Selasa, 23 November 2010

Not Gone Enough

"Down but too much times to go on top"

Maaf aku kurang spend masa dekat blog ni dah agak lama. Mungkin itu term terbaik untuk hujung minggu lepas. Dua gol di separuh masa pertama tidak cukup untuk meletakkan Arsenal di puncak liga sebelum Spurds kembali menolak 3 mata berharga kita di Emirates. Aku hairan, sesiapa saja yang menyokong Arsenal pasti hairan.

Sememangnya Arsenal agak struggle sekarang ini untuk mendapatkan 3 mata di Emirates untuk aksi liga. Sebelum ini kita amat sukar menewaskan West Ham dan Birmingham maka tidak hairan aksi menentang Newcastle dan West Brom amat mengecewakan. Yang mengecewakan adalah aksi hujung minggu lepas, bayangkan dua gol di hadapan di separuh masa pertama, kita pastinya melihat game ini sebagai permulaan kembali melakukan unbeaten kepada Spurds dan pastinya bakal menambahkan gol di separuh masa kedua lagi.

Ini lah Arsenal sekarang, penuh dengan kejutan. Jika dahulu, 2 gol tu sememangnya selamat tetapi sekarang masih timbul rasa was-was. Aku bagaikan merasakan sesuatu sewaktu Spurds mendapatkan gol awal di separuh masa kedua dan menjangkakan scoreline game ini pastinya bergol-gol tetapi masih di pihak Arsenal tapi jangkaan aku meleset sama sekali.

Perkara dah lepas, belajar dari kesilapan, entah berapa kali akan berulang, harap dijauhkan. Jadi aksi menentang Braga awal pagi nanti ditagih tiga mata penuh walaupun satu mata cukup memadai untuk ke pusingan 16 terbaik tapi motivasi kemenangan amat diperlukan sebelum berkunjung ke Villa Park hujung minggu ini.

Dengan Arshavin dan van Persie direhatkan, pastinya Wenger lebih kelihatan serius untuk aksi menentang Aston Villa tetapi aku yakin skuad ke Braga boleh diharapkan. Clichy yang mengalami kecederaan akan dikeluarkan dari kesebelasan utama dan diberikan kepercayaan kepada Gibbs yang kembali pulih daripada kecederaan. Fabregas juga dikatakan tidak berada di starting role, jadi kombinasi midfield mungkin di antara Rosicky dan Wilshere. Sesiapa pun bakal beraksi, selagi mereka mempamerkan permainan Arsenal, pasti tiada masalah. :)


Prediction:

Braga 1 - 2 Arsenal