Khamis, 11 Februari 2010

Arsenal 1 - Liverpool 0

Video nie tak connect ngan game suboh tadi, just for fun lar.

yang pasti adik angkat Bro hafez menjadi hero Arsenal, sport jantung Q tengok game tadi. Free kick Gerrard last minit, nasib baik terkena block player Arsenal, separuh masa 1, Arsenal ibarat Singa terluka, memaksa Liverpool bertahan habis2an.

separuh masa kedua, Liverpool mengorak langkah, memasukkan degen dan Babel, hampir saja gawang Arsenal bolos, rembatan kuat Babel dari luar kotak pinalty sedikit tertepis tangan Almunia.

Almunia sedikit bernasib baik, bab Arsenal yang tampil menyerang, kurang mendapat cabaran dari serangan Liverpool.

Diaby ( adik angkat Bro Hafez ) sangat konsisten dalam tugasan sebagai defend midfield, dan gol yang di cari hasil umpan silang Rosicky.

Rosicky sendiri mempersia sia kan peluang 1 on 1 dengan Reina.

Tak pe lar, dah menang, 3 point berharga selepas Man. U setakat Draw ngan Astonvilla dan Chelsea kecundang di tangan Everton.

agaknya Bro Hafez tengah sibok nak balik kampong sempena cuti raya Cina nie ( itu yang buat depa tak posting belakangan nie ).

Arsenal :

Almunia; Eboue, Gallas, Vermaelen, Clichy; Song, Cescs, Diaby; Nasri(rosicky), Bendtner(sagna), Arshavin (Walcoot).

P/s :

Nanti Q usaha posting game Arsenal Vs Porto ( tapi tak de link streaming lar ).

Untuk yang Berbangsa Cina " HAPPY CHINESE NEW YEAR/ TIGER 2010 "

Selasa, 9 Februari 2010

Forget the past, let's go on.

Kekalahan perit 2-0 di S. Bridge mengundang banyak perhatian peminat BPL, ramai pihak yang mulai meragui keupayaan The Young Gunners untuk menamatkan 5musim puasa gelaran juara.

Dah pon 3musim berturut Arsenal " ON FIRE " di awal musim, dan lembek masa memasuki separuh musim ke 2, kecederaan kerap menjadi isu, tapi yang Q bengang tu, dah lar tau tak de striker, AW masih gak tak nak beli masa transfer separuh musim nie.

poning..poning, kene tiaw kaw kaw kat kilang, dah lar kalah top up Rm. 30, kene perli lak tu.
tak perrr, Q masih berharap walau pon itu boleh dikatakan hanya berharap akan kecuaian pihak lawan.

dah larrrr dah lepas, abaikan jerr larrr.
yang penting game khamis suboh nie, nak layan gak kat kedai mamak, biar menguap macam singa kang time keje, tapi yang buat Q nak layan tu, 10thn saingan liga BPL, Liverpool belom pernah menang dari Arsenal ( Draw ada larr ).
Bab Posting game tu, biar Bro Hafez jerrr larrr, Depa lagi power, siap ada link untuk Streaming lagi.

Ingat lagi ke Marouaone Chamakh, Striker Bordeoux.
itu hari Q dapat tau Liverpool dah sign 25jt Pounds, tak tau cuma angin ahmar jerrr.
sekarang Q dapat tau yang Chamakh lebih memilih Arsenal dari pada Liverpool bila contract depa tamat Jun 2010 nie.
( Harap2 larr jadi joint, AW pegang rambut depa nie, mesti jadi killer depan gawang lawan ).

RVP sedih tengok rakan2 kene buli, berazam untuk pulih secepatnya dari kecederaan patah kaki ulah Chellini siyal tu.
RVP dijangka akan tampil menyarung jersey Arsenal kembali, seawal awalnya April nie, nampak gaya, AW tak boleh nak simpan Intan Payung kite nie, bab tak beli striker masa transfer pertengahan musim.

Ape pe pon, kita tunggu kebangkitan Arsenal. Sokong, jangan tak sokong.

Once Gooner, Gooner forever.

Isnin, 8 Februari 2010

Mental sedikit dipulihkan tapi taktikal memang gagal!

Memang berasap semua kepala penyokong Arsenal, macam tak belajar jer, bukannya lama, baru jer hari Ahad lepas, buat balik. Hairan, perkara paling basic untuk jadi defend adalah marking tapi untuk dua minggu ni lima gol dilepaskan disebabkan marking. Worst, totally worst and crapped!

Arsene Wenger perlu mengambil tanggungjawab atas kekalahan ini dengan taktikal yang sememangnya gagal, termasuk juga pemain yang bukan sahaja beraksi di bawah kemampuan sendiri tetapi bagaikan beraksi tanpa mengenali cara permainan setiap rakan sepasukan. Macam tak kenal sahaja walhal hari-hari training sama-sama.

Aku malas nak ulas dari segi taktikal yang gagal dengan cross simpang siur yang langsung tak masuk akal! Korang sendiri pun dapat tengok, aku tak kesah Arsenal kalah kepada rival besar tapi biarlah kalah yang boleh diterima pakai, ini tidak, kekalahan yang cukup memalukan! Dan sekiranya Wenger tidak mahu bertanggungjawab atas kekalahan ini, aku langsung takkan respek kepada Wenger lagi selepas ini, be a man, oldiest!

So tergelincir 9 mata kepada Chelsea yang masih mendahului liga, dengan Liverpool lawan selepas ini, 3 mata wajib perlu dilunaskan di Emirates! Harapan untuk kejuaraan liga masih ada, perlu kembali beraksi secara maksimum selepas ini dan berharap Chelsea dan MU mengugurkan mata. Dan lawan selepas ini lebih ringan tetapi cukup mendebarkan terutamanya dari pasukan yang cuba merebut top 4 liga.

Metamatiknya Arsenal belum terkeluar dari kejuaraan liga tapi logiknya, hampir terkeluar, kemungkinan untuk kembali ke landasan sepatutnya masih ada dan mampu dibuktikan! Aku masih lagi yakin, perjuangan masih belum tertutup, jika aku masih yakin, kenapa Wenger dan pemain tidak?

Isnin, 1 Februari 2010

Keep the faith on Arsene Wenger

Arsenal:
Chelsea (A), Liver (H), Sunderland (H), Stoke (A), Burnley (H), Hull (A), West Ham (H), Birmingham (A), Wolves (H), Spurs (A), Wigan (A), City (H), Rovers (A), Fulham (H)

Chelsea:
Arsenal (H), Everton (A), Wolves (A), City (H), Pompie (A), West Ham (H), Rovers (A), Villa (H), MU (A), Bolton (H), Spurs (A), Stoke (H), Liver (A), Wigan (H)... See more

MU:
Pompie (H), Villa (A), Everton (A), Wolves (A), Fulham (H), Liver (H), Bolton (A), Chelsea (H), Rovers (A), City (H), Spurs (H), Sunderland (A), Stoke (H), West Ham (H)

Pada pandangan aku, Arsenal punya tough game lawan Chelsea, Stoke, Birmingham dengan City. Spurs (sbb Spurs mmg tak boleh pegi dengan Arsenal) dan Liver (more open game, dorang yang selalu kena counter lak dengan Arsenal..haha) aku tak risau, taktikal dia tak celaru dengan Arsenal, tak macam bila Arsenal jumpa MU dengan Chelsea. Keep the faith!

Chelsea pulak aku tengok tough juga game dorang lepas ni. Arsenal tak leh tentu, bukan putus semangat, sebab perlu ingat game next week, Arsenal more to make or break! Yang lain, game macam Everton, City, Villa, MU, Spurs dan Liver tough bagi Chelsea dan boleh berharap mereka gugurkan points.

Bagi MU lak, game lawan Villa, Everton, Liver, Chelsea, Fulham dengan City nampak tough. Masih wide lagi, masing-masing boleh drop points. Dan pastinya team yang kejar no 4 mungkin boleh jadi pengacau utama sebab dorang nya saingan pun sengit. Best emosi musim ni, menarik!

kita kecundang lagi.

Entah apo dah kono den.
Arsenal di permalukan untuk kali kedua di kandang sendiri.
OG Almunia, Gol Rooney di tambah gol J.S.Park menyaksikan Arsenal tumpas 1-3 di Emirates, Goal Vermaelen hanya merupakan sagu hati untuk The Young Gunners.

Sejarah effect 3D Tech untuk perlawanan bola sepak sangat mengaibkan Arsenal bab akan masuk rekod perkembangan technology terbaru ini.
Masa perlawanan tersebut, hanya ada 9 pub ternama yang di hadiri oleh tetamu kehormatan di GBR yang mendapat signal langsung dari satelite.
Selepas perlawanan berakhir, beberapa wartawan sukan menanyakan S.A.Fergie rahsia di sebalik kejayaan Man. U dalam semua perlawanan membabitkan kemenangan Man. U kat Arsenal.

Fergie turut mengagumi Squad muda Gunners, di sebalik permainan tactical Arsenal yang kerap menyerang selalu leka kat pertahanan, Fergie mengutamakan squad bimbingannya untuk lebih konsisten dalam serangan balik semasa berlawan dengan Arsenal.
Dan sememangnya Pengurus yang paling lama kat BPL nie memetik buah dari pengalamannya.

yang paling Q meluat tengok malam tu, Mamat Russia kita, Arshavin macam tak de semangat juang untuk menang, banyak peluang yang di buang begitu saja, padahalnya Nasri dan Fabregas dah pun bersiap sedia tanpa kawalan defender Man. U untuk beberapa kali.
Dah lar, kalah tetap kalah, harap jer jadi pelajaran berharga untuk The Gunners, untuk lebih konsisten di perlawanan seterusnya ( Chelsea Vs Arsenal di S.Bridge 7hb Feb ).

Sedikit bab intan payung kita RVP, Mamat Holland Arsenal yang sebijik nie dah pon ikut latihan kecergasan, tapi belom boleh nak sepak bola, predictnya lagi 7minggu untuk RVP boleh bermain.

P/s :
Suweyyy betol lar, dah mengejar ketinggal 11 point, kat kandang Chelsky " HARUS MENANG " tiada kata kalah " WALAU HARUS BERMANDI DARAH "
RVP u must rush our fitness, THEY need u.