Sabtu, 29 Mei 2010

entah larrrr...

berita terpanas sampai detik ini ialah pasal Jose Maurinho yang berhijrah ke Madrid
dan Barca yang masih juga nak kapten Arsenal kito yakni Cescs Fabregas.
Barca yang kerap kehilangan khidmat beberapa tonggak utama akibat kecederaan, seperti Xavi, Iniesta, berazam kuat memanggil balik budak petualang Cescs Fabregas.
Masa temu bual yang baru lepas nie, ramai reporter yang menanyakan pada Tuan Empunya Badan bab musim depan akan bermain kat club mana??
Dengan selamber depa jawab," ENTAH LARRR".
Cescs pon mengaku belom pasti kekal berjersey Fly Emirates, mungkin puasa gelaran yang masuk tahun ke 5, dan dugaan dari bujuk rayu "little Spain" in Catalan, melunakkan lagi hati kapten intan payung kita nie.
Cescs menaruh hormat dan mencintai club yang mengangkat dirinya sehingga memiliki nama besar seperti sekarang ini, Cescs masih mengenang penangan magic The Prof. ARSENE WENGER, juga penyokong Gunners yang tetap memberikan sokongan terhadap Young Guns.
Cescs mengaku yang rasa cinta itu lebih dia rasai ketika memasuki padang dari pada depa masuk ke dalam rumah sendiri. ( mesti marrr kat padang ada 60 k lebih cinta kat lu, dalam rumah tak sampai pon 20 orang, nak pertikai lagi ke?? ).

The. Prof is The Legend.
Dalam sejarah kepengurusan Arsenal, AW adalah personaliti yang tergantikan.
Beliau yang dah 14thn duduk memanaskan kursi pengurus pasukan, sememangnya tidak dapat di pertikaikan kemampuan beliau mengekalkan Arsenal dalam big 4, sejak menjejak kaki kat London Utara dari Club J-league - Nagoya Grampus Eight Fc tahun 1996.

3 gelaran juara BPL, 4 Fa Cup, AW juga masuk dalam pengurus berjaya kat BPL.

Sentuhan Magic nya, merubah nasib pemain terbuang menjadi Bintang yang bersinar, seperti Legend 14 Thierry Henry, Patrick Vieira dan juga tak lepas Cescs Fabregas.

David Seaman sendiri berpendapat, bila 1 hari nanti AW melepaskan Arsenal sebab pencen, berhijrah ke club lain atau pun mengurus sesebuah pasukan kebangsaan, akan sangat susah untuk Arsenal dapat mencari ganti setere AW untuk mengurus Young Gunz tanpa menggunakan kuasa wang Pounds.

David seaman berkata bila masa tu sampai, AW tidak kat Arsenal lagi, hanya ada 2 nama yang setanding dengan AW yakni Fabio Capello atau pon Jose Maurinho, tapi tetap lar AW the best in Arsenal.
( Larat ke pihak Management yang kodokut tu bayar 2 nama besar tu untuk gantikan AW yang loyal walau gaji ciput??? )
Ape pe pon berita panas belom habis lagi, bab belom ada kepastian 100% Cescs nak kekal atau pon balik kampong.

We wait & see.

Sabtu, 22 Mei 2010

nak sangat ke???? u stand by 80m Pounds bay.. not Euro.

Barca baru mendapatkan David Villa dengan 40jt Euro ( 34jt Pounds) mencatat sejarah yang pertama dalam sukan bola sepak yakni " ANTI RACIST " termaktub dalam contract dengan Club.
Next target Barca adalah Captain kita Cescs Fabregas.

Dengan bujuk rayu seluruh pemain Spain kat barca ( little spain in Catalan/Barca = bertolak belakang ngan Arsenal miskin pemain lokal ). akhirnya Cescs sengaja berjumpa AW untuk memberi keijinan dia berpindah ke Barca.
( tak boleh mahhhhh, lu jantung broooo... lu blah susah sikit nak cantum jantung plastic, Nasri=jantung plastic)
Arsenal pon tau yang Barca bukannya banyak sangat duit kat tabung, Pihak pengurusan /AW bersedia melepas cescs tapi..... dengan harga minima 50jt Pounds dan mungkin lebih.
Arsenal bagi penjelasan yang munasabah, bukan sembarang nak bagi naik harga.

James Millner yang tahun nie menyerlah bersama Aston Villa mendapat tawaran seharga 30jt Pounds dari Man. City, Cescs pulak merupakan pemain kunci Arsenal yang kedudukan dan skill jauh lebih tinggi jika berbanding Millner. Tak salah bila Barca yang ber iya2 sangat tu, akan mendapati tag harga 80jt Pounds untuk mendapatkan Cescs,
( Mungkin kah Cescs akan merajuk??? bab Arsenal yang persulit perpindahan nya ke Barca??? macam Anelka dulu yang nak ke R.Madrid sampai2 taknak main 1tahun??? just wait and see )

Chamakh kita punya.
sebelom nie banyak berita mengenai Chamakh yang di kaitkan dengan Arsenal.

Baru hari nie ( 22hb May) dapat berita yang Chamakh gembira mencapai niat untuk berjersey no. 29 musim depan bersama Arsenal.
selepas menempuh banyak proses dan halangan, akhirnya Chamakh merealisasikan mimpinya untuk bersama Arsenal dalam contract jangka masa panjang ( tak ada pernyata rasmi bab berapa tahun depa nie joint Arsenal).
Tu lar Bordeaux ni memang bodoh, musim lepas Arsenal nak bagi 7jt Pounds, bergayo nak 15jt Pounds.
Musim nie sapu angin jerr larrr.

Untuk Maruoane Chamakh, WE WELCOME U BROOOO..
ALL THE BEST AND MAKE THE BEST WITH OUR PROUD YOUNG GUNZ

Adios Gooners.

Isnin, 17 Mei 2010

mungkinkah??????

Barca yang memang minat gile kat Cescs ( Ex- Barca Junior ) telah memberi jalan mati kat Capitan kita Cescs, NOW OR NEVER!!!!
Barca dah stand by kan 40jt Pounds untuk membeli balik budak perantau, tapi belum ada sebarang tawaran rasmi di berikan terhadap Cescs.
Barca target Cescs harus joint Barca sebelum WC 2010 dimulai

Arsenal pulak kali terkahir menjulang piala 2005 setakat FA Cup sedikit merimaskan penyokong setia apatah lagi pemain2 Arsenal sendiri bab puasa gelaran yang dah pun cukup separuh dekad, sedikit sebanyak menggoyahkan loyalitas para Young Guns.

Cescs nak Arsenal sedikit bersaing dalam BPL dengan sedikit mengeluarkan wang pounds untuk mendatangkan pemain berpengalaman, nampak macam sia2 belaka, pihak Management yang sememangnya hanya memikirkan keuntungan untuk poket mereka sendiri telah memutuskan untuk tidak membazir dalam transfer musim panas nie.

Cescs yang sedikit terkilan memutuskan bertemu dengan Prof. meminta keijinan untuk dia berpindah ke Barca. ( jangan marah2 dulu yee kekawan, baru kabar hangin jerrr, belom kompem).

Seluruh barisan pemain barca turut serta dalam proses membujuk rayu Cescs tuk balik ke Barca, dan prestasi Barca yang begitu memberangsangkan di liga domestik, mungkin sedikit meluluhkan hati Cescs.

Cescs yang pernah beri kenyataan akan balik untuk bermain dengan club Catalan, tidak memberikan bila masa hal itu akan terjadi.
tentu saja bab2 sebegini menjadi target Paparazzi dan reporter sukan untuk berspekulasi.

berita kita dah baca, kita tunggu SHOW TIME dari tuan empunya badan.
bila Cescs blahhh, nampaknya Nasri harus jadi SUPER NASRI,

Adiossss Gooners.

Ahad, 9 Mei 2010

SWP merapat ke Arsenal??

Tiada apa yang dapat Q posting bab Arsenal vs Fulham, boleh jadi perlawanan malam nie setakat draw 0-0 atau pon Arsenal menang 2gol.
Arsenal yang tiada apa nak di raih, Fulham pulak rehatkan pemain utama untuk final UEFA cup vs Atletico Madrid.
Arshavin, Clichy back to squad, Nasri buat " AKU JANJI" untuk misi tahun hadapan dengan perlawanan menentang fulham adalah permulaan dari misi " AKU JANJI ". ( Nasri nak ambik juara BPL ngan Arsenal jadi depa buat " AKU JANJI " ).
Squad Predict:
Fabiansky
( kalau kalah lagi, lengkap lar suwey fabiansky selaku starter SELALU SEDEKAH kekalahan untuk Arsenal ).

Sagna - Sylvestre - Campbell - Clichy
Diaby - Song - Nasri
Walcoot - RVP - Arshavin
Q score Predict :
Sagu hati untuk peminat ARsenal
Arsenal 2
Fulham 0
Kita sambung bab topic SWP tadi.
selepas ketibaan Mancini ke MC, Shaun Wright Phillips (SWP) kureng mendapat tempat selaku starter dan hanya bermain 17kali, 6kali starter, 1kali bermain full time.

ikutkan tag harga SWP standard 13,5jt Pounds, kurangnya jam bermain SWP AW berpeluang membelinya dengan harga lelong serendah 5jt pounds jer, bab mancini yang memang tak ngam ngan SWP dan 2x5=5x2 SWP pon tak ngam ngan Mancini.
Q berpendapat tak payah belilar dia nie, bab laju tu walcoot lagi laju, skill dia pon lebih kureng jer.
Bellamy lagi ok dari dia apaaa.
tapi 1 kelebihan SWP nie, WaTan. Sememangnya susah nak tengok Arsenal bermain dengan lebih dari 5orang WaTan di semua perlawanan.
lagi 1 bab yang kureng tu, Arsenal dah lar semua Player kocik kocik, tambah lagi SWP yang lebih kocik.
Komplit larrr kalau jadi beli pon.

Tengok larrrr cam ner tindakan AW masa transfer musim panas nanti.

Jumaat, 7 Mei 2010

Ciayoooooo.. Arsenal.. nak dok no. 4 ke???

Dengan berbaki 1 game sahaja lagi, Arsenal hanya setakat dok tangga ke 3, dengan 72 mata jaringan 79 dan bolos 41 ( bolos terburuk di kalangan big 4 musim nie ). --> Puasa gelar bertambah 1 tahun lagi.

Totteham yang awal musim berhempas pulas, kat last game nie pulak boleh jer memintas untuk dok di tempat ke 3, bila Arsenal kalah di kandang sendiri dan Totteham menang dikandang Burnley, dengan torehan 70points 65jaringan gol + bolos 37 Totteham memastikan tempat terakhir ke play off liga juara2 musim hadapan, selepas menumpaskan limpahan wang pounds pak arab kat padang the stadium of Manchester ( Padan muke2 kemaruk kat wang Pounds tu ).

sedikit bab transfer musim hadapan,
Arsenal dikabarkan nak meminang Diego Lopez (28thn) goal kiper Villareal (Ex- R.Madrid) seharga 5jt Pounds.
Pemain Arsenal yang telah pun bebas Contract selepas tamat saingan musim nie:
1. Almunia - nampak lemah 2thn terakhir.
2. Sol Campbell - usia mengurangkan daya pertahan kuda tua.
3. Sylvestre - Q tak paham sampai hari nie, apa yang menarik perhatian Aw kat mamat nie.
4. P. Senderos - kat Arsenal setakat jadi simpanan, dok everton?? sama jer 2x5=5x2

yang pelik nya, Vito mannone yang begitu cemerlang masa vs Fulham dan di beberapa game CL, langsung tak mendapat peluang dari AW, Why AW??? why????

Marouane Chamakh akan menjadi pemain Arsenal musim depan. Bab League 1 France yang berbaki 2 game lagi merumitkan perbincangan contract mamat Maghribi nie dengan Arsenal, tapi Tuan empunya badan dah pon cakap, menolak Liverpool + Totteham, sebab Chamakh dah lama nak terkena sentuhan magic the Prof. ( harap2 lar tak kene potong last last minit nanti ).

Nama terkahir yang kantoi dalam list beli Arsenal, striker penuh kontroversi Mario Balotelli, striker U-21 italy nie memang dah black list kat inter mulai dari R. Mancini sampai ke Maurinho.
bila tengok cara bermain budak nie, Q rasa power jugak mamat nie, tapi perangai burok dan kurang loyality yang Q risau bila depa jadi joint Arsenal.
tapi kalau setakat bawah 10jt Pounds, tak payah mimpi lar tengok dia nie pakai jersey Arsenal, lagi nak deal ngan Maurinho, susah bebb... Ex-Chelsky, mesti tak ngam ngan Arsenal nyerrrr.
janji ada duit, ape2 pon boleh jadi, tapi tengok gaya AW hanya nak murah cam MADE IN PASAR MALAM ( barang Rejected dari Madrid, bila Madrid pengurus baru, gerenty cuci gudang, masa tu larrr AW bertindak ikut beli barangan lelong ), ikut kan janji Prof nak spent selepas habis season nie, kita tunggu kabar gembira musim hadapan.

Adiosssss Gooners.

Sabtu, 1 Mei 2010

Arshavin perjelas duduk masalah sebenar.

Pada member2 yang menyokong blog nie, Q harap maaf bebanyak bila sedikit melampau dalam menggunakan bahasa.
Seperti posting sebelumnya, Q sedikit terkilan kat Arshavin tu, memang benar adanya media Russia memutar belit fakta tapi bila kaji semula perangai dia nie selepas kes 4gol yang depa jaring kat anfield berkecai dengan jaringan penyamaan untuk Arsenal balik dengan 1 mata sahaja, memang nampak kekecewaan dia tak hilang lagi, Q pon kecewa jugak,
tapi semangat berpasukan tak boleh pudar bab remeh temeh cam tu, hal besar kene jadi kecik, yang kecik kena jadi kan tak de hal, baru sesebuah pasukan tu akan mara ke hadapan.

bukan nak puji Chelsea, Q akhir2 nie sedikit teruja akan performa berpasukan The Blues, walau Q menyampah tengok rakan2 penyokong Chelsea kat tempat keje 1 kilang Q yang belagak macam nak mampos.
Q masih sedikit respect semangat 1 pasukan Chelsea, JT yang tersangkot kes miang dia tu, rakan2 depa tetap beri sokongan mental kat dia,
tapi Q nak Chelsea tumpas kat anfield, biarlarrr Man U juara, menyampah tengok rakan keje Q penyokong Blues tu, belagak.

balik pada Arshavin,
Mamat nie bersuara selepas mendapat sepatah dua dari AW ( takut agaknya dia nie ).
AW yang sedikit terkilan akan kenyataan yang tersebar luas bab dia nak ke BArca, sedikit mendesak agar Arshavin memberi komitmen yang jelas pada pasukan, bab AW berniat nak memperpanjang contractnya bersama arsenal yang berbaki 2 musim sahaja lagi.
Arshavin menegaskan yang komitmen nya bersama Arsenal masih tinggi, hanya Media Russia yang memutar belit kenyataan beliau sebelum nie kat Russia.

P/s :
harap2 lar buat serupa cakap, jangan cam Hleb dan Flamoney sudah lar.

Pada member Gooners yang terkilan bab posting Q marah kat Arshavin tu, Q minta maaf bebanyak,
Bab Q layan game Arsenal akhir2 nie bila tengok Arshavin selaku starter, Q agak kecewa dengan perform dia yang kerap tamak penting kan diri untuk score goal, dan menunjuk kan perasaan marah melampau bila Arsenal gagal mendapat kemenangan.
tapi yang lepas biarlah berlalu, harap musim depan, Arsenal boleh lebih mencabar, dan menutup kelemahan yang ada.

ramai wartawan sukan telah melabel Arsenal selaku Club big 4 yang paling hancus kat bagian pertahanan.

Esok Q posting B.Burn vs Arsenal
dan bab Eduardo yang mungkin berhijrah ke club lain sebab kurangnya kesempatan depa bermain musim nie, juga bab AW yang nak kan Mexes ( AS Roma ) defender France ( 28 thn ).

Adiosssss Gooners..