Selasa, 22 Disember 2009

Insiden Di Emirates berpanjangan.

Insiden " PANAS " di kawasan luar kotak pinalty berpanjangan, Samir Nasri boleh jadi mendapat penggantungan 3 perlawanan, bab menampar Richard Garcia, semasa Arsenal mengalahkan Hull 3-0. ( tapi Q tak nampak pon tampar, yang ada tak sengaja jalan mengena badan depa, tapi jatuh macam ayam kena sembelih ).
Nasri dan Garcia, hampir2 memanaskan game malam tu yang membabitkan hampir semua pemain kedua belah pihak. Refree Steve Bennett memberi kad kuning pada Nasri & Steve Hunt. Bennett akan memberikan report keadaan malam tu yang menjadi asas FA mengambil tindakan ke atas Nasri dan Nick Barmby.
Nick Barmby, pemain veteran Hull, juga akan mendapat hukuman yang sama, depa dipersalahkan mengangkat kedua tangannya ke arah kepala Nasri. ( yang Q nampak di tolak kepala nasri ada lar, ini reporter sukan " Anti Arsenal " ke??? )
Alexandre Song pulak nampak mencekik Hunt. ( Yang Q tengok bab dia cepat2 nak meleraikan bab pendek lar dia tolak mengena leher, ada replay 3 kali marrr ).
Barmby juga mencuba bergaduh dengan Nasri kat lorong menuju ruang rehat. Depa juga memaki hamun pihak security yang berupaya mengawal keadaan. Phil Brown mengganti Barmby di separuh masa kedua, untuk menjaga kemungkinan berlaku hal yang lebih buruk

Tiada ulasan: