Sabtu, 1 Mei 2010

Arshavin perjelas duduk masalah sebenar.

Pada member2 yang menyokong blog nie, Q harap maaf bebanyak bila sedikit melampau dalam menggunakan bahasa.
Seperti posting sebelumnya, Q sedikit terkilan kat Arshavin tu, memang benar adanya media Russia memutar belit fakta tapi bila kaji semula perangai dia nie selepas kes 4gol yang depa jaring kat anfield berkecai dengan jaringan penyamaan untuk Arsenal balik dengan 1 mata sahaja, memang nampak kekecewaan dia tak hilang lagi, Q pon kecewa jugak,
tapi semangat berpasukan tak boleh pudar bab remeh temeh cam tu, hal besar kene jadi kecik, yang kecik kena jadi kan tak de hal, baru sesebuah pasukan tu akan mara ke hadapan.

bukan nak puji Chelsea, Q akhir2 nie sedikit teruja akan performa berpasukan The Blues, walau Q menyampah tengok rakan2 penyokong Chelsea kat tempat keje 1 kilang Q yang belagak macam nak mampos.
Q masih sedikit respect semangat 1 pasukan Chelsea, JT yang tersangkot kes miang dia tu, rakan2 depa tetap beri sokongan mental kat dia,
tapi Q nak Chelsea tumpas kat anfield, biarlarrr Man U juara, menyampah tengok rakan keje Q penyokong Blues tu, belagak.

balik pada Arshavin,
Mamat nie bersuara selepas mendapat sepatah dua dari AW ( takut agaknya dia nie ).
AW yang sedikit terkilan akan kenyataan yang tersebar luas bab dia nak ke BArca, sedikit mendesak agar Arshavin memberi komitmen yang jelas pada pasukan, bab AW berniat nak memperpanjang contractnya bersama arsenal yang berbaki 2 musim sahaja lagi.
Arshavin menegaskan yang komitmen nya bersama Arsenal masih tinggi, hanya Media Russia yang memutar belit kenyataan beliau sebelum nie kat Russia.

P/s :
harap2 lar buat serupa cakap, jangan cam Hleb dan Flamoney sudah lar.

Pada member Gooners yang terkilan bab posting Q marah kat Arshavin tu, Q minta maaf bebanyak,
Bab Q layan game Arsenal akhir2 nie bila tengok Arshavin selaku starter, Q agak kecewa dengan perform dia yang kerap tamak penting kan diri untuk score goal, dan menunjuk kan perasaan marah melampau bila Arsenal gagal mendapat kemenangan.
tapi yang lepas biarlah berlalu, harap musim depan, Arsenal boleh lebih mencabar, dan menutup kelemahan yang ada.

ramai wartawan sukan telah melabel Arsenal selaku Club big 4 yang paling hancus kat bagian pertahanan.

Esok Q posting B.Burn vs Arsenal
dan bab Eduardo yang mungkin berhijrah ke club lain sebab kurangnya kesempatan depa bermain musim nie, juga bab AW yang nak kan Mexes ( AS Roma ) defender France ( 28 thn ).

Adiosssss Gooners..

Tiada ulasan: