Ahad, 14 September 2008

hehe...senyum sokmo


Tak sia-sia kalah dengan Fulham, tengok camner Arsenal comeback dari kekalahan yang memalukan kepada pujian yang melambong. Dah berada di kedudukan ketiga liga. Thumb up!

Kudos aku sedekahkan kepada Adebayor yang menunjukkan penyudah yang cukup baik dengan menjaringkan hatrik dan kepada flying Dutchman, gol anda membuka rentak Arsenal.

Walaupun game ini nampaknya menang besar tetapi masih ada kelemahan, bukan kelemahan besar cuma kelemahan kecil di mana tahap kecergasan pemain menampakkan kurang bertenaga dek sesi kelayakan World Cup 2010.

Mereka-mereka yang fit seperti Sagna dan Clichy sebelum ini nampak agak keletihan dan gagal memberikan aksi overlap yang kerap dilakukan seperti biasa sehingga master pass, Eboue (hehe) beraada di posisi kiri manakala Walcott disebelah kanan menutup kelemahan ini.

Aksi kedua terbaik dari Eboue secara berturut-turut membuatkan semua peminat Arsenal tersenyum lebar. Jujur la weh, tak payah menipu! Dan misi Wenger memberikan Eboue posisi yang baru tampak mula berhasil.

Kepada Adebayor, sila senonoh sikit, aku rasa gaya ko sambut gol tu sama dengan budak rumah sewa aku yang berlagak tough tapi keding (tapi ko punya badan ok, Ade..hehe). Dan kelibat Adebayor untuk game kali ini meneruskan aksi cemerlangnya sewaktu menentang Magpies.

Budak kecik Walcott tu lak nampak sikit letih, larian berdesup tak berapa banyak, patut dikeluarkan awal, khidmat dia untuk lawan Dynamo Kiev amat diperlukan selepas ini. Dengan injury list yang bertambah, aku harap mereka cepat sembuh.

Oh yaa, orang yang aku gelar 'The Next David Silva' iaitu Jack Wilshere memecahkan rekod Fabregas dimana dia menjadi pemain termuda beraksi di dalam BPL. Tahniah, semoga gelaran yang aku kasik kat ko tu berhasil! Good luck.

Si Fabregas pun main nak tak nak jer, bukan apa, cuba untuk menonjolkan Denilson yang menampakkan peningkatan dan aku rasa dia nak rehat sikit, nak dapat Gold Class Tiket untuk seketika..hehe. So far bagus gak, boleh dia prepare awal untuk game di Kiev.

Lupa lak, kepada Ramsey, assist anda kepada Adebayor sesuatu permulaan yang baru dan aku harap sumbangan seperti itu sentiasalah disalurkan. Aku dah nak tidur, bila-bila lak sambung, tidur dalam senyum sebab The Reds kalahkan MU dan menang besar..hahaha

2 ulasan:

apisfires berkata...

muhahahahaha
malam yang gembira...
aku sahur tak ingat dunia...
wakakakakak
roomate MU aku mencuka..
wakakakakak

Hafez Rachwan berkata...

haha..
semua fans mu bising gol nasib..
bkn gol nasib, dorg tu bodoh..haha