Isnin, 26 Oktober 2009

WHU 2 - Arsenal 2.

Sedikit ulasan dari game draw nie.
Arsenal dah membuka peluang gol seawal minit ke 2, umpan Song Billong ke kotak pinalty membuat keadaan kalut semasa Van Persie merembat bola, me-rebound rembatan pertamanya, sepakan tumit RVP di tepi gawang terhadang bek lawan.
Van Persie menghantui pertahanan West Ham semasa rembatan nya berjaya dihalau Robert Green minit ke 4. minit ke 11 RVP melepaskan sepakan voli, tapi di tepis Matthew Upson.
minit 17 gawang West Ham akhirnya bolos juga oleh RVP, dari umpan silang sisi kanan Bacary Sagna, RVP mudah menyudahkan kebuntuan Arsenal 1 gol di hadapan.
Carlton Cole di menit 33 hampir2 menyamakan kedudukan. tapi bola tak dapat diarahkan tepat ke gawang bab tinggi layaknya Air Asia terbang tinggi.
minit 37 Gallas yang menjaringkan gol kedua The Gunners. Memenangi perebutan bola di udara dalam keadaan tersepit antara dua pemain West Ham, tandukan Gallas menerusi umpan sepakan penjuru Van Persie menerjah gawang, walau sedikit menyentuh kepala seorang pemain The Hammers yang berdiri di garisan gawang.
Di awal separuh masa kedua, Arsenal masih menguasai perlawanan. Andriy Arshavin di minit 52 memulakan serangan yang tak menghasilkan jaringan.
Di minit 55 Zola melakukan pertukaran dengan memasukkan Diamanti menggantikan Mark Noble. Strategic nie menjadi titik mula rentak cemerlang West Ham.
Diamanti memula aksi dengan rembatan jarak jauh yang hampir menggegar gawang.
Arsenal terus menyerang, rembatan Cecs Fabregas sedikit tersasar ke luar gawang saat Green nampak tak dapat menjangkaunya.
Penyokong2 West Ham ceria jugak di menit 74 semasa Cole menjaringkan gol untuk West Ham 1-2. bermula dari free kick Diamanti yang ditepis Vito Mannone, bola berhasil dimaksimal cole dengan tandukan sambil menjatuhkan diri.
Gol penyuntik semangat pemain West Ham memang menjadi.
sebuah klaim pinalty pelanggaran Gallas terhadap Parker ditolak refree minit 79, akan tetapi seminit kemudian Song melanggar Cole berbuah pinalty untuk West Ham.
Diamanti eksekutor mengarahkan bola ke sisi kanan yang mana tak terjangkau Mannone.
5 menit sebelum tamat masa perlawanan, West Ham terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Parker dapat kad kuning kedua. sayang.. sayang dalam masa tu The Gunners tak dapat memaksimalkan kelebihan jumlah pemain. Score akhir tertahan 2-2 untuk Arsenal balik dengan 1 point yang mengecewakan.

P/s :
Cam nerr nie, drop point masa perlawanan menentang club menengah.
tak tau larrrr.... poning...poning..

2 ulasan:

kamarul arifin berkata...

semua org kecewa.

tak guna kelebihan masa man u kalah.

Qsheira berkata...

betoi.. betoi...betoi...