Ahad, 15 November 2009

Hujan air mata di November


Kali ni benar-benar masin mulut Arsene Wenger, secara rasminya target men kita iaitu van PERSIE sekali lagi menerima nasib yang cukup malang. Sekurang-kurangnya dia bakal berada di sideline dalam tempoh 3 bulan atau pun mungkin menghabiskan musim ini lebih awal setelah mengalami kecederaan parah di ankle. Dengan November dan Disember merupakan tempoh paling mencabar, ke mana arah tuju Arsenal nanti?

Mungkin kali ni Wenger terpaksa berbelanja lagi setelah kita juga kehilangan Bendtner, so secara logik kita tiada lagi target men sekurang-kurangnya sebulan ini! Asakan keras Chiellini ke atas van Persie di minit ke-12 perlawanan membuatkan dia mengalami keretakan pada ankle yang akan meletakkan dia 3 bulan dalam tempoh kecederaan dan sekiranya mengalami kepatahan di ankle, dia bakal tidak beraksi sehingga tamat musim ini!

Buat masa sekarang dia sedang diakses oleh fisio yang pernah merawat kecederaan Ronaldo, Owen dan Nistelrooy, kelihatan juga van Persie sudah gagal mengawal emosinya melihat kecederaan dialaminya. Dua minggu lepas melalui kenyataan Wenger bahawa November bulan yang cukup malang buat Arsenal ternyata benar. Dan aku disini mengharapkan van Persie kembali segera sembuh dan Wenger, mungkin terpaksa mencari sesuatu yang hilang, sesuatu yang perlu memberikan impak segera Januari nanti!

5 ulasan:

irfat berkata...

nak wat camna bro..
redha ja la..

panas gak kengkadang tuh..
asal international jek, injured..hadoi..

sabo je la..
harap arsene dpt wat sesuatu..
spaya kehilangan rvp tak terasa sngt..

idhassan berkata...

AW kena percepat cari seorang striker yg btol2 strong untuk ready sebarang kemungkinan coz penyerang arsenal semuanya hebat berkaki kaca spt walcott,rvp, bendtner,eduardo..bila2 masa shj jika di tackle keras dorang akan MC 2,3 bulan punye...aku cadangkan beli Camakh@sapa2 la yg dirasakan bagus dan MURAH oleh pak wenger...beli jgn tak beli..kita sekarang no.2 liga ni..nanti tergencat segala perancangan dan impian kita suma..

Hafez Rachwan berkata...

huntelaar!

Qsheira berkata...

CAmakh paling sesuai, depa dah nak habis contract ujung musim nie..
kalau tak lepas juga january nie, Arsenal dapat free..
tak kan nak tunggu free kalau RVP dah kondem..

Hafez Rachwan berkata...

2 la, nk sepp bajet rembat jer chamakh..xpela even dia xavailable utk ucl tp dlm 6 bln ni leh la develope dia slow2..season dpn dh bley mantap..