Sori kawan-kawan, aku xdapat nak update blog sebelum ni. Ni pun aku kerah tenaga gak keluar. Lepas game vs Man City, aku balik bercuti di Kedah, then demam. Arini boleh dikatakan dah sembuh la, so aku paksa diri pegi cc nak menaip. Oh yaa, thanks sebab sudi jenguk ke blog ni, tanpa korang, aku xmungkin nak rajin menaip. Thanks a lot GUNNER-mates!
Kekalahan kepada Man City bermakna dalam tempoh dua tahun buat kali pertamanya Arsenal kalah dua kali berturut-turut! Memang agak mengecewakan. Live xde, aku sempat tengok live score lepas game Liver Fulham. Dua gol ceduk dan satu penalti, 3-0 beb, aku macam xpercaya kalah macam tu, sebabnya Man City bukan seberapa sangat. Dari highlight, bukan 3-0, mungkin lebih Arsenal boleh kena. Nasib, cukup bernasib baik! Ketiga-tiga pasukan rivals cuma seri 0-0! So kita ketinggalan 10 mata, masih mampu untuk mengejar lagi jika lepas ni konsisten!
Kalah dengan Man City pun aku sanggup keluar date dengan awek aku kat Mid Valley pakai baju away Arsenal keesokkannya (Ahad)! Sebabnya, hari Sabtu tu awek aku hadiahkan baju away dari butik khas buat aku sempena birthday aku yang ke-22. Thanks dear, love you! Kalah pun aku xde nak segan pakai, sebabnya ni pemberian awek sendiri and then, ori lak tu..huhu. Untungnya awek aku pun sokong Arsenal! hehehe
Tahniah aku ucapkan kepada Fabregas kerana telah memiliki arm band pasukan. Memang calon paling sesuai buat masa kini. Dengan arm band ini juga bermakna dia menjadi kapten yang muda seusia Tony Adams mendapatkan arm bandnya iaitu sewaktu berumur 21 tahun!
Jika Tony Adams dikenali sebagai kapten terbaik Arsenal dan juga EPL di dalam eranya, maka xmustahil Fabregas akan mengulanginya. Calon terbaik bagi pasukan. Diharapkan dengan arm band ini dia akan kekal lebih lama bersama Arsenal dan mungkin sehingga penamat kariernya, siapa tahu.
Kekalahan dua kali berturut-turut terus ditebus pada aksi UEFA Champions League. Kemenangan 1-0 bermakna Arsenal sudah pasti berada di dalam 16 kelab terbaik Eropah dan semakin hampir memenangi piala yang belum dipahatkan lagi nama Arsenal FC! Mungkin tahun ini milik kita setelah kegagalan di Paris dan episod duka musim lepas di Anfield!
Dan kemenangan itu juga merupakan kemenangan pertama, perlawanan pertama Arsenal dibawah kapten baru iaitu Fabregas. Good job! Teruskan. Aku xdapat tengok highlight lagi, aku tau lorongan Fabregas kepada Bendtner disudahkan dengan baiknya. So next progress menentang Chelsea, rivals paling liat untuk ditumbangkan.
Seliat-liat Chelsea, aku rasa game menentang Chelsea nanti berkesudahan dengan kemenangan bagi Arsenal. Aku yakin dan pasti! Setelah aku menyaksikan pertembungan Chelsea MU dan Chelsea Liver, aku yakin Chelsea dahulu bukan seperti sekarang. Mereka lebih mudah dijinakkan dan aksi mereka kurang meyakinkan apabila menentang pasukan kuat. So aku yakin kemenangan kepada Arsenal. Aku akan cuba update preview game menentang Chelsea atau post match nanti.





