Khamis, 30 April 2009

UEFA Champions League Semi Final - 1st Leg: Manchester United vs Arsenal - Post Match


Tewas di OT dengan satu gol bukanlah kelebihan yang besar kepada MU apatah lagi Arsenal turun dengan skuad yang agak tempang, terutama di pertahanan dan MU yang sepatutnya menjaringkan lebih dari satu gol dijanjikan satu penyesalan oleh Wenger dan optimis Wenger pada second leg nanti bakal memastikan Arsenal satu pasukan yang berbeza dari 1st leg ini.


Memang diakui pergerakan Arsenal sememangnya terbatas terutamanya kelibat beberapa pemain bagaikan memenuhi line up, paling mengecewakan adalah Diaby, tapi korang dah biasa bukan so aku malas nak citer banyak pasal dia ni. Tapi kredit patut diberikan kepada Almunia dengan melakukan beberapa world class save yang pasti menjanjikan kepanasan pemain dan peminat MU. Cun dia bukan hari ini, dia dah menunjukkan sejak awal tahun dengan aksi cleansheet, so tak hairan Wenger percaya dia mampu hold on posisi GK dan berjaya 'menentang' Jens Lehmann.


Promising full back iaitu Kieren Gibbs sekali lagi menunjukkan aksi mengagumkan. Mematikan pergerakan Ronaldo, siap kasi panna/50sen/nutmeg [rapidshare/speedyshare] kat Ronaldo lagi. Link dah ada, apa lagi, download la...hahahaha. Gol perpunca daripada sepakan penjuru setelah miss clearance oleh Silvestre membolehkan O'Shea menewaskan Almunia, tu pun dah fingertips, kalau save gak, aku rasa, Almunia patut keluar statement aku boleh jadi cam keeper Shaolin Soccer, 10 vs 1! hahaha


Kalah pun boleh gelak, mestilah aku masih yakin aksi second leg nanti sebab bagi aku konsistensi dipamerkan di Emirates pasti akan membuatkan MU kecewa nanti. Diharapkan referee nanti pun macam referee dan linesman awal pagi tadi, kudos kepada mereka dimana aku melihat tindakan fair ditunjukkan apatah lagi mata ref cukup tajam menidakkan diving Ronaldo yang kemudiannya berguling-guling kecewa cam nak nangis. Crying baby ke babi???:D. So kita masih boleh positif lagi, diharapkan apa yang dikatakan Wenger bakal dilunaskan dan menggunakan formation 4-4-2 adalah pilihan sepatutnya. Kita terajang jer sapa2 saja di hadapan sekarang ni!

UEFA Champions League Semi Final - 1st Leg: Manchester United vs Arsenal


Streaming : HERE
ESPN, Khamis, 2.30 am

Nak citer banyak pun takde guna, aku rasa korang dah kenal MU, sama macam aku,so wish la kita akan dapat referee yang adil dan saksama! So awal pagi kejap lagi adalah pertembungan bersejarah, untuk pertama kalinya, Arsenal bertemu MU di dalam kempen liga juara-juara Eropah. Oh yaa, memang ini adalah aksi yang menarik, tak perlu dipertikaikan bila dua rival besar di dalam EPL bertemu sesama sendiri, tambahan pula provokasi antara kedua pasukan samada dari kelab, pengurus atau pun fans, sudah pasti menambahkan kehangatan berembun nanti (tu pun kalau korang tengok kat mapley la).


Dilihat pada komposisi Arsenal yang sedia ada, Arsenal agak tempang di bahagian pertahanan dengan kehilangan dua pertahanan utama iaitu Gallas dan Clichy apatah lagi keadaan Gibbs, Djourou dan Silvestre agak kurang menyenangkan hati. Sekiranya Arsenal gagal mendapatkan khidmat Gibbs atau Djourou,option yang ada di posisi left back adalah Sagna dan sekiranya ini berlaku, ia bermakna Wenger akan meletakkan Eboue di posisi lamanya iaitu di right back. Apa yang merisaukan adalah overlapping yang kerap dilakukan Eboue mungkin agak berisiko terutamanya kegagalan dia melakukan covering setelah melakukan overlapping, cuma kelebihan dari segi pace antara dia dan Walcott di side kanan.


Di bahagian midfield dijangkakan Song mungkin kembali diletakkan berpasangan dengan Fabregas manakala Walcott dan Nasri kemungkinan mengapit kedudukan Fabregas dan Song. Option satu lagi posisi midfielder mungkin diberikan sama ada kepada Diaby atau Denilson dimana sekiranya benar Wenger benar mahukan salah seorang dari mereka beraksi, aku harap mereka menjadi bijak dan sebagai mengimbangi aksi fizikal, aku rasa adalah lebih baik menggunakan khidmat Diaby. Atau mungkinkah Wenger akan meletakkan Bendtner dan Adebayor bersama-sama di hadapan? Boleh jadi jika ingin menggunakan teknik merempuh dua center back MU yang berfizikal iaitu Ferdinand dan Vidic.



Memandang ini adalah aksi di tempat lawan, aku merasakan Arsenal perlu lebih berhati-hati di bahagian midfield sekiranya tidak ingin memberikan kelebihan kepada MU untuk aksi 2nd leg nanti. Mendapatkan gol away adalah amat penting di mana sekiranya ini segera dilakukan, ia meletakkan MU pada keadaan yang tertekan. Aku teringin nak tengok Macheda tu main, banyak sangat publikasi! So apa-apa pun aksi ini mungkin boleh buatkan anda sakit jantung, gila, meroyan ntah hapa2 lagi, sebabnya aku jangkakan kedua-dua pasukan akan beraksi dengan amat open skali, menang di Old Trafford adalah bonus besar!

Selasa, 28 April 2009

Who the fuck are Man Utd?

Niat hati bukanlah nak mengutuk, bukan nak cerca tapi nak kasik sedikit fakta yang boleh dikongsikan bersama. Selamat menonton yaaa...


Prospek baru?

Atas permintaan daripada seorang teman ke laman blog ini, aku pun mencari sesuatu yang boleh dikongsikan bersama, maaf yer, aku agak sibuk dengan final exam, so xdapat nak ulas dan translate, just copy and paste untuk tatapan bersama. So disini merupakan profile dia:


Will Wenger lure Danijel Aleksic to Arsenal?

Arsene Wenger never stops thinking about the future and his scouting network is scouring the Earth searching for bright young talents. 17-year-old Serb Danijel Aleksic is the latest target, although Wenger faces stiff competition from big European clubs, who also have an eye on the young striker. Real Madrid, Villarreal, Hertha, Hoffenheim, Hamburg and Ajax are just some of the interested teams and we will see who Aleksic will opt to join.

Aleksic started his professional career at Vojvodina, and he became the youngest ever player in Serbian League, having been just over 16 years of age at the time of his debut. He quickly caught the eye of big European clubs with his impressive performances for Serbian Under 17 squad, and he went on playing for the U19, U21 and the senior national team in the course of one year, which is a remarkable achievement. He has already become a first team regular in Vojvodina and has amassed 27 appearances, scoring four goals in the process. Aleksic is a left-footed striker but can also play on either wing.

He is a powerful striker with a great left foot and is an outstanding technician. He is very attractive player and has scored a couple of goals using his favourite scissors kick. The biggest Serbian teams, Red Star and Partizan were interested in signing him, but it soon became clear that they stand no chance of luring the youngster as clubs like Real Madrid, Arsenal, Ajax and Villarreal came calling. You be the judge if he is worth all this hype.

Isnin, 27 April 2009

Gameweeks 34 : Arsenal vs Middlesbrough - Post Match


MOTD Highlights: [Rapidshare][Mediafire]

2 Fabulous goals from Fabulous Fabregas! Seperti yang aku katakan sebelum aksi ini, skrip sudah diubah, so jalan cerita lebih menarik. 2 gol yang cukup berkualiti yang sudah pastinya mengamamkan kunjungan Ferguson ke Emirates apatah lagi eksperimen yang dilakukannya Wenger amat menjadi kali ini dengan meletakkan Nasri in deeper side di center midfield manakala Fabregas mengambil role sebagai back up striker.

Superb 1st goal yang sememangnya dikatakan perfect goal, goal yang sinonim dengan beautiful football. Bermula dengan gerakan Denilson yang kemudiannya melakukan low cross kepada Arshavin diikuti wonderful back pass oleh Bendtner kepada Fabregas sebelum dia melorongkan bola kepada Arshavin yang melarikan bola ke kawasan penalti dan kemudiannya melakukan hantaran kepada Fabregas yang merembat kencang menewaskan Jones.


Key role yang dimainkan oleh Nasri di center sememangnya memberikan lebih banyak open game dan kreativiti dimana Arsenal kali ini lebih bertindak lebih kepada pasukan offensive di mana open game yang dimainkan memadamkan sebarang serangan Middlesbrough yang hanya memperoleh 3 peluang sahaja, misclearance oleh Toure, satu daripada long pass, dan side angle yang sememangnya close bagi Johnson. Khidmat Almunia amat dirasai, 2 superb save, terutamanya long pass daripada Tuncay kepada Aliadiere berjaya diselamatkannya di mana sebelum itu dia telah menyelamatkan long range effort oleh Downing.


100 appearances Walcott cuba diaplikasikan di dalam bentuk gol tetapi tidak berhasil tetapi pace Walcott menyukarkan benteng pertahanan Boro di mana sekiranya dia mampu mengawal pergerakannya serta hantaran lintang, aku pasti dia merupakan ancaman terbesar bagi mana-mana pasukan. So kekuatan motivasi sudah ada, apa yang perlu dilakukan cuma menyiapkan diri untuk berkunjung ke Old Trafford dengan mencari kelebihan yang akan dibawa ke Emirates. Adios!