Selasa, 29 Julai 2008

Match Report : Burgenland XI 2 - 10 Arsenal

Friendly

Sonnenseestadion

Monday, July 28, 2008, 6.30pm CET


Mungkin dah boleh taruk dalam history Arsenal la, friendly yang titik team lawan gila-gila walaupun lawan tu biasa jer.

Arsenal yang membariskan banyak pemain simpanan masih berjaya memberikan persembahan yang cukup mengagumkan.

Aku tengok highlight jer, nak layan streaming tak dapat link pulak. Jadi la. Perlawanan yang lebih kepada sesi menyesuaikan diri dalam sepasukan menampakkan hasil dengan beberapa pemain berjaya mendapatkan persefahaman.

Muka-muka baru yang berjaya menjaringkan gol antaranya Jack Wilshere (1, 65 [pen]) dan Carlos Vela (25, 33, 52) dengan teknik penyudahan yang sempurna. Antara pemain lain yang berjaya menjaringkan gol adalah Bendtner (14, 19, 30, 37) dan Theo Walcott (69).

Gol saguhati lawan dijaringkan oleh Foric 73 dan Martna 90. Daripada perlawanan persahabatan ini, beberapa penekanan perlu diberikan keutamaan terutamanya dibahagian pertahanan dan teknik penyudahan.

Hari ini skuad senior akan kembali berlatih dan dijangkakan Cesc Fabregas akan bersama-sama skuad untuk sesi latihan pra-musim bagi memberikan persediaan kepada Emirates Cup dan seterusnya musim akan datang.

Isnin, 28 Julai 2008

Fabregas: Itu semua adalah sampah!

Cesc Fabregas menentang habis-habisan spekulasi mengenai masa depannya bersama Arsenal.

Pemain antarabangsa Sepanyol ini menjadi pertaruhan terbaru Real Madrid selepas kegagalan mereka mendapatkan khidmat ratu balet, Cristiano Ronaldo.

Akhbar-akhbar Sepanyol heboh memperkatakan mengenai masa depannya sekiranya Arsenal gagal untuk memenangi sebarang kejuaraan di musim datang dan akan menimbangkan tawaran untuk beraksi di Primera Liga.

Beliau amat gembira berada di England dan berada dalam tekanan untuk memberikan fokusnya bagi membantu Arsenal meraih trofi kepada Emirates Stadium.

"Saya langsung tidak berbicara dengan sebarang media jadi sememangnya saya kecewa mengenai isu masa depan saya yang diperhebohkan oleh mereka," ujarnya.

"Saya telah menggunakan cuti musim panas saya bersama keluarga, kawan serta teman wanita dan akan kembali menjalani latihan bersama Arsenal keesokan harinya (Selasa).

"Saya rasa mereka cuba menggelirukan ramai orang dan keinginan saya amat jelas.

"Saya bahagia bersama Arsenal, masa depan saya adalah bersama Arsenal dan kelebihan untuk mencapai kejayaan dan memenangi trofi adalah bersama Arsenal."

Pemain yang berusia 21 tahun ini berjaya menaikkan namanya dengan memecahkan dominisi pemain bintang lain di dalam liga Inggeris dan antara penyumbang besar kepada kejayaan Sepanyol sewaktu EURO 2008 baru-baru ini.

Denilson sudah bersedia!!!

Pemain tengah Arsenal, Denilson telah memasang hajat untuk mendapatkan lebih kerap beraksi sebagai kesebelasan utama di musim hadapan.

Kapten BRAZIL U21 yang menyertai The Gunners daripada Sao Paulo pada 2006 hanya berada empat kali di starting line up disebabkan kecederaan dan gandingan mantap Cesc Fabregas bersama Flamini.

Pemergian Flamini ke AC Milan manakala pemain berpengalaman Gilberto yang akan beraksi bersama Panathininiakos mungkin memberikan peluang kepadanya untuk beraksi dengan lebih kerap.

Arsenal boss Arsene Wenger dijangkakan akan melakukan penambahan ke atas skuadnya di musim panas ini setelah berjaya menurunkan tandatangan Samir Nasri dan Aaron Ramsey, tapi Denilson, 20 merasakan beliau mampu bersaing merebut posisi tengah yang tengah hangat diperkatakan.

"Saya mempunyai dua objektif utama di musim hadapan iaitu berada dalam kesebelasan utama Arsenal dan mendapatkan cap pertama untuk Brazil", ujarnya kepada The Sun.

"Saya berada di dalam keadaan yang baik dan sudah bersedia. Kami adalah pasukan yang bagus, dengan ramai pemain yang berkualiti.

"Kami mempunyai skil, tapi perlukan pengalaman di dalam pasukan.

"Saya percaya dengan pasukan ini dan saya pasti Arsenal akan menjadi pasukan yang kuat di musim ini dan memenangi liga."

Rosicky - Jangan pandang kami sebelah mata!

Wah-wah, lama tak dengar Mr. Sick bersuara. Kali ni dia lantang berbicara mengenai kemampuan Arsenal di musim hadapan.

Setelah ketamakan Flamini, kebisingan Hleb, kegarangan Mad Jens dan ketabahan Gilberto menyaksikan mereka meninggalkan Emirates dengan penuh tekanan buat Arsenal.

"Perkara yang sama orang perkatakan mengenai Arsenal apabila 'mereka' ini mengatakan Arsenal akan gagal berada di kelompok atas", ujarnya sewaktu temuramah denikspot.cz.

"Sekarang ia kembali seperti sebelumnya. Beberapa pemain keluar dari kelab tetapi saya masih mempercayai Arsene.

"Dia tau apa yang dilakukannya. Harapan saya masih tinggi bersama rakan pasukan yang masih ada.

"Mereka semua pemain yang bagus tetapi agak sedih kami tidak dapat bersama seperti mengharungi musim lepas untuk aksi musim depan.

"Jika mereka ingin keluar, itu keputusan mereka."

Antara yang digembar-gemburkannya adalah kemampuan pemain midfield yang sedia ada mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain yang keluar.

Tokey butik Arsenal ini merasakan Abou Diaby sebagai calon yang sesuai untuk bergandingan dengan Fabregas di musim hadapan.

"Saya rasa Diaby akan diberikan peluang lebih kerap untuk beraksi diposisi tengah yang sebelum ini dimainkan oleh Flamini. Dia bermain diposisi kiri sewaktu saya tercedera, tapi dia lebih kepada pemain midfield tengah, sama seperti Patrick Vieira.

"Saya menjangkakan dia akan memberikan banyak sumbangan dan sewaktu berlatih dengannya agak sukar untuk melepasinya. Dia mempunyai kaki yang panjang dan seakan-akan sama dengan Vieira. Pada pendapat saya, dia mampu melakukannya."

Jumaat, 25 Julai 2008

Gilberto risaukan Arsenal


Gilberto yakin dan percaya bahawa Arsenal akan memenangi piala di musim hadapan tetapi beliau menyatakan bahawa itu bukan tugas yang mudah.

Setelah menamatkan enam musim di London, beliau meneruskan kariernya di Panathinaikos di awal bulan ini.

Pemergian Gileberto menyertai Flamini dan Hleb meninggalkan Emirates dan spekulasi terbaru juga melibatkan penyerang iaitu Emmanuel Adebayor ke Barca.

Arsenal yang ketiadaan piala bagi tiga musim dan Gilberto risaukan implikasinya kepada kempen akan datang.

Beliau yang meletakkan harapan kepada pemain muda Arsenal bagi memikul tugas ini merasakan Arsene Wenger perlu meletakkan sebuah trofi di Emirates bagi meredakan tekanan ke atas Arsenal.

"Of course there is massive pressure on them, but people cannot forget they are still a young side and they have a lot to improve, to grow and to learn, but it will be very important to them if they win something this year.

"I am sure everyone at the club, Arsene, his staff, the players will do the maximum they can to achieve and win titles. This is the target and they won't change it.


"But it will be hard again. It won't be easy because the other teams are stronger than last year and Arsenal will have a hard season, but I am confident they will handle it. I hope they can win this year."


Gilberto berkemungkinan akan bertemu Arsenal pada musim ini sekiranya Panathinaikos diundi bersama Arsenal tetapi beliau menyatakan ia tidak mustahil tetapi adalah sukar untuknya sekiranya bertemu Arsenal kembali.

"I hope not, but I think, if it happens, it will be very emotional for me after leaving the club and playing against them in the first season with another club"


"It is possible. We need to consider that, but both of the teams need to qualify first. I am sure Arsenal will qualify and Panathinaikos will. We will see in the draw."