Jumaat, 16 Januari 2009

Tolonglah realistik!


Haaahhh...100 millions pound, 500k seminggu untuk seorang player, gampang apa Manchester City ni.. Rosak bola sepak dibuatnya sebab duit. Bukannya aku heran sangat dengan duit yang tok Arab tu ada, tapi at least janganlah buat maruah pemain bola sepak murah dengan duit, boleh luluh sebab duit banyak, memang tawaran tu tinggi tapi aku respek pada Kaka sebab reject bidaan Kaka kerana dia masih setia dengan Milan dan menolak disebabkan bukannya gilakan duit.

Kalau aku jadi dia pun aku rasa aku tolak atas sebab maruah. Lagi pun fikirlah secara logik, bola sepak yang sebenar bukannya mengharapkan kekayaan pemilik tetapi bola sepak sebenar membuat perbelanjaan kerana 3 aspek utama iaitu jumlah kedatangan penonton ke stadium, penajaan dan juga siaran di kaca tv.

Sememangnya satu kelebihan bagi Manchester City yang mempunyai pengaruh kewangan yang cukup kuat dan stabil walaupun ekonomi global berada di dalam keadaan tenat, tetapi di dalam membuat bidaan seharusnya realistik. Tidak perlu untuk melakukan bidaan seekonomi mungkin seperti Wenger tetapi sesuatu yang agak melampau untuk membelanjakan seorang pemain dengan harga yang tidak masuk akal.

Aku akui bahawa Kaka antara pemain terbaik di dunia tetapi merujuk kepada harganya yang membolehkan dibelanja sekitar 4 atau 5 pemain kelas dunia, memang boleh buatkan kelab-kelab meremang bulu roma macam datangnya puaka niyang rapik..haha. Sudah pasti AC Milan kelabu asap, tetapi Kaka menolaknya dan ingin berjumpa pemilik Manchester City.

Perbincangan sebagaimana antara Kaka dan pemilik Manchester City tidak dapat dipastikan tetapi sekiranya Kaka seorang pemain yang cukup professional dia akan cakap sebegini dalam bahasa melayu; "Ko ingat ko duit banyak boleh amik player sesuka hati bikin dream team ke, main PES la kalau nak bikin dream team, tak pun baik ko sedekahkan wang tu kat Gaza, orang seagama ko mengalami penderitaan sekarang ni, ko tak pikir ker?"

Dan bidaan Kaka tak bermakna Mark Hughes berputus asa sebaliknya kembali membuat bidaan 107 millions pound, WTF!! Wenger yang disoal mengenai isu ini mengatakan dia langsung tidak cemburu dengan dana Manchester City sebaliknya berharap Manchester City lebih realistik!

Bukan sahaja Kaka yang menolak tawaran Manchester City malah beberapa pemain juga telah menolak mentah-mentah antaranya Cesc Fabregas, Lionel Messi, Fernando Torres, Cristiano Ronaldo, Steven Gerrard, Gianluigi Buffon, Iker Casillas dan beberapa lagi pemain terkemuka dunia.

Bayangkan Wenger diberikan dana sebanyak itu untuk dibelanjakan Januari ini dan harus digunakan sepenuhnya sehingga 2 Februari ini untuk transfer, aku rasa Arsenal dah boleh ada satu complete team yang baru dengan 100 millions ni..hahahaha. Haihhh..ni la akibatnya bila dah kaya sangat sampai tak tahu nak spend duit kat mana, harap-harap zakat harta bayar la yer...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku pun berharap transfer nie tak jadi..
rusak kang pasaran bursa transfer di buat mat arab yang banyak duit nie..
tapi bila lihat kepada 107mil pounds..
berkemungkinan besar milan akan jual kat city..
lepas tu piala fa man c vs birmingham..
kena terjah macam dudu hari tu..
kaka makan gaji 3 tahun..
bab dia sengaja lama lama kan cedera nak makan gaji buta
:) wakakakakaka
jadi merepek lar pulak..
sory ye bro..

Hafez Rachwan berkata...

hahahaha..
aku suka kaka wey, antara feveret player aku..hehe
kaka xnk pegi, milan tu yg kelabu asap skang ni..