Selasa, 7 September 2010

Intip-intip gosip-gosip liar atau pun LIAR

Mungkin agak pelik nak menceritakan mengenai perpindahan pemain tetapi dek tempias menyinarkan pemain muda, Arsene Wenger dan Arsenal pastinya takkan terlepas dari rumour pemain-pemain muda yang dilihat berbakat dicanang menjadi pemerhatian kem Arsenal. Belum pun cukup seminggu jendela perpindahan pemain ditutup, tiga pemain muda telah dikaitkan untuk bersama Arsenal. Kadang-kadang aku pelik dengan situasi sebegini. Apa-apa pun aku cuma nak kongsikan profile ketiga-tiga pemain ini sekadar mengisi entri akibat kebosanan menunggu aksi perlawanan antarabangsa tamat pagi Rabu ini.


ORIOL ROMEU

Selepas Fabregas dan Merida, timbul desas-desus Arsene cuba memancing seorang lagi pemain muda dari Catalan. Dengan isu mengenai Fabregas yang masih lagi 'bernyanyi' di pihak Barca, aku rasa macam isu ini akan sentiasa berbangkit. Okay, fokus kembali kepada Romeu [dah macam Romeo jer bunyi nya], merupakan pemain di pasukan Barca B yang berumur 18 tahun. Berasal dari Sepanyol dan posisi utamanya adalah defensive midfield serta di posisi central defender jika di situasi kecemasan.


Kelakar juga melayan komen-komen peminat bola sepak mengenai entri mengenai pemain ini diintai Arsenal, ada yang mahukan pihak Arsenal menguji kaji pemain ini sama ada dia ber-DNA Barca atau tidak. Tak juga yang bagaikan trauma, mahu Arsenal elakkan mendapatkan pemain dari Barca. Entahlah, kadang-kadang tu aku rasa pemain Sepanyol ni macam 'crying baby', dulu pernah Fabregas suarakan mengenai Reyes tapi karma sekarang seolah-olah di pihaknya. Jadi kita tunggu dan lihat bagaimana situasi ini nanti.



MAXIM KOVAL

Bagaikan tidak putus ura-ura di bahagian penjaga gol, timbul pula nama lain iaitu Maxim Koval yang sekarang ini beraksi bersama Dynamo Kiev. Berasal daripada Ukraine. Walaupun berumur 17 tahun, dia telah beraksi bersama Kiev untuk kempen kelayakan Champions Leagues menentang Ajax.


Bagi aku, bukan mudah untuk Arsenal menggunakan penjaga gol muda pada masa ini disebabkan aku merasakan posisi ini paling mencabar di dalam kesebelasan utama Arsenal. Lihat sahaja pada Fabianski yang sebelum ini dikatakan mampu menjadi world class goal keeper tetapi sekarang terarah kepada blunder class goal keeper disebabkan kurang pengalaman.

Kejam? Agak la, tapi aku masih lagi berharap sekiranya dia betul-betul world class, dia perlu buktikan secepat mungkin terutama karier di posisi ini bukanlah mudah untuk meraih peluang. Jadi adakah Koval hot prospect untuk Arsenal? Aku lebih prefer Wojciech Szczesny, nama pun dah macam Petr Cech, mesti power!



RUI MIYAICHI

Seorang lagi bakat muda daripada negara matahari terbit, jadi adakah dia merupakan calon pemain Asia kedua di bawa Wenger ke Arsenal setelah kelibat Inamoto amat suram di Arsenal. Dia juga telah diintai Ajax tetapi dikhabarkan bakal memilih Arsenal setelah trial bersama Ajax dia mengalami keretakan fibula pada kakinya.


Pada mulanya kecederaan ini hampir melenyapkan keinginan kedua-dua kelab mendapatkan khidmatnya tetapi setelah hasil scan menunjukkan keretakan yang dialaminya bukanlah teruk.



"Mr Wenger told me that Arsenal is my home and I that should learn some English and come back soon. It was difficult to choose between Arsenal and Ajax, but Arsenal wanted me the most."

Dia sekarang berusia 17 tahun dan masih menuntut di Chukyo University. Dikatakan setelah tamat biasiswanya di sana pada Disember nanti dia bakal menandatangani perjanjian bersama Arsenal selama 5 tahun. Dengan ketinggian 180cm, posisi utama di sayap kiri, dia dilihat sebagai prospek menarik buat Arsenal.



Jadi sejauh manakah khabar angin ini, kita nantikan bagaimana nanti. Bagi aku, Maiyaichi dilihat cukup menarik tetapi aku tidak yakin adakah dia mampu untuk menghadapi permainan fizikal di EPL, jika percubaan di Ajax sudah mengalami kecederaan, bagaimana pula di EPL yang maha-fizikalnya!

Tiada ulasan: