Khamis, 18 September 2008

Tenkiu Gallas


Macam yang aku jangkakan, Dynamo memang bukan lawan yang mudah. Pergerakan Fabregas, Walcott dan van Persie dikawal cukup ketat oleh lawan. Permulaan yang cukup hambar dan berhati-hati oleh kedua-dua pasukan di separuh masa pertama buatkan aku menguap beberapa kali. Aksi babak kedua tampak lebih baik cuma bola banyak dikuasai oleh Kyiv.

Di separuh masa pertama, enam peluang yang terhidang gagal dimanfaatkan. Damn! Finishing RvP dan Ade memang tak menjadi. Dua kali rembatan kaki kanan RvP cuma mencium net sahaja manakala Adebayor gagah nak menjadi Henry untuk jaringkan gol secara plessing namun macam bangkai jer. Penat aku taruk gambar kau untuk post sebelum ni, lepas ni jangan harap la...hehe

Formasi yang digunakan bagi perlawanan ini adalah 4-5-1 di mana Eboue berada di bangku simpanan dan digantikan dengan Alex Song yang bergandingan dengan Denilson untuk menjadi defensive midfielder. Susah gak kalau takde Eboue ni kan, patut Wenger sayang si master pass ni..huhhh

Di minit ke 61, aksi peluk memeluk antara Sagna dan Ognjen Vukojevic membuahkan hasil kepada Dynamo apabila referee lek-lek mat kojek jer kasik penalti. Aku nampak challenge tu fair. Sepakan penalti Kyiv disempurnakan oleh Banguoro yang nampak macam kembar Adebayor tu. Pastu dia dive nak free kick, amik kau kad kuning..hahaha

Lepas tu boleh la nampak kelam-kabut Arsenal mencari gol penyamaan. Dan akhirnya cross rendah dari Walcott di tahan lemah Adebayor sebelum Gallas merembat bola lebih kencang pada jarak kira-kira dua kaki di depan gol. Syukur la gol, at least dapat satu gol, satu point dan away gol dari dapat point seri, pastu tak gol di tempat sendiri...haha

Tiada ulasan: