Selasa, 20 Januari 2009

Tik-tok tik-tok

Aku tak resah apatah lagi gelabah bewak, rilek-rilek jer, masih tunggu announce daripada official site, yer, hari ini, 20.01.09, hari yang dikatakan deal bagi mendapatkan Arshavin di Russia dengan tugasan diberikan sepenuhnya kepada Ivan Glazidis untuk berbudi bicara dengan Zenit St Petersburg untuk persetujuan harga.

Harga yang ditawarkan sebelum ini masih dianggap rendah oleh Zenit tetapi dengan syer saham yang dimiliki Usmanov di dalam Zenit yang tak seberapa tetapi mampu memberikan impak dalam proses perpindahan. Kira boleh dirundingkan juga la, so tak mustahil harga sebenar Arshavin akan undisclosed nanti, apa yang dapat aku rasakan, setiap piala yang Arsenal juarai bagi musim ini perlu ditambah 5 million kepada Zenit.

Cuma satu perkara yang memungkinkan Arshavin tidak beraksi dengan Arsenal, bidaan last minute daripada pasukan lain, kira cucuk line last minute seperti berlaku sewaktu Wenger cuba nak dapatkan Ronaldo tapi perkara ini seakan-akan sukar berlaku kerana permainan harga oleh ejen Arshavin yang menampakkan kegagalan dan sebaliknya Wenger boleh dikatakan berjaya menghindarkan minat daripada pasukan lain.

Dan merujuk kepada pasukan yang nak cucuk line, boleh jadi Manchester City kerana cubaan mereka mendapatkan Kaka semakin sukar setelah Kaka bertegas mahu kekal di Milan manakala Robinho yang mula kelihatan tawar hati dengan Manchester City dan dikatakan mula berminat untuk ke Chelsea.

"Negotiations with Arsenal continue and the chances are very high that Arshavin will soon play in the English Premier League"


Merujuk kepada apa yang dikatakan Dirk Advocaat, secara realistik mungkin Arshavin beraksi bersama Arsenal bermula minggu hadapan. Arshavin yang sekarang berada di Dubai bersama rakan sepasukannya untuk aksi persahabatan di Dubai mungkin berlepas ke London hujung minggu ini.

Ok, disini aku berikan beberapa kemungkinan di mana Arshavin akan ke Arsenal.

Rumah:

Arshavin telah membeli sebuah rumah di kota London sewaktu Krismas baru-baru ini dan menyatakan dia ingin membesarkan anak-anaknya di London.

Boikot:

Arshavin menyatakan sekiranya Zenit tidak melepaskannya ke Arsenal, dia pasti tidak akan turun berlatih bersama Zenit, apatah lagi beraksi bersama mereka.

Keluar duit poket:

Paling memeranjatkan, Arshavin sanggup keluarkan duit poket untuk Arsenal di mana dia sanggup add on 5 million pounds untuk kos perpindahan yang diminta Zenit tetapi dengan syaratnya Arsenal perlu membayarnya 80 million pounds seminggu bagi menampung perbelanjaannya, terutama nak balik modal balik duit yang dia keluarkan, sekiranya itu berlaku, gaji Arshavin sama seperti Adebayor, Wenger dan juga Gallas. Bagi aku, ok jer, ada sebab yang cukup kuat!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kabar yang kurang menyenangkan..
inter & juve berminat gak ngan arshavin, dan city yang gagal mendapatkan kaka terdesak mencari player yang berkaliber...
tapi hati aku agak lega setelah baca post nie..
yang arshavin bersedia bayar 5jt pounds guna joint arsenal..
betoi ke nie bro wan????
kalau betol
belum joint lagi dah ad semangat gunners..
ini yang buat gua jatuh hati nie...
(jatuh hati akan semangat lar... nanti u orang ingat gua tukar selera lar pulak )

Hafez Rachwan berkata...

dulu arshavin ada ckp dlm satu site tu, aku dh xingat, ada la 4-5 hari lepas..dan daripada yg aku baca, kedudukan arshavin 50-50 lagi setakat hari ini..klu arsenal dh xmampu nk bid harga yg mahal, aku prefer arsenal cari defensive midfield yg solid cm flamini..biar ada space utk denilson, ramsey, diaby atau nasri creating chance..kita selalu nampak diaby dgn denilson ni x kreatif kan, tapi aku rasa punca xkreatif mereka ni disebabkan mereka perlu lakukan kerja defensive, so susah nak buat keje attacking, klu lihat performance mereka waktu carling cup lps, bagus jer, sebabnya mereka banyak ruang hasil kerja defensive gilberto..

Tanpa Nama berkata...

aku rasa..
bila pasal $$ nie..
kemungkinan arshavin akan menjadi
The Citizens
tapi bila fakta yang engkau post kan tu buat gua teruja..
arshavin nak tambah 5jt pound untuk menjadi The Gunners..
kalau betoi tu..
80% dia dah jadi Gunners..

aku belum dapat apa apa berita lagi..

dah jadi ke goreng kentang???
hold dulu tau..
kecewa kang... :) hue hehehehehe

Hafez Rachwan berkata...

sebelum ni pn dia dh ckp, dia xnk join man city..lgpn ejen dia bilang tiada pn org2 man city contact dia, xtau la zenit cmner..kadang2 tu media jer keje nk dengki dgn arsenal..tp aku rasa arshavin ni jd cm nasri, lama tunggu tp dapat gk, nk pastikan brapa harga jer..usmanov akan guna bid harga kawan2 kt zenit sbb dia ada saham kt sana gk..lgpn ni keje pertama ivan glazidis, mesti dia nk berjaya punya..

tgh tunggu lagi ni, dpt jer gua trs goreng..hehe