Selasa, 23 September 2008

Muka baru yang bakal menyinar

Selepas Jack Wilshere muncul pemain termuda Arsenal beraksi untuk EPL, awal pagi Rabu nanti seorang lagi muka baru akan diperkenalkan iaitu Emmanuel Frimpong dan Jay Emmanuel Thomas. Aku langsung tek kenal kedua-dua pemain ini dan salah seorangnya muda 9 hari daripada Wilshere.

Seperti musim-musim lepas, edisi Carling Cup kali ini kembali seperti biasa dengan muka-muka baru akan diperkenalkan. Purata umur pemain yang akan beraksi menentang Sheiffield United adalah dalam lingkungan 16-18 tahun.

Pemain senior yang dijangka beraksi seperti Lukasz Fabianski, Johan Djourou, Alex Song dan Nicklas Bendtner dijadikan penunjuk kepada pemain-pemain muda ini. Jack Wilshere, Aaron Ramsey dan Carlos Vela dijangka berada di dalam kesebelasan utama nanti.

Berikut formasi yang aku rasakan akan digunakan menentang Sheiffield United di Emirates:

GK : Lukasz Fabianski
CB : Johan Djourou, Alex Song
RB : Gavin Hoyte
LB : Kieran Gibbs
CM : Aaron Ramsey, Fran Merida
RW : Mark Randall
LW : Jack Wilshere
CF : Nicklas Bendtner, Carlos Vela

Tiada ulasan: