Ahad, 11 Januari 2009

Arsenal 1 - 0 Bolton



MOTD Highlights : HERE

Kali ini aku miss lagi game Arsenal disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Nasib la ada kawan-kawan yang updatekan news. Kemenangan tipis 1-0 di Emirates menentang Bolton adalah sesuatu titik permulaan konsisten 2009. Dah sampai jer rumah, aku buat streaming Stoke Liver dengan harapan Liver drop point, memang betul la hajat aku..hehe.

Sekiranya dilihat pada post game selepas keputusan seri di Villa Park, aku telah mencabar skuad Arsenal memenangi kelima-lima perlawanan untuk kekal konsisten bermula dengan aksi menentang Pompey, Plymouth, Bolton, Hull City dan Cardiff City. So 3 dah disetelkan, tinggal lagi dua.

Ok aku tak boleh nak review game disebabkan tak tengok game tu, aku cuma dapat tengok highlight gol jer, highlight game belom diuploadkan di FootyTube so harap maaf yaa, cukup sekadar aku ulas daripada report yang dibaca di beberapa website EPL.

Selepas dibelanjakan gol oleh FA sewaktu Plymouth, kali ini Bendtner kembali menjaringkan gol yang superb walaupun mengalami kecederaan di ankle nya. Bendtner bukan nama yang manis nak disebut di dalam pasukan Arsenal setelah menerima pelbagai kutukan mengatasi pujian, tapi melihatkan gol yang dijaringkannya (hari ini), sememangnya berteknik.

Gerakan gol yang bermula di tengah padang melalui Nasri sebelum diberikan kepada Clichy yang seterusnya melorongkan bola dengan cukup baik kepada van Persie dan kemudiannya superb crossing disudahkan dengan voli rendah oleh Bendtner. Dan untuk kali kedua perlawanan berturut-turut van Persie terlibat untuk memberikan kemenangan buat Arsenal.

Bolton yang bermain secara fizikal dan bertahan sememangnya menyukarkan Arsenal ditambah dengan kehilangan khidmat-khidmat pencorak permainan Arsenal, adalah cukup sukar untuk menembusi gawang Bolton. Dan dead lock yang terhasil diminit ke 84 membolehkan Arsenal semakin mendekati Liverpool dengan perbezaan 8 mata saja.

Melihat kepada kesabaran pemain untuk merancang permainan sehingga mencipta kemenangan, adalah tidak adil untuk mengatakan Arsenal sudah terkeluar daripada saingan liga. Dan aku juga optimis untuk melihat keputusan perlawanan di Old Trafford malam ni berkesudahan dengan keputusan seri bagi memastikan jurang antara kelima-lima pasukan dipendekkan.

Tiada ulasan: