Ahad, 12 April 2009

Gameweeks 32: Wigan Athletics vs Arsenal - Post Match

Dan akhirnya kemenangan kelima berturut-turut dan meneruskan 18 games EPL unbeaten dengan keputusan 4-1 di JJB Stadium sememangnya membolehkan keputusan perlawanan ini menginspirasikan perjalanan baki musim ini. Akan tetapi risiko masih ada, setelah kehilangan Gallas untuk baki musim ini dengan Djourou, Song dan Silvestre sebagai option pasangan Toure, belum pun tamat separuh masa pertama menyaksikan Djourou yang bergandingan bersama Toure seakan-akan mengalami kecederaan amat serius di lutut kanannya, so harap-harap result dari pihak medical nanti adalah positif.


Jaringan daripada Walcott, Silvestre, Arshavin dan Song sudah melebihi apa yang dilakukan Mido dan pastinya dengan jumlah jaringan ini menjadikan 16 gol dan 3 lobos bagi tempoh permulaan Mac sehingga sekarang, apatah lagi sejak cleansheet and cleanshit. So aku boleh katakan Arsenal sekarang berjaya mengimbangi antara aksi offensive dan defensive cuma faktor kecederaan yang semakin nak berputik balik ni, mungkin ada solusi yang terbaik ditagih dari Wenger, kalau rasa nak sedut budak-budak Youth ke Reserve jadi back-up 1st team buat masa sekarang pun ok gak, bukan apa, dah tenat skit pada bahagian CB, nak pula buka website dari London jer citer Macheda, common la, dulu Fab main 1st team teruslah, nape xkecoh? Opps...lupa, Fab bukan dari pasukan 'tersebut'.


Aksi 45 minit awal memang meragut skit kepala, dengan serangan banyak dikuasai oleh Wigan apatah lagi taktikal 4-4-1-1 yang kononnya digunakan tapi aku nampak macam 4-2-2-1-1 jer, macam besar sangat gap antara Denilson/Song dengan Fabregas dan corak sebeginilah yang membuatkan aksi separuh masa pertama di El Madrigal kaku. Dan serupa skrip di El Madrigal setelah ketinggalan satu gol, Arsenal kembali bangkit. Gap antara Fabregas dengan Song/Denilson didekatkan manakala Arshavin dan Walcott yang berada diposisi yang terlalu mengembang dengan Bendtner dikuncupkan sehinggalah di minit ke 61, aksi 1 2 yang xberapa smooth sangat antara Walcott dan Arshavin akhirnya membolehkan low shot dari Walcott menewaskan Kirkland.


Keghairahan diteruskan, selang 10 minit, low cross daripada Fabregas di bahagian kanan kotak penalti Kirkland berjaya sampai ke kaki Silvestre yang tidak dikawal lalu merembat kencang untuk gol keduanya bersama Arsenal di dalam liga. Dari awal kemasukan dia, aku cam kurang senang dengan kegelabahannya, apatah lagi passing yang nak xnak yang boleh merisikokan pasukan tetapi apabila semakin lama dia berjaya juga menyesuaikan diri. Mungkin faktor lama tidak beraksi bersama Arsenal dan baru nak cari match fitness, so memang agak merisikokan sedikit tapi aku juga akui, watak dia sama seperti Gallas, mampu mengubah keputusan pasukan dengan jaringan walaupun kadang-kadang tu asik menggelabah skit.



Aksi counter attack oleh Adebayor sebelum dia bajet nak short pass kat Fabregas di depan kotak penalti tapi xlepas seakan-akan bolehlah disuarakan dalam hati, "Rugi-rugi..." tapi Bramble bukanlah kejam, dia pun layan tap bola Adebayor dari sampai ke Fabregas dengan hajat nak patahkan serangan Arsenal tetapi secara xsengaja dah set-up cun kat Arshavin yang tengah on run sambil rileks-rileks rembat ke sudut sukar Kirkland.


Dah 3 macam xcukup, so Fabregas pun lorongkan bola kepada Song sebelum dia menewaskan dua pemain lawan dan merembat low cross di sudut yang amat sukar dijangkau Kirkland. Macam gak Eboue, dia ni cam setahun sekali gak skor, tapi season ni dah dua, 1st sewaktu menentang Fenerbahce di Turkey. So siapa-siapa yang dulu asik maki Song, meh aku luku kepala, kan aku dah cakap, dia ni akan improve nyer permainan dia, kalau Diaby tu aku rasa susah skit, jenis xdengar cakap.

Note:

Nanti aku taruk highlights, aku tau ramai gak yang miss game ni sebab xde live kat ASTRO...lagi pun link dr myp2p pn ada 3 live dari justin tv dgn satu dari sopcast, macam tengok citer orang mati pun ada aku layan game kat sopcast dgn commentator org brasil, bosan mampos!

Sabtu, 11 April 2009

Gameweeks 32: Wigan Athletics vs Arsenal - Preview


Tiga kemenangan berturut-turut di dalam liga diikuti dengan keputusan seri yang cukup berharga di El Madrigal, kemenangan perlu diteruskan di JJB Stadium bagi meneruskan momentum yang sudah pastinya mempengaruhi perjalanan musim ini. 3 mata amat diharapkan Arsenal yang berada diposisi mengejar tempat ketiga liga apatah lagi memerlukan kemenangan sebagai bekalan mental sebelum menjemput Villareal bertandang dan bertendang di Emirates.

Faktor padang yang kurang baik di JJB dan tahap permainan Wigan yang sememangnya meningkat pada musim ini menunjukkan Arsenal perlu memberikan fokus sepenuhnya jika mahu pulang dengan 3 mata. Mereka yang kehilangan Palacios pada Januari lepas ke Spurs manakala Heskey ke Aston Villa dan mendapatkan khidmat Mido daripada Boro di mana pemain ini belum lagi menjaringkan sebarang gol bagi Wigan, perjalanan Wigan agak terganggu apatah lagi Amr Zaki dilihat semakin hilang sentuhan sejak tahun ini.

Sudah pasti Wigan tercabar setelah kekalahan memalukan di Emirates sewaktu menentang skuad Carling yang berkesudahan 3 gol tanpa balas di mana purata umur pemain Arsenal cuma 19 tahun. Dan Fabianski yang melakukan double save pada perlawanan tersebut sekali lagi mendapat peluang menentang Latics setelah Almunia terpaksa diketepikan untuk tempoh 3 minggu ini. Clichy yang pasti tidak akan beraksi akan digantikan oleh Gibbs yang juga salah satu watak sewaktu menundukkan Wigan dalam aksi Carling Cup.

Pasangan Toure bakal ditentukan pada dua individu iaitu Djourou dan Silvestre tetapi memandangkan aksi ini aku jangkakan lebih banyak ground ball bakal dimainkan oleh Wigan dan aksi pantas oleh Valencia pastinya, so aku rasa Wenger menjadikan Djourou sebagai pilihan. Berita positif lain adalah kembalinya van Persie dan Eduardo ke dalam pasukan setelah duo ini mengalami kecederaan groin sewaktu beraksi bersama negara masing-masing.

Dua watak berbeza tetapi menginspirasi 3 gol pada dua aksi terakhir Arsenal iaitu Fabregas dan Adebayor amat diharapkan mampu merencanakan sesuatu pada perlawanan ini apatah lagi mereka khidmat mereka bakal diinject oleh kembalinya Arshavin setelah tidak dibenarkan beraksi pada kempen UCL manakala Nasri yang kelihatan seperti tidak bermaya sewaktu menentang Villareal setelah mendapat fitness di last minute diharapkan mampu beraksi baik.

Corak permainan 4-2-3-1 yang amat berjaya pada aksi menentang Man City dan gagal pada aksi menentang Villareal perlu diubah kepada formation kebiasaan Arsenal iaitu 4-4-2 cuma dengan option 5 striker iaitu Adebayor, Eduardo, van Persie, Vela dan Bendtner diikuti dengan 4 winger iaitu Walcott, Arshavin, Nasri dan Eboue, ini antara yang bakal memusingkan kepala Wenger. Diharapkan Wenger tidak merehatkan terlalu ramai pemain utama, sebaliknya cuba mengimbangkan antara tiga kejuaraan yang masih tinggal ini.

Dan aku rasa ramai dari kita tengah maki-hamun Astro disebabkan tiada siaran langsung dengan memberikan keutamaan pada aksi Sunderland-MU dan Chelsea-Bolton so terpaksa lah streaming lagi malam ini. Link streaming akan aku kasik nanti, so pukul 10pm kick-off, paling lambat set-up streaming pukul 9.45pm sekiranya korang xnak buffer hampeh...Adios!

Jumaat, 10 April 2009

Gallas rest for the rest of season

Sebelum Wenger reveiled kan secara official mengenai kecederaan Gallas, aku sememangnya menjangkakan dia bakal menghabiskan musim ini di sideline memandangkan dia mengalami kecederaan yang sama seperti dialami Fabregas sebelum ini iaitu medial knee ligament. Kecederaan melibatkan ligamen sememangnya merisikokan pemain, apatah lagi umur Gallas yang berada pada lingkungan 30-an adalah terlalu kontra jika dibandingkan Fabregas. So dateline yang memungkinkan kita melihat aksi Gallas lagi adalah pada pre-season musim hadapan jika semuanya berjalan lancar.

Penantian ke atas Rosicky akan delay lagi setelah pada mulanya dia dikatakan bakal beraksi bersama pasukan reserve menentang reserve Spurs, tetapi kegagalan dia untuk cukup bersedia membuatkan penantian terpaksa ditangguhkan lagi. Xpela, skuad yang sedia ada sememangnya dah dapat adapt dengan ketiadaan dia sepanjang musim ni, so sekiranya kemunculan dia pada musim hadapan, so bolehlah kita bersedia dengan preparation yang baru, apatah lagi perjalanan musim belum ditentukan lagi memandangkan posisi beberapa pemain seperti Walcott dan van Persie belum stabil.

Selain Gallas, dua pemain lagi terpaksa direhatkan iaitu Clichy dan Almunia setelah kedua pemain mengalami kecederaan sewaktu aksi di El Madrigal. Mungkin produk Almens Yoko2 belum ada di London, so Clichy terpaksa direhatkan selama 2 minggu manakala Almunia yang mengalami kecederaan di ankle seakan-akan terseliuh terpaksa direhatkan selama 3 minggu. So option bagi posisi Gallas adalah Djourou, Song dan Silvestre di mana aku merasakan Djourou paling sesuai digandingkan bersama Toure. Bagi Gibbs, ketiadaan Clichy bermakna dia paling diutamakan untuk mengisi kekosongan ini dan aku sememangnya meletakkan harapan tinggi kepadanya, jika dilihat pada aksi yang dipamerkannya sepanjang musim ini bersama skuad utama, aku merasakan dia merupakan gabungan antara Clichy dan Cashley Cole yang cukup bertenaga, good overlapping, read game dan paling penting bijak melakukan cross so tak hairan kenapa dia beraksi di posisi left wing bersama pasukan muda Arsenal.




Ketiadaan Almunia juga membuka ruang baru kepada Fabianski untuk beraksi di benteng terakhir Arsenal setelah mempamerkan aksi cukup baik pada beberapa perlawanan terutamanya aksi menentang MU [EPL], Wigan [Carling Cup] dan Villareal [UCL]. Bukan saja Wenger, aku juga rate kan dia sebagai classy goalkeeper, mungkin kita semua belum menikmati sepenuhnya aksi terbaik dia, tapi paparan youtube yang aku sediakan di mana video ini aku dah layan sejak official announcement mengenai perpindahannya daripada Legia Warsaw ke Arsenal, so tak hairan bukan dia sememangnya layak di anugerahkan pemain muda terbaik Poland. Dilahirkan di negara melahirkan ramai penjaga gol yang berkualiti seperti Artur Boruc [Celtic], Jerzy Dudek [Real Madrid, ex-Liverpool] dan Tomas Kuchszak [MU], dia merupakan penjaga gol kedua bagi negaranya apatah lagi aksi yang buruk dipamerkan oleh Boruc dan faktor kecederaan dialaminya sejak kebelakangan ini telah meletakkan Lukasz sebagai penjaga gol utama Poland sejak awal tahun ini.

Sementara itu Eduardo dan van Persie bakal diuji tahap kecergasan mereka hari ini bagi memastikan adakah mereka cukup fit atau tidak untuk beraksi menentang Wigan di JJB Stadium. Sekiranya mereka cukup fit, option di bahagian serangan bakal memusingkan kepala Wenger apatah lagi Arshavin kembali available setelah 'diharamkan' untuk beraksi di dalam kempen liga juara-juara Eropah. Bagi Diaby pula, dia masih belum cukup fit apatah lagi aku merasakan dia bukanlah calon sesuai untuk digandingkan dengan Fabregas kerana aksi dia belum mencapai rate yang sebenar dan ditambah pula peningkatan aksi yang dipaparkan oleh Denilson dan Song, so aku rasa dia perlu lebih bermuhasabah diri memikirkan apa yang sepatutnya dilakukannya jika benar ingin digandingkan bersama Fabregas dijantung Arsenal.

Rabu, 8 April 2009

UEFA Champions League Quarter Final - 1st Leg: Villareal vs Arsenal - Post Match


Highlights:
1st Half : Mediafire /Rapidshare
2nd Half : Mediafire / Rapidshare

Hanya aksi seketika oleh Pires di dalam perlawanan ini, so aku agak kecewa apabila idola aku ini tidak dapat beraksi selama 90 minit perlawanan... Aksi bersahaja kedua-dua pasukan yang kadang-kadang tu buat aku kecut perut melalui serangan Villareal yang cukup efisien di separuh masa pertama membuatkan aku agak kangen dengan result yang bakal dihadapi Arsenal sekiranya taktikal tidak ditukar dan suasana kelam-kabut di pertahanan tidak diatasi. Percubaan pertama Villareal yang tepat ke arah gol melalui tandukan Capdevilla berpunca dari sepakan penjuru diselamatkan oleh Clichy di atas garisan.

Rembatan jarak jauh oleh Marcos Senna menghasilkan gol pertama buat Villareal pada minit ke 10 setelah ruang yang diberikan cukup besar baginya untuk melakukan rembatan yang sukar untuk diselamatkan, apatah lagi pergerakan bola agak curl di hadapan Almunia. Asakan yang dialami oleh Almunia sehingga dia mengalami kecederaan sebelum pintu gol nya dibolosi memaksa Wenger memasukkan Fabianski untuk menjadi benteng terakhir Arsenal.

Separuh masa pertama sememangnya dikuasai oleh Villareal apatah lagi serangan Arsenal mudah dipatahkan oleh pertahanan lawan dan penjaga gol apabila hantaran lintang yang kerap dilakukan oleh Nasri, Sagna dan Walcott bagaikan tiada erti. Kawalan ketat ke atas target men iaitu Adebayor sememangnya menyukarkan pergerakan Arsenal. Gallas yang mengalami kecederaan di bahagian lutut kanannya terpaksa digantikan oleh Djourou setelah dia dilihat tidak mampu meneruskan permainan.

Sehinggalah bermulanya babak kedua, Arsenal mula menyusun rentak permainan dan banyak menguasai bola. Beberapa peluang dicipta dan kesabaran terbalas apabila bola lambungan Fabregas ditap kemas oleh Adebayor menggunakan dada dan melakukan aksi akrobatik ala-ala killer takraw menewaskan Diego Lopez. Dan apa yang menarik bagi aku mengenai perlawanan ini adalah corak permainan bersahaja oleh kedua-dua pasukan, permainan mental dan juga skill-skill yang dilakukan pemain sekurang-kurangnya tidak melenakan aku yang letih gila.

Dengan 3 gol dalam 2 aksi, Adebayor sememangnya telah kembali ke tahap terbaiknya walaupun pada separuh masa pertama aksinya kelihatan kaku dan kapten Arsenal yang juga menginspirasikan gol penyamaan dengan ketiga-tiga gol jaringan Adebayor dihasilkan melalui sentuhannya menunjukkan betapa pentingnya pengaruh Fabregas di dalam pasukan. Bekalan away gol yang akan dibawa ke Emirates untuk aksi timbal balik nanti adalah berita positif apatah lagi pemain-pemain seperti Eduardo dan van Persie berpeluang besar berada di dalam pasukan tetapi khidmat Gallas dan Almunia mungkin terpaksa dilupakan pada aksi pusingan kedua nanti. Positifnya, slot separuh akhir kelihatan amat cerah untuk diisi Arsenal!

UEFA Champions League Quarter Final - 1st Leg: Villareal vs Arsenal


Time : 2:40am (My)
Live on Star Sports
Streaming : Here