Rabu, 3 September 2008

Jangan Boros di Bulan Puasa


Mungkin itu kata-kata yang sesuai diluahkan Arsene Wenger kepada peminat-peminat Arsenal. Tiada lagi signing di penutup musim penghijrahan pemain. Sebenarnya aku dapat merasakan itu tindakan yang akan dilakukan Wenger disebabkan pembelian dua orang center midfield (Ramsey dan Bischoff) sebelum ini, so aku yakin dia tidak akan berbelanja lagi untuk seorang pemain tengah yang berikutnya.

Jika dua musim sebelum ini Wenger telah memasukkan beberapa pemain di akhir dateline, kali ini tidak. Yang aku rasakan mampu untuk menjadi best signing bagi musim ini cumalah Samir Nasri. Musim ini Arsenal akan dipandang rendah lagi walaupun musim lepas berjaya berada di kedudukan ketiga dengan mengumpul 83 mata tetapi skuad kali ini nampak lebih kerdil dari musim lepas!

Sekiranya Arsenal ingin mencapai sebarang piala musim ini, keyakinan aku akan kukuh sekiranya pemain-pemain senior yang akan kembali seperti Rosicky dan Eduardo tidak mengalami kecederaan lagi. Pemain-pemain seperti Fabregas, RvP, Clichy, Toure, Sagna dan Nasri mestilah sentiasa bebas dari kecederaan berpanjangan, jika tidak, harapan itu sia-sia saja.

Dan lebih perit sekiranya musim ini Arsenal gagal meraih sebarang piala, ia merupakan tempoh terburuk dalam sejarah Arsenal ditubuhkan iaitu selama 4 tahun berturut-turut tanpa piala. Berbalik kepada kisah pasangan Fabregas? Siapakah yang layak? Dua orang saja yang aku rasa amat sesuai pada masa ini, Denilson dan Song.

Harapan aku bagi musim ini, biarlah sekurang-kurangnya satu piala tersergam di Emirates. Kalau ada stadium yang cantik pun kalau takde perhiasan pun buat apa. Baik lagi Highbury yang penuh dengan sejarah dan tidak menghampakan langsung...huhhhh!!!

Tiada ulasan: