Ahad, 28 Mac 2010

Optimistik atas dasar Kalkulus


Ramai memperkatakan harapan menjulang trofi liga sudah ranap tetapi metamatiknya belum lagi, dua mata digugurkan di minit akhir membuatkan Arsenal tergelincir 4 mata di belakang MU dan 3 mata di belakang Chelsea yang mudah menewaskan lawan masing-masing. Jadi Arsenal diposisi pengharapan, mengharapkan gameweek seterusnya keputusan seri di Old Trafford apabila MU menerima kunjungan Chelsea manakala Arsenal pastinya perlu memastikan 3 mata penuh dijelmakan sewaktu menentang Wolves nanti. Seri ini bermakna Arsenal gagal meneruskan 6 kemenangan berturut-turut yang dicapai sebelum ini.

Mungkin banyak faktor yang mencederungkan Arsenal mencicirkan dua mata di St Andrews. Pilihan kesebelasan utama, hilang fokus, strategi tidak begitu menjadi dan pastinya permukaan padang yang dilihat kurang memuaskan. Bermula aksi sehingga penghujung April nanti membuatkan Arsenal akan beraksi 3 hari satu perlawanan maka sememangnya kita tidak dapat melihat Wenger meletakkan kesebelasan pilihan utamanya dan terpaksa melakukan rotation yang juga gamble bagi memastikan jumlah kecederaan diminimumkan tatkala beberapa individu masih lagi bergelut mendapatkan kecergasan terbaik. Howard Webb? Sudah aku jangkakan daripada referee dungu botak ni.


Dan tindakan Wenger memasukkan Nasri dan Arshavin membuahkan hasil tetapi kegagalan menggunakan kelebihan jaringan Nasri dengan memasukkan sama ada Eboue atau pun Silvestre dalam memperkukuhkan pertahanan memakan diri dan akhirnya Philips menjaringkan gol berharga buat Birmingham. Dou impak daripada pemain gantian tetapi tidak cukup bermakna buat Arsenal. Jika diimbas, posisi ofsaid Chucho tidak diendahkan penjaga garisan dan memberikan kelebihan buat Philips dan Almunia yang tidak berada di posisinya terkapai-kapai menolak bola keluar, memalukan!

Permukaan padang? Apa yang boleh kita jangkakan di luar Emirates? Terpaksa kita harungi, jika masuk akal, mungkin lepas ni kena propose tambahan padang latihan di mana permukaan padang latihan tidak begitu rata dalam memastikan permainan Arsenal dapat disesuaikan dengan permukaan padang kurang baik di tempat lawan dan pastinya JJB Stadium menjadi satu lagi permukaan padang yang aku rasakan mampu mengganggu permainan Arsenal. Kredit aku berikan kepada Birmingham yang kelihatan cukup berdisiplin mengawal kubu mereka dan banyak mematahkan serangan Arsenal, jadi tidak hairan MU dan Chelsea memperoleh 1 mata sahaja di St Andrews juga. Aku masih lagi optimistik!

Rabu, 24 Mac 2010

Mata Berharga, Kehadiran Semula Van Persie ke Kem Arsenal dan Kegagalan Mendapatkan Vermaelan pada Aksi di St Andrews

Panjang tajuk, banyak sangat tak update. Ok, 3 mata berharga diperolehi di Emirates walaupun bermain lebih daripada 45 minit setelah Vermaelan dikeluarkan oleh Martin Arkinson yang boleh aku perkatakan keputusan tidak munasabah. Gol jaringan Denilson yang dirancang antara dia dan Bendtner sekali lagi membuktikan Bendtner semakin baik permainannya, begitu juga Denilson. Dan pastinya Almunia antara watak penting yang menukarkan semangat Arsenal lebih hangat setelah berjaya menyelamatkan sepakan penalti Diamanti yang juga terpancar di wajah Campbell kelegaan.

Boleh aku perkatakan kini pemain semakin matang mengawal permainan walaupun beraksi 10 pemain dan pastinya ini juga merupakan elemen mental cukup baik. Gol kedua yang tercipta hasil kerja keras Fabregas disusuli lorongan cantik Eboue yang kemudiannya dikawal Fabregas ditampan oleh Upson yang menghadiahkan penalti buat Arsenal. Dan Fabregas menambah gol ke 15 liga musim ini, percapaian cukup membanggakan daripada talisman yang banyak mempengaruhi kedudukan Arsenal sekarang.

Sementara itu di Holland, van Persie secara rasminya menyatakan dia sudah pulih daripada kecederaan panjangnya sewaktu beraksi bersama negaranya tetapi dia mungkin akan kembali menyarung jersi Arsenal di penghujung bulan ini jika dia mampu mendapatkan match fitness. Tonik buat Arsenal dengan kembalinya dia ke pangkuan Arsenal, begitu juga Gallas yang kemungkinan besar pulih selepas aksi di Emirates menentang Barcelona.

Dan rayuan Arsenal bagi menggelakkan Vermaelan daripada terlepas aksi di St Andrews nampaknya gagal setelah FA secara rasminya menolak rayuan berkenaan. Ini bermakna, buat pertama kalinya perjalanan liga musim ini, Arsenal tanpa Vermaelan ketika menentang Birmingham nanti dan dia bakal kembali pada aksi menentang Wolves di Emirates, begitu juga Gallas. Pastinya Wenger akan merehatkan Campbell bagi memastikan dia betul-betul fit untuk menentang Barcelona nanti, jadi bolehlah kita predict Wenger akan memasangkan Song dan Silvestre di bahagaian center back.

Maaf sebab posting agak lambat, busy dengan kerj dan letih sebab dari hujung minggu sampai sekarang memang aktiviti padat. Apa-apa pun, kita semakin cerah untuk mencapai impian meraih trofi pertama ke Emirates. Keep the belief!

Jumaat, 19 Mac 2010

Undian Menarik!


Buku bertemu ruas, mungkin itu paling sesuai untuk memperkatakan apabila Arsenal diundi bertemu Barcelona di suku akhir UCL dan pemenang aksi timbal balik ini akan menanti lawan di antara CSKA Moscow dan Inter Milan. Mungkin ada menganggap Arsenal menemui jalan paling sukar di suku akhir dan mungkin juga memperkatakan Arsenal perlu beraksi dengan pasukan kuat di Eropah untuk membuktikan sesuatu. Diteliti, kedua-duanya dirangkumkan jadi aku percaya aksi timbal balik ini paling diberikan tumpuan dibandingkan suku akhir lain.

Mungkin boleh aku perkatakan musim ini cukup menarik dan mencabar bagi kedua-dua pasukan. Arsenal dengan misi mendapatkan trofi pertama ke Emirates dan mematikan mulut-mulut pengkritik manakala Barcelona yang dilabel sebagai skuad 'sempurna' pastinya mahu mencapai prestasi kemuncak musim ini seperti juga musim lepas yang menyaksikan mereka memperolehi 6 trofi. Menarik bunyinya.

Dan pastinya UCL musim ini juga memperlihatkan beberapa pemain dan jurulatih beraksi menentang bekas pasukan mereka, antaranya Kaka vs AC Milan, Benzema vs Lyon, Beckham vs MU dan pastinya Maurinho vs Chelsea manakala Arsenal akan berhadapan dengan bekas talisman Arsenal iaitu TT manakala Fabregas akan menentang bekas akademinya yang juga kononnya cukup sinonim tersebar khabar-khabar angin ingin menyunting Fabregas kembali. Jadi pertemuan ini cukup menarik, pastinya tiada apa yang lebih menarik bagi menceritakan corak permainan kedua-dua pasukan, semua pun tahu!

Optimistik aku memperkatakan Arsenal sekali lagi akan menumbangkan bekas juara, seperti dilakukan sewaktu menentang Milan. Dan aku tidak gemar dengan philosophy di mana 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'! Kerana aku percaya, saingan liga mahu pun UCL, kedua-duanya penting, kedua-duanya perlu ditamatkan sebaik mungkin dan kedua-duanya ingin dimenangi! Jadi, tidak bermakna lawan seperti Barcelona ini perlu takut walaupun ada memperkatakan Barcelona adalah dari 'planet lain' tetapi mereka tetap manusia, bukan sempurna.

Jadi aku tidak mahu fikirkan Barcelona sekarang, aku mahukan fokus ke arah Emirates dalam pertemuan menentang West Ham Sabtu ini. Begitu juga Wenger; 'West Ham is my priority, not Barcelona'. Dengan Fabregas, Rosicky dan Song kembali ke dalam skuad, ini merupakan tonik kembali untuk Arsenal. Di bawah aku selitkan jadual pertemuan UCL Arsenal untuk korang semua.

1st leg
Arsenal v FC Barcelona
To be played at Emirates Stadium
Wednesday 31st March 2010

2nd leg
FC Barcelona v Arsenal
To be played at Camp Nou, Spain
Tuesday 6th April 2010

Semi Finals

1st leg
FC Internazionale Milano or CSKA Moskva v Arsenal or FC Barcelona
Tuesday 20th April 2010

2nd leg
Arsenal or FC Barcelona v FC Internazionale Milan or CSKA Moskva
To be played at Emirates Stadium

Wednesday 28th April 2010


Khamis, 18 Mac 2010

Undian Suku Akhir UEFA Champions League , Yang Manakah Pilihan Anda?


Sudah termaktub 8 pasukan ke suku akhir dengan England dan Perancis menghantar dua wakil mereka sementara Jerman, Russia, Sepanyol dan Italy masing-masing dengan satu pasukan. Jika tiga musim lepas England gah dengan sekurang-kurangnya tiga pasukan, musim ini bilangannya dikurangkan dan bagi aku, ia adalah suasana lebih baik kerana aku percaya, di peringkat suku akhir aku lebih inginkan kepelbagaian kelab dari serata Eropah.

Arsenal, MU, Lyon, Bordeaux, Barcelona, Bayern Munich, Inter Milan dan CSKA Moscow adalah 8 pasukan yang berjaya tampil ke suku akhir musim ini. Dengan Santiago Bernebau merupakan destinasi final nanti, untuk sekelian kalinya menunjukkan bahawa tuan rumah final bagaikan menerima badi untuk menjuarainya. Jadi tidak hairan kononnya 'Galacticos' berubah menjadi 'Galatikus'.

Undian akan dilakukan di Nyon, Switzerland pada jam 11 pagi, 19 Mac 2010, di sana yang juga bersamaan pukul 7 petang di sini. Untuk pusingan suku akhir, undiannya tidak sama seperti di dalam kumpulan mahu pun round 16 di mana tiada pengecualian di antara kelab sesama negara mahu pun sekumpulan. Jadi siapakah lawan Arsenal nanti? Tekaan anda?

Tiada lagi istilah pasukan ayam, semuanya sudah membuktikan sesuatu sehingga ke suku akhir. Pusingan pertama akan dilangsungkan pada 30 atau 31 Mac manakala pusingan kedua pada 6 atau 7 April. Buatlah prediction anda yaa..hehe

Selasa, 16 Mac 2010

Happy Birthday, Theo and Rynn


Kek hari jadi Walcott, cute jer..hahaha

Selamat hari jadi ke 21 buat Theo Walcott, semoga sukses bersama Arsenal dan membantu Arsenal memenangi trofi pertama ke Emirates serta pastinya terbang bersama skuad England ke Afrika Selatan.

Birthday boy bersama gilfriend dia, Melanie Slade

Gareth Bale pun ada, walaupun Spurs tapi dorang dulu pernah bermain bersama dalam skuad remaja Southampton. Dia juga memakai baju 'Get Well Soon, Aaron Ramsey', countryman yang sama, Welsh.


Arshavin, Campbell dan Eduardo juga datang bersama orang rumah masing-masing, dorang setia so takde ambil bini orang macam JT..haha

Buat Rynn aka gf aku, selamat hari jadi, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan hepi selalu. Teruskan menggunners..hehe

16 Mac 2010