Isnin, 5 Januari 2009

Separuh masa - Part 1

Separuh musim sudah dilalui dengan 32 perlawanan telah diharungi merekodkan 18 kemenangan, 7 seri dan 7 kekalahan dengan 3 saingan utama masih diteruskan cuma kempen Piala Liga saja yang terkandas di suku akhir. Skuad yang semakin hari semakin mengecil setelah kehilangan beberapa pemain utama ke kelab lain serta kecederaan yang panjang yang dialami Eduardo, Rosicky, Walcott dan Fabregas semakin menyulitkan Arsenal untuk meraih trofi musim ini.

Ketinggalan 10 mata di dalam liga setelah 5 kekalahan, melayan AS Roma di pusingan kalah mati UEFA Champions League dan akan berkunjung ke Nanian Park menentang di pusingan keempat FA Cup menentang runner-up trofi ini musim lepas iaitu Cardiff City, segalanya perlu ditangani dengan baik supaya impian untuk menamatkan badi 3 musim tidak bertrofi menjadi kenyataan.

Disini aku akan reviewkan serba sedikit 20 gameweeks yang telah diharungi oleh Arsenal di dalam liga iaitu bermula dengan menentang West Bromich Albion sehingga pertemuan menentang Portsmouth yang berlangsung pada minggu lepas. Aku juga sertakan link download bagi MOTD highlights.

Gameweeks 1 : West Bromich Albion (H), 1-0
Samir Nasri 3'
Highlight : here

Perlawanan debut bagi pemain baru Arsenal iaitu Samir Nasri tidak mengambil masa yang lama olehnya untuk menjaringkan gol pertama buat Arsenal di minit ketiga melalui permainan 1 2 antara Nasri dan Denilson. Perlawanan yang dikuasai oleh Arsenal ini gagal ditamatkan dengan jumlah jaringan yang lebih baik terutamanya Adebayor yang melepaskan kesemua peluang yang ada. Secara kesimpulannya, midfield bermain cukup baik cuma diposisi striker yang menghampakan.

Gameweeks 2 : Fulham (A), 1-0
Hangeland 21'
Highlight : here

Semuanya bagai tidak menjadi bagi Arsenal. Walaupun cuba bangkit setelah ketinggalan 1 gol hasil sepakan penjuru yang diambil Bullard disempurnakan oleh Hangeland tetapi beberapa percubaan yang tersasar dan diselamatkan oleh Shwarzer membuatkan Arsenal melepaskan tiga mata berharga buat Fulham.

Gameweeks 3 : Newcastle (H), 3-0
van Persie 18' (P), 41', Denilson 59'
Highlight : here

Arsenal kembali ke prestasi asal dengan menjemput kembali Cesc Fabregas ke dalam pasukan setelah mengalami thigh injury akibat aksi yang panjang musim lepas. Hantaran yang dilakukan Adebayor ke dalam kotak penalti terkena tangan Ameobi dan sepakan penalti diambil oleh van Persie memastikan Arsenal berada dihadapan. Gol kedua terhasil melalui hantaran menarik Eboue dan dijaringkan oleh van Persie. Dan gol terakhir yang dibentuk oleh Nasri , Denilson dan Adebayor disudahkan oleh Denilson. Ini merupakan reaction yang baik setelah gagal memungut mata di Craven Cottage.

Gameweeks 4 : Blackburn Rovers (A), 0-4
van Persie 8', Adebayor 45'+1, 81' (P), 90'+2
Highlight : here

Momentum kemenangan di Emirates diteruskan dengan kemenangan bergaya di Ewood Park. Bermula dengan gerakan solo Walcott yang melepasi 3 pemain Rovers sebelum dihantar kepada van Persie dengan penyudahan berkualiti memastikan gol pendahuluan buat Arsenal. Gol kedua melalui gerakan van Persie dengan melorongkan bola kepada Denilson untuk melakukan hantaran lintang yang mudah ditanduk masuk oleh Adebayor melepasi Robinson. Gol ketiga yang dijaringkan Adebayor melalui sepakan penalti setelah Eboue tergelincir mengelakkan sentuhan sebelum thru' pass oleh Ramsey kepada Adebayor memastikan tiga mata berharga buat Arsenal. Perlawanan yang menarik!

Gameweeks 5 : Bolton Wanderers (A), 1-3
Davies 14', Eboue 26', Bendtner 27', Denilson 87'
Highlight : here

Seperti sedia maklum, kelemahan dari set pieces menghasilkan gol buat lawan apabila sepakan penjuru O' Brien ditanduk kemas oleh Davies. Dua kali percubaan terkena tiang melalui Adebayor dan Song gagal memastikan gol penyamaan buat Arsenal. Diminit ke 26, gerakan Bendtner dan turn Adebayor disudahkan Eboue yang dilihat berkedudukan ofsaid. Gol kedua dan ketiga Arsenal cukup mengujakan. Total football untuk gol kedua serta classic counter attack memastikan 3 mata berharga kunjungan ke Reebok Stadium.
Note: Aku harap Denilson akan saksikan playback awal season supaya dia beraksi sebaik ini!

