan aku cukup optimis, 3 mata buat Arsenal.

Sekiranya keputusan tidak diingini berlaku, ini bukan bermakna harapan menjulang EPL tertutup sehabis-habisnya. Tapi aku terpaksa melihat Arsenal dari 'jauh', faktor keluarga membuatkan aku tidak dapat menonton aksi ini. Apa-apa pun, aku tetap yakin Arsenal mampu menumbangkan Chelsea, aksi 3 mata penuh buat Arsenal!

1 ulasan:

Qsheira berkata...

ap sal bro???
tak tengok game nie??
rugi betol larrrr
tapi tak pe..
harap gooners menjadi..
masin mulut aku kali nie
Arsenal 2
Chelsea 0