Rabu, 17 September 2008

Misi di Kiev - Seri Sudah Memadai


Mungkin lepas titik Rovers semua fans Arsenal mahukan rentak itu diteruskan kembali sewaktu menentang Dynamo Kyiv di Kiev awal pagi Khamis nanti. Tapi kita harus ingat bahawa Dynamo Kyiv bukanlah seperti FC Twente, Rovers, Newcastle mahupun dinamo basikal atau cuci baju tu yang suka hati nak main titik-titik kalau tidak kena caranya.

Realitinya kehadiran Arsenal dibawah bimbingan Wenger ke Kiev sebanyak dua kali menyaksikan kedua-dua game Arsenal tumbang. Itu statistik lepas, tetapi aku masih lagi optimistik yakin bahawa Arsenal mampu membawa pulang 3 mata berharga dan memulakan kempen liga juara-juara Eropah dengan bergaya.

Sewaktu sesi kelayakan sebelum menjadi 32 pasukan terbaik Eropah, Kyiv telah menewaskan Spartak Moscow 4-1 dikedua-dua pusingan menjadikan aggregat 8-2. Dan bagi aku mereka adalah lawan kedua terbaik bagi kumpulan G bagi Arsenal selepas Fenerbahce dan ironinya peluang bagi kesemua pasukan adalah 50-50.

Jika aksi terakhir Arsenal menyaksikan empat gol dan tanpa bocor, Dynamo Kyiv pula menewaskan Olkom Melitopol dengan lima jaringan tanpa balas. So dua-dua team on fire. Sengaja aku taruk gambar Adebayor dengan gaya sambutan gol pertamanya di dalam liga musim ini dengan harapan dia akan membantu Arsenal menewaskan Kyiv.

Jika seri bagi perlawanan ini aku rasakan cukup memadai bagi memberikan kekuatan mental bagi pasukan dan aku tidak tercenderung mengimpikan seri, sudah pasti 3 mata. Dengan Samir Nasri dan Silvestre masih lagi belum fit, ia sesuatu yang agak sukar bagi pasukan tetapi kehadiran Clichy dan Eboue ke dalam pasukan agak melegakan.

Berikut adalah 18 pemain yang akan berkunjung ke Kiev serta formasi yang aku jangkakan:

Kesebelasan utama:

GK - Manuel Almunia (GK)
CB -Kolo Toure, William Gallas (C)
RB - Bacary Sagna
LB - Gael Clichy
CM - Cesc Fabregas, Denilson
RW - Emmanuel Eboue
LW - Theo Walcott
SS - Robin van Persie
CF - Emmanuel Adebayor

Simpanan:

Carlos Vela
Aaron Ramsey
Alex Song
Jack Wilshere
Johan Djourou
Lukasz Fabianski (GK)
Nicklas Bendtner

Prediction:

Dinamo Kyiv 1- 2 Arsenal

Tiada ulasan: