Ahad, 5 April 2009

Gameweeks 31 : Arsenal vs Manchester City- Post Match


2-0, 17 unbeaten round in all competitions, nice yeah! Kehadiran Fabregas dan Adebayor memang dirasai, begitu juga Walcott di mana kehadirannya di padang mengucar-kacirkan pertahanan lawan sehingga berapa kali dibantai oleh Zabayeta, nasib baik dia xkena red macam pernah dialami oleh Camoranesi.

2 gol daripada Adebayor pada aksi ini ditambah dengan aksi antarabangsa, aku merasakan dia sudah cukup bermunasabahkan diri sepanjang tempoh kecederaannya menyaksikan aksi kontranya dibandingkan dengan aksi pada musim lepas. Fabregas yang pulih dari kecederaan medial knee ligament selepas 4 bulan berehat menunjukkan aksi yang menggagumkan dengan mengaspirasikan dua gol dengan superb assist.

2 pemain Brazil dibawa masuk dengan keadaan terdesak oleh Mark Hughes iaitu Robinho dan Elano apatah lagi memaksa Wayne Bridge dan Bellamy beraksi tetapi hasilnya tiada. Langkah Robinho dimatikan oleh Sagna, Bellamy mudah disingkirkan oleh Gallas, begitu juga Wright Philips yang gagak bergerak di kawasan Clichy. Ermmm..dah faham sangat aku, sedangkan Ronaldo pun terkial-kial nak lepasi Clichy dan Sagna, apatah lagi 2 org nih...hahaha

Di babak pertama aksi pertahanan Arsenal agak goyah terutamanya di bahagian center back yang banyak memberikan ruang kepada pemain lawan sehinggalah permulaan babak kedua, bermula dengan permainan lebih terkawal yang membuatkan Man City lebih banyak bertahan. Superb goalkeeping daripada Almunia membolehkan Arsenal sekali lagi clean sheet. Dan gol awal pada minit ke 9 oleh Adebayor memberikan impak permainan bersahaja oleh Arsenal, sehingga kadang-kadang tu dilihat agak leka.

Performance di babak kedua sememangnya dikuasai Arsenal, pemain cukup enjoy apatah lagi beraksi seperti training dengan jumlah creating chances yang banyak cuma gagal dimanfaatkan untuk menambah jumlah jaringan. Denilson telah menunjukkan aksi defensif yang cukup baik bersama Song yang telah memberikan lebih banyak peluang kepada Fabregas berkreativiti dan hasilnya lopping pass yang dilakukannya cun2 melepasi Dunne dan disudahkan dengan baik oleh Adebayor.

Bagi Bendtner, entah lah, jenis otak apa yang dia gunakan pun aku xtahu, pada aku keadaan mental dia tidak cukup kuat. Terlalu desperate untuk menjaringkan gol sehingga dia lupa aksi bolasepak adalah aksi sepasukan, tidak semestinya anda seorang striker, setiap peluang perlu disudahkan sebaliknya jika berpeluang membukakan peluang kepada teammates yang berada diposisi lebih baik, itu yang perlu difikirkan. Sekiranya berhajat mahu keluar dari Arsenal, jangan fikirkan mengenai ini.

Konsistensi sepanjang 17 perlawanan ini akan dibawa ke Villareal bagi meraih keputusan yang positif sebelum aksi timbal balik di Emirates. Dengan pemain-pemain utama sudah kembali dan menunjukkan aksi bertenaga, sudah pasti satu lagi slot ke separuh akhir bakal diisi Arsenal apatah lagi van Persie dan Nasri mungkin berada di dalam skuad nanti. Adios!

Sabtu, 4 April 2009

Gameweeks 31 : Arsenal vs Manchester City- Preview


Kekalahan memalukan di City of Manchester Stadium memang perlu ditebus Berpunca dari setengah dozen pemain Arsenal yang tercedera sewaktu aksi pertama suku dozen gol, kali ini pun sama tetapi kekalahan itu cerita lama, dengan kembalinya trio Fabregas, Walcott dan Adebayor, tiada apa yang mustahil untuk menewaskan City apatah lagi Bellamy, Elano dan Robinho bakal tidak beraksi disebabkan kecederaan dan flight lambat sampai.

Antara pemain lain yang bakal tidak beraksi adalah van Persie (groin), Eduardo (groin), Nasri (flu) dan Diaby (thigh) turut tidak beraksi. Nampak gayanya terpaksa postpone nak tengok Eduardo beraksi di dalam EPL, dari 4 aksi kompetitif musim ini, satu aksi, sekurang-kurangnya satu game rest. Faktor kecederaan panjang sebagai punca so kena sabar sikit untuk pastikan muscle dia betul-betul kuat seperti sedia-kala.


Keadaan Bendtner (knee), Ireland (ankle) dan Wayne Bridge (hamstring) masih 50-50 untuk beraksi. Tak kesahlah la, sapa main ke tak, aku dah sanggap nak layan game Arsenal, horny habis, dah la mengadap final projek yang tak setel measurement lagi, minggu depan dah nak present, memang aku tengah tensen menggila sekarang tapi aku still akan update jika mampu.

Dengan MU bertemu Villa keesokkan harinya, so kemenangan ke atas City akan memastikan Arsenal mengatasi Villa sekurang-kurangnya 6 mata, suatu yang dilihat agak selesa dan tak mustahil untuk chase posisi lebih atas di dalam liga. Tapi apa yang penting adalah keep focus dengan setiap game, tak perlu nak layan sangat result team lain dna konsistensi yang dicipta sebelum aksi antarabangsa harus diteruskan dengan kemenangan.


Dengan baki 7 lagi perlawanan (selepas aksi ini) dan berada diposisi keempat dengan sekurang-kurangnya 3 mata mengatasi Villa, peluang untuk berada di kedudukan empat pasukan teratas adalah realistik. Pemain bombastik, saga dan magician, Andrei Arshavin telah dianugerahkan 2 anugerah iaitu pemain terbaik Arsenal bagi bulan Mac melalui poll peminat di Arsenal.com mengatasi van Persie dan Almunia serta pemain terbaik Russia, dengan dua anugerah ini, diharapkan dia mampu menjelmakan lebih banyak magic bersama Arsenal kerana Arsenal 200% Magic!

P/S:
Nanti aku kasikkan link streaming, aku tak pasti ada live ke tak kat Astro, tapi rasa-rasa macam ada kat ESPN, yang pasti kick off 10.55pm. Prediction aku, Arsenal 3 - 1 M. City. Aku dah beli Fabregas dalam fantasy, Arshavin kapten..hehe.

Jumaat, 3 April 2009

3 in 6 out!


Minggu international dah tamat semalam tapi macam biasalah, minggu international ni sentiasa kasi sial kat Arsenal. Walaupun 3 pemain berjaya menjaringkan 3 gol terutama Adebayor yang baru pulih daripada kecederaan tetapi gol yang dijaringkan oleh van Persie serta Eduardo cuma memberikan 3 mata berharga buat Holland dan Croatia tetapi membuatkan Arsenal terpaksa beraksi menentang Manchester City hujung minggu ini tanpa dua pemain ini setelah mengalami groin injury.

Manakala Nasri yang terkena angin embun Paris sehingga membuatkan dia mengalami selesema (macam aku kalau pegi KL....hahaha), Vela yang mungkin tak sempat naik flight dari Mexico balik London (beli la jet sebijik cam Arshavin..hehe) bersama dengan Diaby yang mengalami masalah fitness akan turut serta bersama join venture dengan van Persie serta Eduardo.

Kecederaan yang dialami oleh Gallas dan Bendtner dikatakan tidak serius dan berkemungkinan berada di dalam pasukan untuk menentang City. Tapi tak kesah la, dengan kembalinya kapten sebenar iaitu Fabregas bersama-sama Walcott dan Adebayor, ketempang sementara ini bolehlah dikatakan bukanlah tipikal sangat.

Tak melampau juga aku katakan aksi menentang City nanti sebagai aksi simpang-siur oleh Arsenal sekiranya Wenger meletakkan Adebayor dan Bendtner digandingkan bersama. Tapi aku bukan sangat aksi cross ni, tak menarik kalau game tak fast, so aku harap jangan la asik cross, bosan beb! Kalau Wenger nak jadi gila skit, taruk Eboue di flank kanan manakala Walcott di kiri dan jadikan Arshavin sebagai second striker.


