Selasa, 21 September 2010

Karma 2008/09


Masa tambahan di Stadium of Light sekali lagi menyebabkan Arsenal dan Sunderland hanya berkongsi satu masa sahaja. Karma di musim 2008/09 dengan Arsenal mendapatkan gol penyamaan di minit 94 tetapi kali ini berpihak kepada Sunderland pula.


Wenger juga tampak berang dengan beberapa keputusan pengadil sehingga tidak mahu menggulas lebih lanjutan tindakan pengadil perlawanan terutamanya layangan dua kad kuning ke atas Alex Song yang aku percaya layangan kad kuning pertama langsung tidak masuk akal.


Walaupun beraksi 10 pemain di babak kedua bermula pada minit 55 tetapi peluang untuk mematikan Sunderland gagal. Penalti dan beberapa lagi peluang gagal disudahkan dan akhirnya kelam-kabut di final third membuatkan kita kehilangan 2 mata berharga.

Aku bukan suka sangat nak menyelar beberapa individu tetapi aku melihat dengan mata kasar beberapa pemain beraksi di bawah kemampuan mereka terutamanya Gael Clichy yang gagal mengawal posisi nya yang kerap mengancam kubu Arsenal. Tetapi pujian aku berikan buat Koscielny dan Almunia yang beraksi cukup baik tetapi gagal untuk mendapatkan cleansheet.


Gol lantunan Fabregas juga dibayar mahal apabila dia mengalami hamstring dan pihak Arsenal belum pasti kecederaannya dan belum melakukan sebarang imbasan. Dan aksi Carling Cup menentang Spurs awal pagi esok bermakna Fabregas bakal diketepikan manakala Song akan menjalani penggantungan; sekurang-kurangnya aksi menentang West Brom nanti dia bakal kembali.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, bolehlah dijangkakan Wenger akan menurunkan skuad lebih muda pada kempen Carling Cup bersama dengan beberapa pemain yang tidak beraksi di kesebelasan utama. Trauma kekalahan 5-1 di White Hart Lane membuatkan aku merasa Wenger tidak akan menurunkan second string team pada aksi ini, cuma mungkin diadun beberapa skuad utama dan pemain muda.

2 ulasan:

Q berkata...

sory brooo
tak posting
tak sempat..
lagi tambah broad band macam siyal..
bayar bulan2 tapi tak boleh pakai..
dah buat komplen.. tak juga ada kesudahannya..
any way nice new face brooo

Hafez Rachwan berkata...

aku pun tak update sgt Q, malas..hahaha