Selasa, 15 September 2009

Baling batu dengan sorok tangan adalah THRU LOSER!

6 huruf untuk mendefinisikan 2 perlawanan terakhir Arsenal iaitu KECEWA tatkala Arsenal sememangnya logik untuk mendapatkan 6 mata bagi 2 aksi ini. Tragedi di Manchester ini seharusnya menjadi suatu pengajaran yang berguna buat Arsenal dan perlu kembali memastikan semangat melawan tidak dilumpuhkan. Dua kekalah ini sedikit sebanyak memberi impak kepada aksi menentang Standard Liege nanti di mana kunjungan ke Belgium ini perlu dipastikan 3 mata berharga perlu dicari bagi mengembalikan suasana positif sepasukan.

Berbalik kepada aksi kedua di Manchester, memang diakui aksinya cukup fizikal tetapi penilaian pengadil perlawanan sedikit sebanyak mencetuskan kontroversi. Cuba lihat dua terjahan keras AdeBUYor ke atas Fabregas dan van Persie yang tidak diberikan layangan kad kuning membuatkan mutu pengadilan domestik cukup tidak seimbang cuma sambutan gol ala beruk kena cili oleh AdeBUYor diberikan kad kuning.

Dan Adebayor telah menunjukkan gaya tidak profesionalnya, mencari key player untuk dicederakan, menyambut jaringan di luar batasan, aku secara rasmi langsung tidak akan merasa hormat kepadanya, jijik dan secara tak langsung, jaminan yang aku cukup pasti, nasibnya akan sama dirasai seperti yang CASHley Cole apabila berkunjung ke Emirates. Sedangkan Anelka yang masih terhutang budi sewaktu di Arsenal walaupun kurang dari 2 musim, jadi adalah cukup memualkan manusia sebegini.

Clichy, Sagna, Diaby, Denilson dan Almunia cukup menghampakan untuk aksi ini. 3 gol berpunca daripada kesilapan bodoh Clichy ditambahkan pula taraf permainan buruk yang cukup tidak perlu dipertikai kepada Diaby dan Denilson, aku merasakan mereka cuma 'average player' yang hanya mampu beraksi dengan baik bagi menentang pasukan pertengahan manakala pasukan utama, mereka sememangnya 'isolated'. Sagna pula bagaikan hilang punca, mungkin kepenatan setelah aksi antarabangsa manakala Almunia yang selesa di kawasannya hanya watak picisan aksi ini, tiada sumbangan positif!

Bagi van Persie, bersabarlah. Dia individu paling kecewa di atas padang. Gol penyamaannya yang perlu dijadikan tonik kepada 3 mata disia-siakan lima individu di atas. Kehadiran Rosicky yang memberikan impak positif kepada pasukan juga berakhir dengan sia-sia cuma positifnya kita kembali mendapatkan seorang lagi 'offensive player' yang secara logiknya akan membuatkan aku lega untuk melihat Wenger menendang Denilson dan Diaby dari kesebelasan utama. Dan aksi di Emirates nanti aku menjangkakan dia bakal beraksi di 'starting line up', mungkin juga bersama Walcott.

Walaubagaimanapun kekalahan ini sedikit sebanyak membukakan mata kita lebih luas akan beberapa kelemahan ketara yang perlu di 'touch-up' kembali. Aku yakin aksi seterusnya Arsenal bakal lebih konsisten. Dengan 'major injury' iaitu Nasri dan Walcott semakin hampir kepada 'dateline' manakala Arshavin cuma berehat lagi 2 perlawanan, aku pasti formasi 4-3-3 atau 4-4-2 lebih 'offensive' dan efektif.

Hey, relaks la, kita baru beraksi 4 perlawanan liga dan berbaki satu perlawanan lagi, maka sekurang-kurangnya kita akan mencapai maksimum 9 mata daripada 5 perlawanan. Dan perlu diingat, 3 dari 4 perlawanan yang dilalui adalah di tempat lawan, jangan fikir Arsenal akan menutup mata di pusingan kedua di Emirates. Revenge, itu adalah pasti. Apa yang perlu sekarang kuatkan mentaliti, jadi semua itu mustahil!

Almunia-3

Entah ada ke tidak di padang, aku hairan posisinya sewaktu di 'set-pieces', ini bukan kali pertama dia berada di kedudukan sepatutnya! No 1 England goalkeeper, HELL NO! Zakat kepala yang tidak dikehendaki!

Sagna-4

Tiada overlapping efektif, nampak kepenatan (setelah beraksi pada kelayakan World Cup), tidak beraksi seperti sedia kala.

Gallas-7

Tidak perlu dipertikaikan semangat Gallas, cukup positif, tapi sayang rakan-rakan di full back menyebabkan dia kangen dengan 4 gol gawang Arsenal bolos.

Vermaelan-7

Membuktikan dia cukup solid, tapi sayang bukan, dia dan Gallas sudah beraksi sebaik mungkin di Manchester tetapi apakan daya. Sayang long rangenya gagal menembusi gawang Given.

Clichy-1.5

Aku hairan, sebelum ini sepantas kilat, dia juga kelihatan mengelamun dan paling utama tidak sedar selepas satu persatu kesalahan. 3 silly mistakes okay! Kegagalan mengeluarkan bola-bola sebelum tiba ke kaki Ireland, alpa mengawal bola sehingga dilarikan SWP dan Bellamy, memang meledakkan adrenalin aku!

Fabregas-6

Permainannya kelihatan agak terbatas setelah diterjah AdeBUYor tetapi atas semangat dia memberikan yang terbaik. Kegagalan Denilson dan Diaby beraksi baik, dia kelihatan agak isolated dan terpaksa going deeper untuk mendapatkan bola. Benteng De Jong dan Barry juga dilihat berjaya mematikan pergerakannya yang merupakan nadi utama Arsenal.

Song-6

Beraksi seperti biasa walaupun kelihatan kurang solid tetapi adalah tindakan yang salah menggeluarkannya yang sememangnya membebankan Back 4 setelah ketiadaan DM. Satu kesalahan mutlak Wenger tidak melakukan pertukaran awal dengan membiarkan Diaby membodohkan permainan.

Denilson-4

Entah kenapa dia berada di padang. Lost ball, gagal memberikan support, dia belum layak beraksi pada perlawanan penting walaupun pemain yang banyak beraksi musim lepas. Langsung tidak membantu!

Diaby-3.5

WTF!! Inikah Vieira wanna be? Kelakor. Sudahlah, aku cukup mual dengan individu ini. Holding ball dari pemain lain yang kemudiannya lost ball, hey kaki panjang, jangan fikir kaki kamu laju!

Bendtner-5.5

Dia cuma menjalankan tugasnya di flank dan sememangnya tidak sangat efektif, dia tidak diperlu dipersalahkan dan dari segi fizikal, dia sepatutnya berada di bahagian target man tetapi entahlah, Arsene's Know!

Van Persie-7.5

Individu paling bersemangat di padang. Walaupun tidak mempunyai kekuatan fizikal yang lebih gagah tetapi dia cukup bersungguh menunaikan tanggungjawabnya. Bermula dengan agak isolated ditambah rempuhan keras pertahanan lawan, dia menunjukkan keinginan mengatasi fizikal. Menampakkan kematangan dan terserlah sebagai pemain profesional!

Rosicky-7.5

Walaupun bermula dari bench, aku memberikan rate cukup tinggi untuknya! Satu gol dan menginspirasikan gol penyamaan, inilah adalah come back yang dialu-alukan tetapi sayang kesudahannya agak menyedihkan. Apa-apa pun kehadirannya menghadirkan keceriaan kepada kem Arsenal. Oh yaa, awek aku dah curang, dia dah sukakan Little Mozart!

Eduardo-6.5

Hairan kenapa dia tidak diletakkan di dalam kesebelasan utama, sekurang-kurangnya berada disisi van Persie apatah lagi killer instinctnya cukup diperlukan. Kurang daripada 15 minit sahaja aksinya, tidak banyak dapat diberikan walaupun banyak membantu. Hairan, mungkin Diaby lebih baik? s**t!

Eboue-6

Dengan kecederaan Arshavin ditambah pula kecederaan panjang Nasri dan Walcott, dia lebih layak diletakkan di kesebelasan utama (kehadirannya pada perlawanan penting pada kecederaan dialami pemain utama) dibandingkan Diaby dan Denilson sewaktu aksi sebegini penting kerana aku percaya Eboue lebih efektif dan mampu memberikan pertolongan cemas kepada Sagna

2 ulasan:

Qsheira berkata...

Wei bro..
kutok kaw2 ye kat Dyabi & Denilson???

Awek engko minat nga rosicky??
hati2 bro..
Rosicky hensem siot arghh..
:) wa kakakakaka
just kidding..

Rynn (sunshine) berkata...

hahaha mmg ptt pun.. kucar-kacir je diorg main.. janji my Rosicky sgt membantu lepas dia masuk dlm game.. lalalaaa~

mmg da tergoda kat Rosicky da ni.. hahahaha~ :p