Rabu, 7 Januari 2009

Separuh masa - Part 2

Ok bersambung lagi bahagian lepas setelah aku memberikan review mengenai 10 games terawal liga musim ini dan kini 10 games yang seterusnya. 20 mata telah dikumpulkan untuk 10 games terawal dan total bagi separuh musim ini Arsenal telah memungut 35 mata dan menduduki tangga kelima liga. So baki 15 mata akan direviewkan.

Gameweeks 11 : Stoke City (A), 2-1
Fuller 11', Olofinjana 73', Clichy 90'+4
Highlight : here

Untuk kali ketiganya Arsenal tewas di dalam liga dengan corak permainan lawan yang menggunakan fizikal serta taktikal men behind the ball. Aku tak salahkan Stoke bermain seperti ini untuk mengumpul mata tetapi bagi aku taktikal sebegini merosakkan minat aku nak menyaksikan bolasepak, terlalu membosankan. Throw in daripada Delap sememangnya menggerunkan Arsenal di mana kedua-dua gol terhasil daripada set-pieces throw in ini. Dan kelemahan Arsenal bukan saja dapat dilihat pada ketinggian pertahanan tetapi juga kegagalan untuk mark player. Gol pertama Clichy untuk Arsenal yang terhasil melalui long range dan double deflect bukanlah tiba pada waktu yang sesuai untuk diraikan.

Gameweeks 12 : Manchester United (H), 2-1
Nasri 22', 48', Rafael da Silva 90'
Highlight : here

Tetapi langit bukanlah mendung untuk tempoh yang lama bagi Arsenal, tiga kekalahan kepada pasukan yang sepatutnya Arsenal mencatatkan tiga mata ditebus dengan menewaskan MU di kubu Emirates. Kehilangan van Persie dan Adebayor apatah lagi Eduardo dan Rosicky langsung tidak terasa bagi perlawanan ini apabila ke semua pemain yang berada diatas padang memberikan sepenuh komitmen dan beraksi dengan kekuatan semangat mental yang kuat setelah dikritik hebat oleh media. Dua gol jaringan Nasri pada perlawanan besar sebegini menunjukkan Nasri semakin mempengaruhi permainan Arsenal bersama-sama Fabregas. Tapi adalah tidak adil sekiranya aku tidak memberikan kredit kepada MU dengan perlawanan yang cukup mengujakan yang dicernakan oleh kedua-dua pasukan dan yang bestnya, pemenang pemain terbaik Eropah, CR7 kononnya la, duduk kiri tak lepas dengan Clichy pegi kanan sangkut dengan Sagna..haha. Harap kehadiran Arsenal ke OT corak permainan yang sama akan diterapkan oleh kedua-dua pasukan.

Gameweeks 13 : Aston Villa (H), 0-2
Clichy (og) 70', Agbonlahor 80'
Highlights : here

Sekali lagi kubu Emirates digoyahkan setelah cuba kembali stabil tetapi kawasan pertahanan yang cukup lemah bagi aksi ini menyaksikan Arsenal tewas buat kali keempat di dalam liga. Apa-apa pun kemenangan Villa ini bukanlah kemenangan yang suci setelah dibantu oleh pengadil. Gol pertama yang terhasil setelah Sagna mengalami kecederaan di kawasan Villa dan pengadil tidak menghentikan permainan di mana bola belum berada di kawasan Arsenal adalah sesuatu yang mengecewakan ditambah dengan pemain Villa yang tidak fair-play! Dan bukan kali pertama, gol kedua juga sebegitu. Vela yang ditackle dari belakang di luar kotak penalti Villa tidak diberikan foul oleh pengadil sebelum Laursen melakukan hantaran jauh kepada Agbonlahor yang kemudiannya menewaskan Almunia buat kali kedua. So bagi aku kemenangan Villa ini dibantu oleh pengadil, sesuatu perkara malang yang kerap dialami oleh Arsenal.

Gameweeks 14 : Manchester City (A), 3-0
Ireland 45'+2, Robinho 52', Sturrridge (P) 90'+2
Highlight : here

Buat kali pertamanya musim ini Arsenal tewas dua perlawanan berturut-turut. Aku yang tidak dapat menyaksikan perlawanan ini tetapi apabila melihatkan highlight perlawanan ini, sememangnya Arsenal layak untuk kalah. Permainan yang menghampakan disegenap posisi dan ditambah dengan kehilang Fabregas dan van Persie di dalam pasukan disebabkan penggantungan serta kecederaan yang dialami Sagna, Arsenal sememangnya tempang.

Gameweeks 15 : Chelsea (A), 1-2
Djourou (og) 30', van Persie 59' 62'
Highlights : here

Kembalinya Sagna, Fabregas dan van Persie ke dalam pasukan membuktikan betapa pentingnya ketiga-tiga individu ini. Gol pertama yang terhasil melalui jaringan sendiri Djourou akibat tersalah bajet, membolehkan Chelsea berada di hadapan. Tetapi sekembalinya dari rehat, Arsenal merobohkan kembali Stamford Bridge yang sebelum ini dikecaikan rekodnya oleh Liverpool. Double gol daripada van Persie walaupun salah satunya dilihat berkedudukan ofsaid membolehkan Arsenal bersaing di dalam liga kembali. Jangan pertikaikan gol ofsaid van Persie kerana gol Anelka musim lepas sewaktu Arsenal bertandang ke Stamford Bridge juga di dalam kedudukan ofsaid ditambah dengan aksi di minit ke 60, double tackle oleh Terry ke atas Sagna tidak diberikan kad merah, fairkan malahan Chelsea lebih disokong oleh pengadil!

Gameweeks 16 : Wigan Athletics (H), 1-0
Adebayor 16'
Highlights : here

Dan momentum diteruskan dengan menewaskan Latics dengan satu gol daripada Adebayor walaupun skuad Carling telah menewaskan pasukan sama 3-0 tetapi aksi di dalam liga dan piala liga sesuatu yang berbeza. Tetapi apa yang berlaku di dalam Emirates sesuatu yang sukar untuk dilihat apabila penonton di Emirates, mungkin juga di mapley asik boo Eboue disebabkan aksi hambarnya. Tiga back pass yang tersangkut sememangnya mencetuskan kemarahan peminat dan semalam Eboue tampil ditemu ramah oleh Arsenal.com mengenai isu ini dan kekuatan mental kembali pulih hasil bantuan teman-teman sepasukan dan Wenger serta dia berjanji akan beraksi lebih baik untuk Arsenal diposisi midfield seperti mana yang dilakukannya sewaktu berada diposisi right back yang membolehkan dia antara defend terbaik Arsenal dan Eropah pada tahun 2006.

Gameweeks 17 : Middlesbrough (A), 1-1
Adebayor 17', Aliadiere 29'
Highlights : here

Perlawanan yang sepatutnya dimenangi oleh Arsenal bagi mengurangkan jurang dengan Liverpool dan Chelsea gagal setelah nasib kurang menyebelahi Arsenal serta kelemahan diposisi central defend. Aliadiere yang juga bekas pemain Arsenal menjaringkan gol sewaktu pertemuan kedua-dua pasukan di Emirates musim sekali lagi menyepikan kelebihan jaringan Adebayor. Apa yang pasti, sekiranya Arsenal mahukan kemenangan sewaktu menentang Boro, pastikan Aliadiere dan Tuncay dikawal dengan sebaik mungkin.

Gameweeks 18 : Liverpool (H), 1-1
van Persie 24', Keane 42'
Highlights : here

Disaat Arsenal dilihat mampu untuk mengurangkan jurang mata antara kedua-dua pasukan, kecederaan serius di ligamen kanan Fabregas dihujung babak pertama dan double yellow oleh Howard Webb kepada Adebayor menjadikan semuanya tidak selesa buat Arsenal. Kesilapan Clichy yang tidak drop ball kepada Fabregas dari kawasan Arsenal sehingga ke kawasan Liverpool dihukum melalui long pass Arbeloa yang dijaringkan oleh Robbie Keane. Inilah antara kelemahan Clichy yang cukup ketara, terlalu ke hadapan sehingga merisikokan kawasan pertahanan tengah dan bagi aku, prestasi Clichy terlalu berbeza jika dibandingkan dengan prestasi kentalnya musim lepas.

Gameweeks 19 : Aston Villa (A), 2-2
Denilson 40', Diaby 49', Barry (P) 65', Knight 90'+1
Highlights : here

Setelah aku merasakan kekalahan walaupun keputusan seri sewaktu menentang Spurs, kali ini perkara yang sama berlaku juga. Mendahului dua gol tetapi kegopohan Gallas melakukan tackle di dalam kotak penalti dijadikan turning point pada aksi 'Boxoing Day' yang membuatkan Arsenal gagal menendang Villa keluar dari kawasan 4 pasukan teratas. Kelemahan menyusunkan posisi sewaktu mendahului dua gol sememangnya mengecewakan, untuk dua kali berturut-turut, cukup mengecewakan! Kelemahan mental pemain boleh bikin aku sakit mental la!

Gameweeks 20 : Portsmouth (H), 1-0
Gallas 81'
Highlights : here

Bagaikan melepaskan segala tekanan, gol di minit ke 81 oleh bekas kapten Arsenal iaitu Gallas menutup kembali kesilapan yang dilakukannya sewaktu menentang Villa. Walaupun aksinya semakin meningkat sejak dilucutkan jawatan, apa yang aku risaukan mengenai Gallas adalah keperibadiannya. Perselisihan faham antara Gallas dan van Persie serta Toure boleh merisikokan satu pasukan. Diharapkan Wenger mampu menangani masalah ini kerana semangat sepasukan amat diperlukan untuk menjadi juara!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dikabarkan dalam masa 10 hari deal mengenai arshavin dan arsenal akan di tanda tangani..
arshavin meminta zenit untuk memasang harga yang sewajarnya..
dan AW pun memang berminat dengan mamat nie.. sehingga kan transfer ini berkemungkinan "undisclose"

apa pa pun mamat nie tak leh masuk dalam CL..
janji rock beb kat BPL
wish all the best arshavin..
if u be a gunners..

Hafez Rachwan berkata...

aku pn ada baca gk psl dia ni..
tp tu la, ejen dia buat hal..
mula2 dgr 20m pastu kurg skit 18m, then 15m, yg plg latest wenger mntk 12m..entahlah, wenger trdesak tu, tp glazidis dgr kata mmg nk tlg wenger amik arshavin..
waktu christmas lps arshavin ada dtg london, amik mood sbb dia rasa better tggl di england..
dan memandangkan cuma arsenal saja dikaitkan dgn dia, aku rasa kemungkinan besar dia join arsenal..

target lain adalah kranjar dgn upson, arteta dgn alonso mmg dh off, tp sanggup ke adams nk lepaskan kranjar ke arsenal setelah kehilangan diarra dan defoe..klu wenger dpt duit jual toure, mmg elok benar amik upson..
dia dh 29, bgs utk experience pasukan dan ex gunners..
aku rasa nanti pairing upson djourou msti best!

Tanpa Nama berkata...

bila hanya 12jt pounds..
aku sokong AW beli Arshavin..
tapi kalau atas pada 16jt pounds..
aku rasa baik AW pikir baik2 dulu..

walcoot belum sign contract baru lagi..
arsenal berdepan risiko kehilangan walcoot..
sebab dalam contract nya termaktub yang walcoot boleh membeli baki contractnya yang berakhir 2010 dengan harga 80rb pound/tahun..
walcoot kecewa sebab hanya bergaji 20rb pounds/minggu..

tak habih habih problem kat arsenal nie..
buat poning je..

Hafez Rachwan berkata...

itulah, aku harap paling tinggi pun biarlah 15 million, sekurang2nya duit penjualan toure boley digunakan sikit untuk beli sorang lagi midfield cm kranjar yg dirate sekitar 10 million dan tambah sedikit dapat upson yg aku bajt boleh drp kepada 5 million disebabkan ekonomi dan umur upson..
so cukup la 20 million yg dibajet utk wenger spend..

aritu ada la wenger nk sambung kontrak van persie (80k seminggu) dgn walcott (50k seminggu), tetapi bukan masalah pd wenger sebenarnya tp pada board..kontrak wenger pn dorang xsambung lagi, lagi parah..

tapi aku rasa selesai jer transfer windows ni, semua kontrak akan disambung balik kut..