Selasa, 19 Januari 2010

Henry memang LEGEND pun


Hari ini, Isnin mengikut waktu di Eropah telah menentukan keputusan FIFA mengenai isu kontroversi sewaktu perlawanan play off kelayakan WC2010 di antara Perancis dan Ireland yang menyaksikan harapan Ireland ke Afrika Selatan hancur luluh setelah bola terkena tangan Thierry Henry yang menyebabkan Ireland tersungkur di Stade de France dan FIFA secara langsungnya tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas Henry. Keputusan yang cukup bijak!

Ok, macam-macam gelaran yang diterima legenda Arsenal ini antaranya The Cheating France dan Hand of Devil! Rasa kelakor pun ada bila difikirkan kenapa Henry sahaja nak diambil tindakan, kenapa pengadil perlawanan tidak diambil tindakan juga? Sudahlah, sekarang aku harap England buka balik la kes Maradona menjaringkan gol menggunakan tangan pada final WC1986 pulak..hahahaha. Tapi kalau baca news dari artikel media British, Henry memang dihentam puas-puas. Puncanya, dia French, ex-Arsenal dan menidakkan Ireland yang juga sekutu UK.

Cuma satu jer nasihat aku kepada Irish semua, belajar-belajar la layak dengan juara kumpulan, dah tau play-off ni memang risiko...hahaha. Bola, cukup menghiburkan. Game dah tamat, pandang ke depan! Referee yang curi peluang Arsenal menang UCL sewaktu musim 2005/06 pun ada cakap dia tak patut bagi red card pada Lehmann lepas game tamat tapi nak buat macamana, dah habis game, terima jer lah dengan redha, bola sepak, memang beremosi.


Sudahlah Irish, jangan bersedih lagi yer. Buatkan aku kentang putar untuk WC2010 nanti yer. Aku nak makan sambil layan game France. Sabar yer, dah berlalu sudahlah..kekekekekekeke

Mengenai injury; TOTI (Two Out, Two In), agak major boost bila Denilson dan Walcott dapat disenaraikan semula ke dalam skuad yang bakal melayan kunjungan Bolton di Emirates pagi Khamis nanti. Dan van Persie nampak gayanya masih mengikut flow recovery, belum nampak lagi tercepat atau terpelahan recovery dia, so jangkaan April nanti adalah tempoh paling hampir bagi dia.

Bendtner nampak gayanya paling dekat sekarang, mungkin boleh fit pada aksi menentang Stoke City bagi kempen FA Cup di Brittania Stadium tapi Wenger menunda aksi sulungnya tahun ini sehingga bertemu Aston Villa 27 Januari nanti. Nasri dan Ramsey lagi 20 hari, tapi Wenger kata dua-dua ni cepat recovery tapi Wenger play safe, 21 hari maksimum untuk kecederaan mereka berdua. Latest news aku akan update nanti.

2 ulasan:

Q berkata...

Nampak gaya cam support France jerrr..
aku France gak :p wakakakaka
tapi tahun nie aku rasa kureng larr France nie..
bab dah tua2 belaka..
Aku pegang France & Argentina for Messi.

Q berkata...

Senderos isnin nie ke Celtic status Pinjaman untuk separuh musim nie.
Senderos nak jaga peluang dia untuk beraksi dengan Switzerland.
Aw pon tetap nak keep dia nie bab ada chance menyerlah, depa nie kerap buat kesilapan kecil berakibat goal.
susah nak cover striker sasa cam drogba & Rooney.
Any way good luck for Senderos.