Gameweeks 6 : Hull City (H), 1-2
Mcshane (og) 50', Geovanni 62', Cousin 66'
Highlight : here

Akhirnya konsistensi Arsenal goyah. Kegagalan menjaringkan gol dengan beberapa peluang, memandang rendah pasukan lawan serta nasib kurang menyebelahi, akhirnya kekebalan Emirates diragut oleh pasukan yang baru dinaikkan ke EPL. Inilah yang merisaukan aku terhadap Arsenal mengenai dua perkara; Cepat hilang fokus apabila sudah mendahului dan memandang rendah pasukan lawan. Dan gol kemenangan Hull City melalui tandukan hasil daripada sepakan penjuru menunjukkan betapa lemahnya Arsenal terhadap set-pieces.

Gameweeks 7 : Sunderland (A), 1-1
Leadbitter 86', Fabregas 90'+3
Highlight : here

Cukup bernasib baik. Gol lewat melalui tandukan yang dilakukan oleh Fabregas membolehkan Arsenal memungut 1 mata di Stadium of Light. Game ini juga bermulanya ketempangan diposisi midfield dan mirip-mirip aksi kekalahan kepada Middlesbrough pada musim lepas dimana hampir ke semua posisi gagal bergerak dengan baik.

Gameweeks 8 : Everton (H), 3-1
Osman 9', Nasri 48', van Persie 70', Walcott 90'
Highlight : here

Setelah melepaskan lima mata dua perlawanan lepas, akhirnya Arsenal kembali memungut 3 mata penuh. Long range daripada Nasri, tandukan van Persie dan rembatan Walcott di separuh masa kedua membolehkan Arsenal bangkit daripada ketinggalan satu gol. Kali ini midfield Arsenal berjaya build up game dengan baik.

Gameweeks 9 : West Ham United (A), 0-2
Faubert (og) 75', Adebayor 90'+1
Highlight : here

Adebayor yang memulakan game daripada bench akhirnya berjaya menjaringkan gol dan beraksi lebih baik serta mempengaruhi pasukan. Diaby yang baru pulih daripada kecederaan beraksi dengan cukup baik jika dibandingkan dengan aksi sekarang. Kesabaran pasukan untuk menewaskan Robert Green akhirnya membolehkan Arsenal pulang dengan senyuman.

Gameweeks 10 : Tottenham Hotspurs (H), 4-4
Bentley 13', Silvestre 37', Gallas 46', Adebayor 64', Bent 67', van Persie 68', Jenas 89', Lennon 90'+4
Highlight: here

Beraksi cukup baik sehinggalah kecuaian yang disebabkan kealpaan dibarisan pertahanan terutamanya menyebabkan Arsenal kehilangan dua mata, suatu keputusan seri yang dirasakan kekalahan buat peminat Arsenal. Dua gol lewat permainan Spurs setelah Arsenal mendahului membuatkan ke semua peminat semakin kecewa dengan kealpaan sepasukan. Kurang kekuatan mental!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dan masa nya untuk bangkit..
gunners power..
tapi tak konsisten..
harap 2009 membawa tuah pada gunners..
once gonners..
gonners forever..
Qsheira proud to be one of gonners..

Hafez Rachwan berkata...

harap2 tahun baru ni mengembirakan..
skang ni dh tgh kecoh wenger xsambung kontrak walcott dgn persie sbb board, pastu board cm xnk bg duit spend lak, dorg srh jual player, duit tu gna beli player, mmg fuck la board arsenal skrg ni..yg aku riso lps ni klu wenger xsign sapa2 lg, kompem abis bln 8 ni fabregas, walcott dgn v.persie nk belah klu wenger xsign player yg creative..dh brapa thn dh dorg sanggap piala apatah lg fans..wenger pn cm bengang dgn board, pastu calderon lak klu mng vote nk amik wengr jd coach madrid

Tanpa Nama berkata...

kalau RVP dah sambung dah..
yang belum walcoot je..
itu hari dah naik kan gaji RVP menjadi 80rb pounds/minggu

walcoot setakat nie belum sign lagi bab gaji cuma 20rb/pekan..

jack whilsere telah menanda tangani contract pro dengan Arsenal..

AW pun belum sign gak
contract dia sampai 2011..

Hafez Rachwan berkata...

aku rasa walcott dan van persie xkn jd cm flamini..
dorg tu cm hati dgn jiwa dh sebati dari arsenal sbb wenger pandang tinggi kt dorang..
cm flamini, bila dh pair dgn fabregas br dia pandang tinggi, last2 dia bengang kuar dr arsenal..