Isnin, 28 September 2009

Game week 6: Fulham vs Arsenal

Aksi yang cukup mendebarkan di Craven Cottage dengan serangan bertubi-tubi ke arah kubu Arsenal dan aksi fizikal yang aku rasakan cukup keterlaluan yang dipamerkan oleh Fulham maka tak hairan layangan kad kuning cukup meriah bagi pasukan berjersi putih hitam ini tetapi skuad Arsenal yang masih segar dengan kejayaan ke atas Wigan berjaya menyesuaikan situasi ini.

Terjahan dan aksi keras terutamanya daripada Pantsil ke atas Bendtner dan Rosicky memang terlalu fizikal, sememangnya aku sedar EPL merupakan liga paling berfizikal tetapi jika aksi sebegini dipamerkan oleh Fulham aku membayangkan ia seperti corak permainan American Football akan tetapi jika diikuti dengan bilangan pemain USA di dalam pasukan ini maka tidak hairan la aksinya sebegini rupa. Dan aku percaya, Arsenal yang sentiasa cuba mengawal bola bagi setiap perlawanan pasti mengalami kesukaran jika situasi sebegini diterapkan oleh pasukan lain juga yang pasti akan merosakkan permainan Arsenal.

Paling mengujakan adalah aksi Vito Mannone yang menjadi ROOKIE goalkeeper dengan aksi heroic cukup tangkas. Reflek yang cukup pantas, keputusan yang tepat dan sentiasa celik membaca pergerakan pemain lawan, tidak hairan jika aksi sebegini dipamerkannya akan memaksa Wenger memikirkan siapa bakal berada di posisi terakhir kubu Arsenal. Bermula dengan double burble save yang cukup solid, dia semakin konsisten. Dua aksi cleansheet, fizikal yang cukup baik, berhati kering, ditambah dengan kejayaannya menyelamatkan beberapa percubaan melalui tandukan yang aku rasakan serangan paling sukar untuk diselamatkan dibandingkan dengan sepakan maka tidak hairan semua penyokong Arsenal semakin teruja dengannya. Perlu aku akui, sudah lama aku tidak melihat goalkeeper Arsenal se-SOLID ini! Tahniah.

Dan kegagalan van Persie menjaringkan gol di Emirates akhirnya ditebus dengan gol yang cukup cantik. Bermula dengan thru pass menarik daripada Fabregas, turning, plessing dan low shoot daripada van Persie sememangnya melangkaui jangkauan Schwarzer. Ni kira gol hari raya daripada van Persie..haha. Yeah, kapten fantasy aku, mestilah kena skor raya-raya ni, Fabregas lak dapat assist, jadi la, last week dah skor..hehe. Arsenal juga sebenarnya mampu mendapatkan gol kill game tetapi sayang rembatan daripada Bendtner dan Eboue terutamanya tersasar jauh daripada sasaran.

Paling dilihat agak sunyi dalam aksi ini adalah Arshavin. Mengelamun atau belum cukup fit, entahlah. Eduardo diletakkan dalam bench untuk disimpan, risau kiranya aksi fizikal sebegini akan merisikokan dia untuk cedera kembali, sedangkan 1st touch daripada Rosicky dah dibantai dari belakang dari Pantsil. Awek aku, macam biasa, gembira dapat tengok Rosicky dan melenting bila dibantai si Panstil. Gallas pula berkali-kali mengalami asakan yang sukar dielakkan bermula dengan tandukan ke atas kepala lutut Mannone, lepas tu dipakejkan dengan perebutan bola di udara yang menyebabkan dia terlentang disebabkan landing menggunakan punggung. Hishhh, janganlah injurd!

So dengan kekalahan Chelsea, kita berada 6 mata di belakang tetapi masih berbaki dengan satu perlawanan yang setidaknya akan mendefisitkan punggutan mata dikurangkan kepada 3 mata. Padan muka si Ballack, eksyen sangat, cakap juara EPL bakal ditentukan antara Chelsea dan MU, kan dah kalah, dengan Wigan, haihhh baru jer Arsenal titik minggu lepas 4 bijik. Aksi seterusnya bermakna Arsenal akan kembali ke Emirates untuk melayan kunjungan Olympiacos dalam aksi kedua kumpulan H untuk liga juara-juara Eropah. Adios!

4 ulasan:

Rynn (sunshine) berkata...

patut la asik tersedak je, de 2 org asik sebut pasal sy.. hahahaha

oh yeah, Mannone! nak tgk next game dia main.. semoga excel lagi.. xmau la ada game dia hebat, ada game dia teruk.. hehe~

rachwan berkata...

tp q yg bahan i lg byk..hahahahaha

kata xsuka org italy..:P

Qsheira berkata...

Larrr...
Q hanya ikut perkembangan semasa..
dan posting mengikut keadaan saja..

sape yang tak suka italiano capuccino tu???

Rynn (sunshine) berkata...

saya!

sebab saya sokong France and benci Italy masa World Cup.. miahahaha~

i belum suka Mannone tu lagi tau.. baru puji skit :p