Isnin, 4 Januari 2010

Kali ini milik Expert.

Predict Expert Mengena.
W.H.U. 1 ( Gol Diamanti 45' )
Arsenal 2 ( Ramsey 78' Dudu 84' )

Sedikit Ulasan.
WHU bermain dengan terbuka dan menyerang, maen kat Rumah sendiri di hadapan penyokong2 WHU menaikkan lagi semangat pemain2 Tuan Rumah.

Arsenal yang mula2 dengan 85% kekuatan pon hampir2 kemasukan gol lawan, nasib baik Fabiansky terer giler time tu.
seawal minit 6 Valon Behrami dan minit 9 Allesandro Diamanti hampir menjaringkan gol, Fabiansky jugak hero untuk ke dua2 try tersebut.
15minit pertama perlawanan adalah milik tuan rumah, Arsenal tak larat memainkan corak seperti biasa hantaran/ UMPAN -> :p wakakakakakaka bab umpan nie ada orang komplen eeerrrghhh -> sorry ter sa sau sikit, teringat kan NATE tak bernamo comment.

Q ulang balik, 15 minit pertama Arsenal tak larat bermain seperti mana hantaran dari kaki ke kaki, Centre midfield yang di kendalikan Ramsey dan Whilsere tak larat melawan midfield WHU yang masuk dalam kategori sasa jugak. Ramsey yang mendapat peluang, merembat kuat tapi dapat di kawal Robert Green dengan kemas.

minit 45 Diamanti menggamatkan suasana stadium dengan gol pertama yang melepasi perangkap off side selepas mendapat UMPAN jauh.

separuh masa kedua WHU tak berhenti setakat 1gol jerr, serangan demi serangan WHU mencemaskan Defender Arsenal dan Penjaga GAwang Fabiansky.

Midfield Arsenal yang kurang berdaya saing memaksa AW memasukkan Diaby ( ADIK ANGKAT BRO HAFEZ ) dan Samir Nasri menggantikan Whilsere dan Fran Merida pada minit 62.

Percaturan AW menjadi, minit 78 Song memberikan UMPAN pendek pada Ramsey untuk gol penyamaan 1-1.

Masuknya ADIK ANGKAT BRO HAFEZ dan Samir Nasri menghidupkan corak permainan ARsenal, serangan demi serangan ke gawang Green berbaloi, minit 84 Dudu pulak menjaringkan gol kemenangan Arsenal hasil UMPAN SILANG dari sisi kiri Carlos Vela.

WHU cuba menyerang kubu ARsenal, sayang keputusan 1-2 sampai ke penghujung perlawanan.
Round ke 4 ARsenal akan berkunjung ke Stoke City untuk mencuba " throw in Roy Delap " yang kerap menghukum kesilapan benteng pertahanan lawan.

Susunan Pemain
West Ham United:
Green, Upson, Tomkins, Daprela, Kovac, Jiminez, Faubert, Behrami, Stanislas, Diamanti, Nouble (Sears 79)

Arsenal:
Fabianski, Silvestre, Gallas, Sagna, Vermaelen, Song, Perez (Diaby 62), Ramsey, Wilshere (Nasri 64), Eduardo, Vela

P/s :
Untuk penyokong2 blog nie, Q mohon maaf sebesar besar nya untuk posting kali nie yang agak berserabut sikit dengan " UMPAN ".

Bab ada mamat kaki pancing tersesat kat blog nie, tak puas hati dengan perkataan " UMPAN " jadi Q tunaikan hasrat depa tu dengan " UMPAN " yang banyak, jadi NATE GILO tu boleh berpuas hati.

Tiada ulasan: