Isnin, 9 Mac 2009

FA Cup Round 6 : Arsenal 3 - 0 Burnley

Music Video Code by FootyFilms.com


ITV Highlights
First Half : [Rapidshare] [Mediafire]
Second Half : [Rapidshare] [Mediafire]

3 gol, walaupun sepatutnya lebih daripada itu tetapi adalah memadai untuk membawa Arsenal ke suku akhir dan menanti kunjungan Hull City sekali lagi di Emirates dalam misi berada di semi final FA Cup. Gabungan beberapa pemain muda bersama 1st team seperti Gibbs, Vela dan Fabianksi menunjukkan kesefahaman cukup baik. 3 gol untuk dua aksi berturut-turut serta 1 bolos menunjukkan Arsenal berjaya mengimbangi serangan dan bertahan dengan cukup baik.


Eduardo yang bertindak sebagai kapten semalam sememangnya watak yang menjadi tumpuan, setelah 2 gol dijaringkan sewaktu menentang Cardiff City pada pusingan kelima, kali ini dia kembali menjaringkan gol dengan tendangan voli yang sememangnya world class finishing dan jika diperhatikan betul-betul, posisi bola pada kakinya adalah di kawasan tragedi ngeri yang menimpanya Februari tahun lepas.


Bendtner, Denilson, Clichy dan Nasri direhatkan untuk aksi ini bagi menjana tenaga maksimum di Roma nanti. Macam biasa, permulaan perlawanan cukup kelam-kabut bagi Arsenal sebelum berjaya mengawal midfield dengan baik dan memaksa Burnley lebih bertahan. Kesilapan bekas pemain MU, Eagles yang gagal menahan kemas hantaran Kalvenes membolehkan Arshavin melarikan bola sebelum melakukan thru pass kepada Vela yang mengawal kemas bola dan menjaringkan gol melalui lambungan bola yang cukup superb.


Tamat separuh masa pertama dengan Arsenal mendahului 1 gol. Di minit ke 51, Arshavin yang tidak mahu melepaskan bola di atas line bagi mendapatkan sepakan penjuru setelah Jensen kemas mematahkan setiap kali bola yang bersimpang-siur di depan gawangnya menolak bola kepada Gibbs yang tidak dikawal dan melorongkan bola kepada Song yang melakukan curling cross ke dalam kotak penalti. Eduardo yang berada diposisi onsaid melakukan superb voli dengan mudahnya menewaskan Jensen.


Pertukaran di minit ke 60 memasukkan van Persie dengan mengeluarkan Vela sebagai langkah mendapatkan fitness setelah dia tidak beraksi sewaktu menentang WBA. Lilitan kapten diserahkan kepada van Persie setelah Wenger merasakan cukuplah aksi Eduardo sehingga minit ke 71 dan digantikan oleh Walcott yang baru pulih daripada kecederaan bahu manakala Diaby yang tidak beraksi seperti yang diharapkan digantikan oleh Ramsey.


Agak clumsy melihat aksi Walcott, mungkin setelah 3 bulan tidak beraksi, dia bagaikan hilang arah untuk mengawal kelajuannya tetapi dia juga hampir menjaringkan gol cuma dinafikan oleh Jensen walaupun dia mempunyai optional untuk melarikan bola daripada Jensen. Apa yang menggembirakan, kepulangan duo ini menyuntik semangat untuk ke Roma nanti ditambah dengan finishing Eduardo yang semakin mengganas dan kepantasan Walcott boleh dijadikan senjata mengucar-kacirkan pertahanan Roma.


Dan tidak dilupa kepada Eboue, nice gol, sori, aku dah cakap ko skor setahun sekali, akhirnya dah 2 gol musim ni...hehe. Bukan ko tak boleh skor sebenarnya sebelum ni tapi kebanyakan peluang yang disia-siakan adalah melalui kegopohan melakukan finishing. Apa lagi, belajar la dengan Eduardo..hoho. Suka la tu Wenger, anak emas dia skor..hehe. Dan man of the match jatuh kepada Song, melalui 2 assist dan kawalan center midfield dengan cukup baik.

Melalui undian semi final, sekiranya Arsenal berjaya menewaskan Hull City 17 atau 18 Mac ini di Emirates, lawan Arsenal nanti adalah Chelsea. So peluang ke semi tu adalah pasti sekiranya pemain tidak memandang mudah Hull City walaupun berjaya menewaskan mereka kembali dan kelebihan beraksi di Emirates di suku akhir harus digunakan sebaik mungkin untuk berada di Wembley pada semi final nanti. Dengan Fabregas, Toure dan Adebayor bakal berada di dalam skuad sekiranya Arsenal di semi final nanti, apalah sangat Chelsea tu...hahahaha

Jumaat, 6 Mac 2009

Spurs 1 - 3 Arsenal [FA Youth Cup]


Permainan pantas, dinamik, aksi fizikal dan corak permainan total football menghiasi White Hart Lane yang dibanjiri 19,040 penonton melalui perlawanan local derby FA Youth Cup antara Spurs dan Arsenal. Terhibur, memang terhibur, aksi sebegini mengigatkan aku perlawanan di antara Arsenal dan Manchester United November lalu, sememangnya berbaloi aku streaming awal pagi tadi dengan corak menyerang dan menghiburkan untuk tempoh 90 minit.


Pemain-pemain seperti Frimpong, Jay Thomas, Sunu, Coquelin, Sanchez Watt dan Wilshere sememangnya mengujakan. Frimpong yang berusia 17 tahun membuatkan aku yakin, mungkin tempoh 3 tahun nanti dia bakal role posisi defensive CM Arsenal, tak mustahil aksi Carling Cup musim depan dia bakal berada di dalam skuad Arsenal setelah menandatangani professional kontrak pada 13 Februari lepas. Ketangkasan tackle dilakukannya sememangnya menarik, mungkin 5% saja aksi semalam yang menyaksikan tacklenya tidak solid.


Berbalik kepada aksi awal pagi tadi, Spurs terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke-6 melalui Obika yang menerima hantaran daripada Townsend tetapi gol awal itu bukanlah kelebihan kepada Spurs sebaliknya ia menjadi inspirasi kepada junior Gunners menyerang bertubi-tubi ke kawasan Spurs yang memaksa Spurs lebih banyak bertahan. Usaha mencari gol penyamaan di separuh masa pertama gagal.

Minit ke-6 separuh masa kedua, melalui sepakan penjuru Coquelin berjaya dilangsaikan oleh Bartley yang juga merupakan gol pertamanya untuk Arsenal. Keghairahan Arsenal di separuh masa kedua berterusan dengan Spurs mencuba untuk menyerang melalui counter attack tetapi ianya digagalkan oleh Frimpong di tengah padang dan Ayling di kiri pertahanan Arsenal.


Sunu yang kerap kali mengucar-kacirkan pertahanan lawan akhirnya dikeluarkan dan digantikan oleh Murphy di minit ke-86 setelah mengalami kecederaan di ankle. Dan usaha serangan Arsenal berbaloi di minit ke-90 yang bermula dari tengah padang oleh Wilshere sebelum Sanchez Watt melakukan hantaran kepada Jay Thomas iaitu kapten Arsenal yang berjaya merembat kencang di luar kotak penalti menewaskan Oscar Jansson.


Spurs yang terdesak untuk mencari gol penyamaan untuk membawa perlawanan ke masa tambahan akhirnya melakukan kesilapan yang membolehkan Arsenal mengajar corak permainan counter attack yang sebenar. 18 saat sebelum masa sebenar tamat menyaksikan Murphy melakukan penyudah yang baik menewaskan Jansson.

Daripada aksi ini, aku merasakan perkembangan junior Gunners semakin memberangsangkan, jika dilihat pada starting line up Arsenal, kita mungkin menjangkakan Wilshere paling menyerlah tetapi tonggak sebenar adalah Frimpong, Coquelin dan juga Jay-Thomas yang memastikan jentera Arsenal bergerak dengan cukup baik. Aku yakin mereka-mereka ini mempunyai peluang yang cukup cerah untuk berada di dalam first squad nanti.


Kemenangan ini merupakan ulangan kejayaan Steve Bould yang pernah membawa Arsenal ke semi final 3 tahun lepas dan aku berharap dia mampu membawa Arsenal memenangi FA Youth Cup ini seperti yang dilakukan oleh Pat Rice sebanyak 3 kali. Dan aksi di separuh akhir nanti berkemungkinan Arsenal bertemu Manchester City atau Norwich City yang akan dilangsungkan Sabtu nanti.

Rabu, 4 Mac 2009

WBA 1 - 3 Arsenal - Post Match

West Brom vs Arsenal


Fred54 Highlights : [Mediafire]

Tiada lagi cleansheet atau cleanshit tapi result yang diperolehi cukup positif. 3 gol, dengan ketajaman penyudah yang kembali menjadi setelah tumpul dan kudung. Diikutkan jumlah creating chances pada perlawanan ini hampir sama dengan 4 game yang seri sebelum ini tetapi penyudah yang baik memastikan 3 mata berharga milik Arsenal dan kembali menyusutkan jurang 3 mata antara Arsenal dan Aston Villa.

Kudos juga kepada WBA yang masih cintakan bola sepak, walaupun berada diposisi bawah liga, corak permainan mereka cukup positif tidak seperti beberapa pasukan yang sanggup bertahan semata-mata 1 mata sahaja.

Bendtner, watak utama dalam perlawanan ini, 2 gol cukup untuk dimahkotakan sebagai man of the match. 2 superb finishing sememangnya tidak dapat disangkal melalui curling leret untuk 1st gol menggunakan kaki kirinya dan voli disudut kanan kotak penalti WBA sememangnya sesuatu yang mengagumkan dan dia juga hampir melakukan hatrick tetapi cuma tiang gol mengagalkannya.

Jika korang perasaan dan seperti yang pernah aku shout dahulu, walaupun Bendtner kerap membuang peluang yang terhidang tetapi jika dinilai pada finishing gol dia, ia adalah lebih baik daripada Adebayor. Umurnya baru 20 tahun, jika dibandingkan dengan pemain seusianya, dia sememang berada pada tahap lebih tinggi dan aku amat tidak setuju sekiranya Arsenal kehilangan striker bertubuh besar sepertinya, sebagai contoh, cuba lihat Arshavin semalam, keadaan fizikalnya yang kecil menyebabkan dia mudah disingkirkan pertahanan lawan melalui perebutan bola.

Masih banyak lagi ditagihkan daripada Bendtner, begitu juga Diaby dan Denilson, pairing mereka semakin menunjukkan peningkatan, Diaby dengan pace serta open game dan kelihatan semakin kurang membolot bola dan bermain secara sepasukan, ia sesuatu yang cukup baik, begitu juga dengan Denilson, hampir ke semua tackle dimenanginya walaupun sejujurnya dia agak kurang sesuai digandingkan bersama Song.

Eksperimen Wenger menggunakan Song dan Djourou sebagai CB musim ini dilihat semakin baik. Berbalik kepada aksi awal pagi tadi, kegagalan melakukan cleansheet bukan kekecewaan yang besar pun, cuma mistake di bahagian benteng yang rongak bagaikan gigi Carson membuatkan gawang Almunia bocor tetapi secara keseluruhannya Almunia berjaya untuk beraksi cemerlang untuk tempoh 4 bulan ini.

van Persie yang direhatkan oleh Wenger, mungkin melihat aksi kompetitif musim ini cukup banyak daripadanya kerana mahukan tenaganya berterusan sehingga tamat musim ini. Arshavin pula hampir-hampir menjaringkan gol pertamanya buat Arsenal tetapi dua peluang terbaiknya digagalkan oleh Carson tetapi melihat kepada kesefahamannya bersama Arsenal, dia semakin hampir untuk menyesuaikan diri keseluruhannya bersama Arsenal.

Watak Nasri,Clichy dan Sagna sememangnya menyuntik serangan Arsenal, Clichy dilihat kembali solid, seperti aksi konsistennya musim lepas dan crossing yang semakin baik. Sememangnya Toure antara individu yang menampilkan aksi cemerlang, satu assist dan satu gol untuk tempoh 45 minit aksinya di padang sebelum dilaporkan mengalami calf injury tetapi mungkin tidak serius.

So secara totalnya, aksi ini boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk momentum kemenangan dengan sekurang-kurangnya meneruskan saingan Arsenal di piala FA sehingga ke final, memastikan berada di Top 4 liga serta beraksi sejauh mungkin di dalam UCL. Dengan suntikan Walcott, Eduardo dan Adebayor yang mungkin kembali pada aksi piala FA Ahad ini menentang Burnley di Emirates, ini adalah berita positif buat Arsenal.

Selasa, 3 Mac 2009

WBA vs Arsenal

West Bromwich Albion vs Arsenal
Rabu, 3 Mac, 3.45 am
Live at Astro Star Sports [3.30 am, kick off 3.45 am]

Maaf tak sempat nak buat preview, aku dalam keadaan busy sangat-sangat, tapi aku janji, post match nanti adalah pasti!

STREAMING ONLINE LIVE!

Ahad, 1 Mac 2009

Lagi...Dan Lagi...


Fred54 Highlights: [Rapidshare] [Mediafire]

Berapa kali keputusan seri lagi aku tak pasti tapi dengan keputusan sebegini, Arsene dan pemain merisikokan pasukan, mungkin lepas ini Arsenal akan menjadi pasukan kelas kedua jika segala masalah sebegini tidak dapat ditangani.

Berapa banyak lagi keputusan sebegini perlu dihadapi peminat? Adakah peminat-peminat sanggup untuk melihat Arsenal beraksi di dalam UEFA Cup setelah Wenger acap kali mengatakan Arsenal pasukan yang konsisten, 10 tahun berturut-turut beraksi di dalam UCL bersama 3 pasukan lagi secara konsisten, adakah tahun depan transkripnya berubah?

Jawapannya pada Arsene dan pemain saja yang tau, peminat dah memberikan segalanya. Aku pun hairan, bagi aku musim ini merupakan musim paling mengecewakan, dengan permainan total football hilang entah ke mana, apatah lagi kekuatan mental sepasukan yang dilihat cukup lemah, tidak seperti musim-musim sebelum ini.

Aston Villa dan Chelsea semakin jauh untuk dikejar untuk sekurang-kurangnya berada diposisi keempat liga apatah lagi jarak antara Arsenal dan Everton semakin dikurangkan kepada 2 mata sahaja, satu lagi keputusan seri menentang WBA nanti pasti meletakkan Arsenal diposisi keenam. Korang sanggup ke? Fans team lain sanggup la!

12 game lagi tinggal, masa semakin suntuk, entah bila nak dapat kemenangan, aku dah bosan dengan alasan lacked a little bit of sharpness, langsung tak masuk akal, kalau satu atau 2 game tu memang takde hal, 4 game berturut-turut aksi liga, 8 points drop, bukan a little bit dah citernya, overall laa!

Kalau alasan lawan main defend tu sebagai punca Arsenal gagal menjaringkan gol, aku rasa alasan tu tak fair. Dah berapa lawan yang beraksi secara defend yang menyaksikan Arsenal drop points, so takkan takde penyelesaiannya? Pasukan yang lain pun mengalami masalah yang sama tetapi Wenger yang sudah berkecimpung di EPL selama hampir 13 tahun, takkanlah tiada penyelesaiannya? Kualiti, di mana kualiti tu, kelam jer...

Aku akui aku memang kecewa, aku dah berikan apa yang termampu untuk menyokong kelab ini tetapi semakin lama kepercayaan tu diragut, ditipiskan. Aku yakin korang pun mempunyai rasa yang sama dan aku juga langsung tak terlintas untuk menyokong pasukan lain sebab aku percaya Arsenal hanya satu-satunya pasukan yang menarik untuk aku.

Cuma aku harap Arsenal mampu berubah, bermulanya bulan Mac, perubahan perlu ada sehingga ke akhir musim, kalau tidak, mungkin perkara tidak diingini pasti berlaku. Perpindahan pemain utama keluar, kehilangan peminat dan juga tak mustahil, pemecatan Wenger, walaupun aku pasti Wenger sedang terdesak sekarang, perasaan yang pernah dia alami dahulu setelah 3 tahun gagal memenangi piala sebelum meraih double.


Apa-apa pun, aku masih percaya Arsenal bukan pasukan yang lemah cuma masalah kecil sebegini bila gagal diselesaikan ia menjadi semakin rumit. Aku tak mahu melihat pemain-pemain utama dan Wenger keluar dari Emirates ke lokasi lain yang dirasakan lebih baik sebab aku percaya, tiada lokasi lain yang lebih baik untuk mereka berada, cuma di Utara London, di Emirates dan Colney sahaja, bukan White Hart Lane!