So dengan Diaby dah out, yang pasti Denilson akan berpasangan dengan Fabregas di tengah. Pada pandangan aku, dengan improvement yang semakin baik ditunjukkan oleh Denilson sejak akhir-akhir ini terutama dari segi tackle, aku rasa game nanti pasti menarik. Robinho kasik Sagna jaga, Wright Philips punya kepala kasik Clichy pegang, seronok gak sambil kejar bola pegang kepala..hahaha. Oklah, sok ke lusa aku merepek balik..

Rabu, 1 April 2009

Bosan-bosan-bosan!!!


Ermm..aku tak idea sebenarnya nak post menda-menda yang baru, apatah lagi tengah international week, kalau buka website Arsenal.com pun aku tengok tak aktif, mungkin editor di sana pun tak tau nak lenjan apa. Sedikit kisah sewaktu aksi kelayakan Piala Dunia 2010 di mana van Persie dan Adebayor berjaya menjaringkan satu gol masing-masing tetapi dilihat daripada video menunjukkan dia mengalami kecederaan. Damn, tengah nak masuk bulan sesak ni lah nak jadi hal tetapi harap-harap kecederaan hamstring dialaminya tidak serius.

Selepas diketepikan 3 minggu atas faktor kecederaan, Adebayor kembali dengan aksi 90 minit bersama Togo sewaktu menentang Cameroon dan hasilnya satu jaringan yang dihasilkannya memastikan Togo mengalahkan Cameroon walaupun dia sebenarnya mampu menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol tetapi sepakan penaltinya gagal disudahkan. Bendtner juga mengalami kecederaan di lutut sewaktu beraksi bersama Denmark. Manakala Walcott masih dalam proses pemulihan dan dijangka sembuh 3 April ini.

Sebelum aksi Ivory Coast dan Melawi sememangnya gore habis. Stadium diterjah masuk dengan bilangan penonton yang melebihi kapasiti stadium yang mengakibatkan dinding stadium runtuh di mana 19 orang terbunuh manakala hampir 190 orang tercedera. Tetapi perlawanan diteruskan juga dan kemenangan oleh Ivory Coast dengan empat gol tanpa balas. Ermm..bayangkan Malaysia incharge World Cup, so aku rasa hal begini boleh juga terjadi sekiranya penggawasan pihak berkuasa tidak berjaya mengawasi penonton yang hadir ke stadium.

Selain asyik canang cerita Rooney dinobatkan pemain terbaik England 2008, media di Britain tak habis-habis buat hal bikin hal dengan Arsenal. Faham-faham jer lah, Arsenal memang di anak tirikan oleh media Britain, sama la dengan Shebby Singh yang asik nak sebelahkan MU sambil-sambil menyindirkan Arsenal, sial jer. Lantaklah, aku rasa dia tu kelakor, sebelum Arsenal bertemu Newcastle dia bilang Arsenal akan kalah 2-1, MU kembali menang setelah kalah dengan Liverpool, so tengok lah result yang sebenar.

Ok berbalik kepada hal berbangkit, biasalah, Arsenal dah hampir 4 tahun kempunan piala, so mereka gunakan ini sebagai aset di mana article yang menyatakan individu seperti Fabregas, van Persie, Adebayor serta Wenger bakal meninggalkan Arsenal sebaik habis musim ini. Rumours tu memang biasalah tapi bagi aku bila berbalik kepada rumours ni buat aku fed up gak. Macam unfair, banyak cerita merepek (rumours) dikaitkan dengan Arsenal walhal tu semua cara nak jatuhkan Arsenal, common la, be fair!

Macam la media di Malaysia, government jer elok, pembangkang jer jahat, tapi disini aku tegaskan aku bukanlah pembangkang mahupun government, aku fair and square! Mungkin cerita mengenai van Persie ingin meninggalkan Arsenal dijadikan point cukup besar oleh media tapi van Persie sendiri menyatakan dia dalam proses menandatangani kontrak baru tetapi menunggu bagaimana Arsenal menamatkan musim ini dan hala tuju Arsenal musim hadapan.

Sama seperti Fabregas, kedua-duanya sudah lima tahun berada di Arsenal, cuma satu piala kompetitif saja diraih bersama Arsenal, so mereka mungkin agak terkilan. So point disini, Arsenal perlu meraih sekurang-kurangnya satu piala musim ini diikuti dengan plan yang cukup memberangsangkan sekiranya tidak mahu kehilangan van Persie dan Fabregas.

Dan optimis aku nyatakan bukan saja satu, malahan dua piala bakal diraih Arsenal musim ini. Dengan pemain-pemain utama yang tercedera kembali bersama pasukan, apa yang perlu dilakukan cuma pandang ke hadapan dan hadapi setiap perlawanan dengan kemenangan dan konsistensi, so tiada yang mustahil bukan.

Selasa, 31 Mac 2009

So sorry dude!


Memang aku tak nafikan Hleb antara individu yang paling aku gemari sewaktu dia memakai jersi Arsenal tetapi dengan berpaling tadah menyarung jersi Merah-Biru dan mengeluarkan statement yang mengecewakan, sememangnya perasaan suka boleh bertukar menjadi benci. Apatah lagi Wenger, ramai mempersoalkan kenapa dia melepaskan Hleb ke Barca tetapi Hleb sendiri menyatakan hati dia sudah tiada di Arsenal, apa lagi yang mampu Wenger lakukan. Tetapi Wenger memang individu yang bijak berurus niaga, melepaskan Hleb yang berusia 28 tahun dan mendapatkan magician baru, iaitu Nasri, dengan ini jersi 13 Arsenal bukanlah bagi Hleb. Arsenal bukanlah seperti Spurs yang sanggup menjilat kembali ludah Robbie Keane, Arsenal perlukan pemain yang komited dengan pasukan dan berundur biarlah bersopan, fikirlah kalau bukan Wenger, aku pun tak kenal Hleb mahupun Belarus.


Jika permulaan musim dia banyak berbual bersama-sama Fabregas dan menceritakan keseronokan berada di Barca, akhirnya dia mengeluarkan statement yang benar-benar tidak mengejutkan bagi penyokong Arsenal iaitu penyesalan walaupun dia tidak menyatakan secara berterus terang. Kombinasi Hleb-Fabregas-Flamini-Rosicky memang penyumbang permainan yang cukup menghiburkan dengan corak permainan total football tetapi Arshavin/Walcott-Fabregas-Denilson/Diaby/Song-Nasri/Rosicky yang semakin mendapatkan keserasian dan beraksi lebih baik, aku pasti gabungan ini bakal beraksi lebih baik musim hadapan.

"I am not about to start doubting myself but it is only logical that I am unhappy. I would not be a good professional if I did not want more involvement in the team. I have spoken with Guardiola but what was said will stay between us. I told him that my desire is to prove that signing for Barcelona was not a mistake. I want to settle down in the team and I want to achieve great things. They are my direct rivals for a place in the team. These three (TT, Messi and Ineista) are the regulars but it’s no consolation to accept that I am behind them as the substitute. If I were 20 I would have time on my side but I am 28 so things are different.''


Jujurnya aku pun tak menyesal dengan pemergiannya, kita sudah berada di semi final FA Cup, berada di kedudukan keempat liga dan suku akhir UEFA Champions League, jadi bukanlah posisi yang semakin teruk jika dibandingkan dengan prestasi musim lepas di mana kita cuma beraksi sehingga suku akhir FA Cup dan UEFA Champions League dan menamatkan liga di kedudukan ketiga liga. Permulaan musim kita kehilangan Eduardo dan Rosicky (sehingga sekarang) diikuti long term injury oleh Walcott, Fabregas dan Adebayor, maka kita dapat melihat bebanan yang dipikul oleh van Persie, Bendtner, Denilson, Nasri, Song, Eboue dan Diaby yang memikul tugasan yang berat setelah kurang beraksi musim lepas sepatutnya dipuji bukanlah diherdik.


Apa-apa pun dengan kembalinya pemain-pemain utama seperti Fabregas , Silvestre, Eduardo dan Adebayor selepas kelayakan Piala Dunia ini bakal menyuntik semangat yang baru disamping memberikan segala tunjuk ajar kepada pemain muda untuk meneruskan tradisi permainan total football Arsenal. Dan mengenai Rosicky, dia juga masih berkeupayaan menyarung jersi merah dan putih di atas padang musim ini, masih ada harapan baginya untuk beraksi, mungkin tempoh sebulan ini, biarlah beraksi bersama skuad simpanan terlebih dahulu, yang pasti musim hadapan dia bakal menguatkan midfield Arsenal kembali.