Rabu, 8 September 2010

van Persie 'bercuti lagi', Nasri kembali dan aksi pertama Squillaci


Akhirnya berita mengenai kecederaan van Persie sudah dianalisis dan dia akan menjalani proses pemulihan selama 6 minggu. Maka pertengahan Oktober adalah jangkaan untuk dia kembali semula ke kem Arsenal. Kecederaan van Persie ini bagaikan dah dijangka, setiap kali dia mengalami kecederaan pastinya tempoh yang diambilnya cukup lama. Entah la, aku rasa semua di kem Arsenal sudah terbiasa dan bersedia.


Sementara itu Samir Nasri bakal menjalani latihan bersama Arsenal beberapa hari lagi dan bersedia untuk beraksi menentang Bolton nanti. Memang mengagumkan, dia cukup pantas dalam proses pemulihan, benar apa yang digambarkan Wenger, Nasri merupakan pemain paling cepat pulih daripada kecederaan. Ketiadaan van Persie ini pastinya akan memberikan peluang untuk Walcott beraksi di hadapan bersama-sama Arshavin dan Chamakh, dengan dia berada di kemuncak prestasi tika ini, ianya amat melegakan.

Empat pemain utama Arsenal telah beraksi bersama pasukan simpanan menentang Blackburn Rovers iaitu Fabianski, Djourou, Denilson dan Squillaci. Keputusan 4-3 yang berpihak kepada Arsenal, scoreline yang pastinya melihatkan ada kelemahan di posisi pertahanan. Aku tak boleh nak ulas perlawanan ini kerana tidak menyaksikannya tetapi Fabianski yang beraksi di gawang, mungkin benak fikiran macam boleh dijangka. Tapi bagi aku perlawanan ini lebih kepada mendapatkan match fitness keempat-empat pemain ini.

Setidak-tidaknya Squillaci bolehlah cuba untuk menyesuaikan diri di kem Arsenal manakala Denilson pula, ini merupakan aksi pertamanya musim ini setelah mengalami kecederaan dan terlepas aksi pra-musim. Jadi jika mereka ini telah menemui match fitness maka ia memberikan lebih banyak option kepada Wenger untuk aksi menentang Bolton nanti.

Tiada ulasan: