Selasa, 15 September 2009

Baling batu dengan sorok tangan adalah THRU LOSER!

6 huruf untuk mendefinisikan 2 perlawanan terakhir Arsenal iaitu KECEWA tatkala Arsenal sememangnya logik untuk mendapatkan 6 mata bagi 2 aksi ini. Tragedi di Manchester ini seharusnya menjadi suatu pengajaran yang berguna buat Arsenal dan perlu kembali memastikan semangat melawan tidak dilumpuhkan. Dua kekalah ini sedikit sebanyak memberi impak kepada aksi menentang Standard Liege nanti di mana kunjungan ke Belgium ini perlu dipastikan 3 mata berharga perlu dicari bagi mengembalikan suasana positif sepasukan.

Berbalik kepada aksi kedua di Manchester, memang diakui aksinya cukup fizikal tetapi penilaian pengadil perlawanan sedikit sebanyak mencetuskan kontroversi. Cuba lihat dua terjahan keras AdeBUYor ke atas Fabregas dan van Persie yang tidak diberikan layangan kad kuning membuatkan mutu pengadilan domestik cukup tidak seimbang cuma sambutan gol ala beruk kena cili oleh AdeBUYor diberikan kad kuning.

Dan Adebayor telah menunjukkan gaya tidak profesionalnya, mencari key player untuk dicederakan, menyambut jaringan di luar batasan, aku secara rasmi langsung tidak akan merasa hormat kepadanya, jijik dan secara tak langsung, jaminan yang aku cukup pasti, nasibnya akan sama dirasai seperti yang CASHley Cole apabila berkunjung ke Emirates. Sedangkan Anelka yang masih terhutang budi sewaktu di Arsenal walaupun kurang dari 2 musim, jadi adalah cukup memualkan manusia sebegini.

Clichy, Sagna, Diaby, Denilson dan Almunia cukup menghampakan untuk aksi ini. 3 gol berpunca daripada kesilapan bodoh Clichy ditambahkan pula taraf permainan buruk yang cukup tidak perlu dipertikai kepada Diaby dan Denilson, aku merasakan mereka cuma 'average player' yang hanya mampu beraksi dengan baik bagi menentang pasukan pertengahan manakala pasukan utama, mereka sememangnya 'isolated'. Sagna pula bagaikan hilang punca, mungkin kepenatan setelah aksi antarabangsa manakala Almunia yang selesa di kawasannya hanya watak picisan aksi ini, tiada sumbangan positif!

Bagi van Persie, bersabarlah. Dia individu paling kecewa di atas padang. Gol penyamaannya yang perlu dijadikan tonik kepada 3 mata disia-siakan lima individu di atas. Kehadiran Rosicky yang memberikan impak positif kepada pasukan juga berakhir dengan sia-sia cuma positifnya kita kembali mendapatkan seorang lagi 'offensive player' yang secara logiknya akan membuatkan aku lega untuk melihat Wenger menendang Denilson dan Diaby dari kesebelasan utama. Dan aksi di Emirates nanti aku menjangkakan dia bakal beraksi di 'starting line up', mungkin juga bersama Walcott.

Walaubagaimanapun kekalahan ini sedikit sebanyak membukakan mata kita lebih luas akan beberapa kelemahan ketara yang perlu di 'touch-up' kembali. Aku yakin aksi seterusnya Arsenal bakal lebih konsisten. Dengan 'major injury' iaitu Nasri dan Walcott semakin hampir kepada 'dateline' manakala Arshavin cuma berehat lagi 2 perlawanan, aku pasti formasi 4-3-3 atau 4-4-2 lebih 'offensive' dan efektif.

Hey, relaks la, kita baru beraksi 4 perlawanan liga dan berbaki satu perlawanan lagi, maka sekurang-kurangnya kita akan mencapai maksimum 9 mata daripada 5 perlawanan. Dan perlu diingat, 3 dari 4 perlawanan yang dilalui adalah di tempat lawan, jangan fikir Arsenal akan menutup mata di pusingan kedua di Emirates. Revenge, itu adalah pasti. Apa yang perlu sekarang kuatkan mentaliti, jadi semua itu mustahil!

Almunia-3

Entah ada ke tidak di padang, aku hairan posisinya sewaktu di 'set-pieces', ini bukan kali pertama dia berada di kedudukan sepatutnya! No 1 England goalkeeper, HELL NO! Zakat kepala yang tidak dikehendaki!

Sagna-4

Tiada overlapping efektif, nampak kepenatan (setelah beraksi pada kelayakan World Cup), tidak beraksi seperti sedia kala.

Gallas-7

Tidak perlu dipertikaikan semangat Gallas, cukup positif, tapi sayang rakan-rakan di full back menyebabkan dia kangen dengan 4 gol gawang Arsenal bolos.

Vermaelan-7

Membuktikan dia cukup solid, tapi sayang bukan, dia dan Gallas sudah beraksi sebaik mungkin di Manchester tetapi apakan daya. Sayang long rangenya gagal menembusi gawang Given.

Clichy-1.5

Aku hairan, sebelum ini sepantas kilat, dia juga kelihatan mengelamun dan paling utama tidak sedar selepas satu persatu kesalahan. 3 silly mistakes okay! Kegagalan mengeluarkan bola-bola sebelum tiba ke kaki Ireland, alpa mengawal bola sehingga dilarikan SWP dan Bellamy, memang meledakkan adrenalin aku!

Fabregas-6

Permainannya kelihatan agak terbatas setelah diterjah AdeBUYor tetapi atas semangat dia memberikan yang terbaik. Kegagalan Denilson dan Diaby beraksi baik, dia kelihatan agak isolated dan terpaksa going deeper untuk mendapatkan bola. Benteng De Jong dan Barry juga dilihat berjaya mematikan pergerakannya yang merupakan nadi utama Arsenal.

Song-6

Beraksi seperti biasa walaupun kelihatan kurang solid tetapi adalah tindakan yang salah menggeluarkannya yang sememangnya membebankan Back 4 setelah ketiadaan DM. Satu kesalahan mutlak Wenger tidak melakukan pertukaran awal dengan membiarkan Diaby membodohkan permainan.

Denilson-4

Entah kenapa dia berada di padang. Lost ball, gagal memberikan support, dia belum layak beraksi pada perlawanan penting walaupun pemain yang banyak beraksi musim lepas. Langsung tidak membantu!

Diaby-3.5

WTF!! Inikah Vieira wanna be? Kelakor. Sudahlah, aku cukup mual dengan individu ini. Holding ball dari pemain lain yang kemudiannya lost ball, hey kaki panjang, jangan fikir kaki kamu laju!

Bendtner-5.5

Dia cuma menjalankan tugasnya di flank dan sememangnya tidak sangat efektif, dia tidak diperlu dipersalahkan dan dari segi fizikal, dia sepatutnya berada di bahagian target man tetapi entahlah, Arsene's Know!

Van Persie-7.5

Individu paling bersemangat di padang. Walaupun tidak mempunyai kekuatan fizikal yang lebih gagah tetapi dia cukup bersungguh menunaikan tanggungjawabnya. Bermula dengan agak isolated ditambah rempuhan keras pertahanan lawan, dia menunjukkan keinginan mengatasi fizikal. Menampakkan kematangan dan terserlah sebagai pemain profesional!

Rosicky-7.5

Walaupun bermula dari bench, aku memberikan rate cukup tinggi untuknya! Satu gol dan menginspirasikan gol penyamaan, inilah adalah come back yang dialu-alukan tetapi sayang kesudahannya agak menyedihkan. Apa-apa pun kehadirannya menghadirkan keceriaan kepada kem Arsenal. Oh yaa, awek aku dah curang, dia dah sukakan Little Mozart!

Eduardo-6.5

Hairan kenapa dia tidak diletakkan di dalam kesebelasan utama, sekurang-kurangnya berada disisi van Persie apatah lagi killer instinctnya cukup diperlukan. Kurang daripada 15 minit sahaja aksinya, tidak banyak dapat diberikan walaupun banyak membantu. Hairan, mungkin Diaby lebih baik? s**t!

Eboue-6

Dengan kecederaan Arshavin ditambah pula kecederaan panjang Nasri dan Walcott, dia lebih layak diletakkan di kesebelasan utama (kehadirannya pada perlawanan penting pada kecederaan dialami pemain utama) dibandingkan Diaby dan Denilson sewaktu aksi sebegini penting kerana aku percaya Eboue lebih efektif dan mampu memberikan pertolongan cemas kepada Sagna

Gunners diskriminasi terhadap Bayor???


selepas kekalahan telak Arsenal 4-2 di tangan Man. C, banyak spekulasi selepas insiden2 yang terjadi masa perlawanan di stadium of Manchester itu.

Adebayor yang nampak dengan sengaja memijak pipi RVP dan selebrasi kontroversinya selepas menjaring kan gol ke 3 minit 80.

usai perlawanan, Ade mengklaim yang dia meminta maaf dengan RVP dan AW sebab insiden memijak RVP dan selebrasi berlebihan yakni berlari sejauh 80metre ke arah penyokong Arsenal dengan merentangkan kedua tangannya menunjukkan kesombongan striker Togo tersebut pada penyokong Arsenal.
( Minate punyo Adebayor, mai sini kawe pijok pala demo, lepas tu baru kawe minta maaf, nok ke lagu tu?? -> kelate kito ).

Kolo Toure sedikit memberi sokongan untuk rakan sepasukan yang sama2 berhijrah ke Man. C dari Arsenal, Toure memberi kenyataan yang para pemain Gunners kurang ramah terhadap Adebayor semasa akan berlawan, Ade kerap menyapa mereka dengan ramah, akan tetapi di sambut dingin oleh para pemain Gunners yang lain
( sapa nak ramah kat lu beb, bab lu sibok nak ke Barca or AC Milan semasa Arsenal betol2 perlukan khidmat lu Ade Sayor kailan masak petai).

Adebayor dan Toure beranggapan yang mereka telah memberikan keuntungan secara finansial terhadap ARsenal.
( ya larr memang betoi, tapi cakap memang senang dan membaling kesalahan kat Wenger, tapi depa ber dua tak sedar, sebab nak kan gaji yang berlimpah ruah sebagai target utama mereka berpindah ke Man. C. dan sekarang depa ber dua ini jadi antara top 10 pemain BPL bergaji tertinggi kat england, Ade ke 5 = 160k pounds/pekan dan Toure ke 7 = 137500 pounds /pekan )

P/s :
Patut ke Gonners meminta pihak disiplin FA England untuk menghukum Adebayor se berat2 nya di atas insiden memijak RVP sampai berdarah dan selebrasi yang provokasi terhadap penyokong Arsenal????

Tahun Depan BPL dengan polisi baru.


Peraturan FIFA dan UEFA yang di gubal tahun lepas yakni 6 pemain lokal + 5 pemain asing dalam sebuah perlawanan tiap club di eropa di tentang oleh Uni Eropa sendiri sebab melanggar ketentuan dalam Undang2 sumber daya tenaga kerja persatuan Eropa tersebut.

Akan tetapi BPL mempunyai idea tersendiri untuk merealisasikan pengembangan pemain muda tempatan, dengan menerapkan 17pemain asing dan minimal 8 pemain akademik sesebuah pasukan itu sendiri dalam saingan BPL musim hadapan.

Aturan ini tidak mendiskriminasi kewarga negara an seorang pemain itu sendiri, 8 pemain akademik itu boleh saja ber warga negara england atau pun bukan england, jadi tidak menyalahi UU Sumber daya ketenaga kerjaan Eropa itu sendiri.

Ketua Premier League, Richard Scudamore menyatakan yang hal ini akan memberikan kesempatan kepada pemain2 muda hasil akademik sesebuah club itu sendiri.
P/s :
Dun Worry Richard, Gunners had plenty of Young Gunners, takut club lain akan protes jerr, ingatkan lu pro Gunners arrgghhh.
Sedikit kabar gembira:
Eduardo lepas dari 2 siri penggantungan dari bermain di CL 09/10 berikutan diving yang dilakukannya semasa menang 3-1 di emirates stadium menentang Celtic.
Banding Arsenal yang menyatakan bahwa Eduardo bertindak demikian akibat dari refleks untuk melindungi kakinya yang pernah patah masa melawan birmingham, "Setelah mempelajari bukti-bukti dan saksi2, terutama dari Refree dan asisten Refree, rakaman video, panel disiplin memutuskan bahwa tak de kesalahan fatal atas keputusan refree menjatuhkan hukuman penalti kepada Celtic," demikian pernyataan UEFA. Maka dengan demikian Eduardo akan dimain kan semasa Arsenal berkunjung ke Standar Liege untuk penyisihan CL09/10 khamis suboh.

Isnin, 14 September 2009

Preview Standard Liege Vs Arsenal

2 kekalahan ber turut2 di laga domestik pada Man.U & Man. C.
Belum habis gak isu2 lama, kecederaan yang tak luput dari para pemain ARsenal setiap musim nya.

Banyak media memberi komen yang squad utama Arsenal memang tak dapat di nafikan kebolehannya, akan tetapi simpanan yang sedia ada hanya lah sekedar rata2 sahaja batas kemampuan dan skill mereka, tak banyak yang dapat di lakukan bila tonggak utama cedera seperti Cesc, Arshavin, Nasri dan yang lainnya.

Arsenal akan berkunjung ke Maurice Dufrasne Stadium untuk melawan Standard Liege juara liga Belgium 17hb Sept Subuh (waktu Malaysia).

AZ Alkmaar, Olympiakos Pireus, Standard Liege merupakan 1 kumpulan H bersama Arsenal.


Dalam waktu dekat ini Aw akan menambah masa contract William Gallas berasaskan performa duet Gallas dengan Vermaelen yang sangat solid dalam masa singkat sahaja.
AW menegaskan susah nak mengetahui siapa yang bagus antara kedua pemain berkenaan, tetapi sangat padu menjadi jantung pertahanan Arsenal.

Tetapi ada kabar yang kurang menyenangkan di kubu Arsenal, dengan kembalinya Thomas Rosicky, Almunia & RVP absent saat berkunjung ke kubu Standard Liege ( Almunia infeksi dada dan RVP ada sedikit cedera pada bahagian Lutut ).
Goal Keeper Arsenal akan di isi oleh Vito Mannone atau Wojciech Szczesky, mengingat kiper kedua Lukasz Fabianski masih mengalami cedera.
(Hope you all the best mates, show your capability this moment).

Selain Van Persie dan Almunia, Arsenal juga masih tanpa kelibat Samir Nasri, Andrei Arshavin, Johan Djourou dan Carlos Vela, juga Denilson yang mengalami cedera punggung.

Mungkinkah squad simpanan akan menunjukkan taringnya???
Sokonglar squad kesayangan kita ini, ONCE GONNERS-GONNERS FOREVER.

P/s :
Nanti Q post squad kemungkinan dari prediction goal.

Wang Pak Arab lebur Darah Muda Arsenal.

Pelaburan Pak Arab sampai beratus juta Pounds pada Man. C berbaloi, banyak media menghembuskan spekulasi yang Man. C sanggup menggugat kedudukan big 4BPL dengan Arsenal menjadi calon kuat untuk terkeluar dari saingan big 4 sememangnya sudah terbukti, Arsenal tunduk di kandang The Citizens yang mana Man. C tanpa kelibat Robinho dan Tevez mampu membuat Arsenal bertekuk lutut 4-2.
Clichy tak bermaya menahan duet S.W.Phillips dan Micah Richards, Free kick Barry minit 20 di tanduk kemas Richards berhasil membuat gol bunuh diri Almunia yang bertahan sampai habis separuh masa pertama.
Separuh masa kedua Arsenal meningkatkan serangan dengan memasukkan Rosicky menggantikan Denilson, RVP berhasil menyamakan 1-1. Arsenal terus mengasak kubu Man. C tapi walau lebih banyak menguasai bola masa melakukan serangan ke kubu Man.C, Arsenal leka akan pertahanan di manfaatkan sepenuhnya oleh The Citizens dalam masa 12 minit yakni antara minit 74, 80, 84 Almunia terpaksa mengutip bola hasil jaringan Bellamy, Adebayor dan S.W.Phillips. ( Q akui individu Man.C memang tak dapat di nafikan, serangan balik yang begitu laju membenam cabaran Arsenal ).
Arsenal mendapat gol sagu hati hasil jaringan Rosicky minit 88, sayang sudah terlambat untuk bangkit semula dengan Man. C 4 - Arsenal 2.

City: Given; Richards, Toure, Lescott, Bridge; Wright-Phillips, Ireland (Petrov 74), Barry, De Jong; Adebayor, Bellamy

Arsenal: Almunia; Sagna (Eboue 77), Gallas, Vermaelen, Clichy; Denilson (Rosicky 53), Song (Eduardo 77), Bendtner, Diaby, Fabregas; Van Persie