Jumaat, 6 November 2009

Kunci kira-kira


Ni tunggak terbaik Arsenal yang amat diperlukan musim ini dan musim seterusnya bagi menjana permainan tahap tertinggi, tak melampau aku katakan mereka merupakan aset terbaik kelab. Kesetiaan mereka tiada batas, lihat Fabregas yang cukup cintakan Arsenal di mana dia mengucup logo Arsenal sewaktu menjaringkan beberapa gol musim ini yang bermakna dia telah menentang media Spain dan British yang cuba mengucar-kacirkan keadaan.

Selain itu, sasaran 25 gol yang diberikan Wenger kepada van Persie merupakan petunjuk terbaik bahawa dia bakal menghadapi tugasan cukup sukar. Perlu diingat, bagi menghilangkan insiden kecederaan berlarutannya, dia sanggup meninggalkan makanan feveretnya iaitu stik bagi mengelakkan mudah mengalami kecederaan, pengorbanan besar tu beb!

Ok, van Persie telah menghambur, tiub, jerit dan macam-macam lagi dengan aksi yang mengagumkan oleh Fabregas musim ini. Berikut antara apa yang dikatakannya mengenai Fabregas;

"Cesc is crucial for me. If you look at all the goals I've scored, half of them have been made by him. When you play in front of him, a little movement makes all the difference. He always sees me."

Atau dalam alih bahasa aku lah (saja bikin skrip lain sikit..hahaha);

"Gila la Cesc ni. Kalau korang usha gol-gol aku, separuh daripada gol tu dia yang ciptakan. Bila main depan dia, sikit jer korang gerak dah boleh buat keadaan jadi macam-macam. Dia selalu jer usha-usha aku sebab dia tau kalau pass kat aku keadaan pasti menjadi lebih baik tak macam kasik kat mamat Togo tu, bersepah jer sepak, tanduk bola boleh la, tu pun tanduk dengan kaki kangkang"

*van Persie gelak guling-guling sehingga senak perut!

Khamis, 5 November 2009

Superb Fab, Super Cool Nasri dan Super Sapien Arshavin


Ok, 5 gol, cukup meriah jumlah gol di Emirates awal pagi ini ditambah pula 4 gol yang dijaringkan Arsenal cukup, cukup world class! Sayang kita gagal clean sheet, nampak gayanya mulut masin bertukar tangan ke Bro Q ni..hehe. Tapi jangan sedih sangat Bro, Diaby kesayangan ko skor tau! hehe.

2 gol yang dijaringkan FABREGAS menunjukkan dia cukup powerful musim ini apatah lagi teknik finishing dia semakin menjadi dan gila-gila so xhairan Wenger menyatakan usia 22 tahun nya adalah usia terbaik untuk dia eksploitasi ke dalam pemain terbaik dunia. Paling menarik 3 gol daripada 4 yang terhasil disalurkan oleh Arshavin melalui thru pass yang cukup menarik!

Kehilangan Bendtner dan Walcott mungkin kurang dirasai setelah Wenger disuntik kembali kehadiran Rosicky apatah lagi Nasri kembali bermain 90 minit untuk pasukan utama buat kali pertama musim ini dan paling menarik dia membonuskan dengan jaringan yang super cool. Jika diteliti jaringan ini, ia seakan-akan menunjukkan Nasri bukanlah seorang attacking midfield sebaliknya sebagai seorang striker terbaik dunia!

Paling tidak pun pujian patut juga aku sajikan kepada Diaby yang mempamerkan aksi yang cukup bertenaga dan berkombinasi baik dengan Song malah apa yang dilakukannya ini memberikan lebih banyak ruang kepada Fabregas untuk lebih bebas berada di merata tempat. Gol keempatnya musim ini (jika tidak silap aku) sedikit sebanyak membuktikan formasi 4-3-3 Arsenal ini membolehkan sesiapa saja berpeluang menjaringkan gol (kecuali Almunia, Mannone dan Fabianski; kalau skor, sejarah, legend!..hahaha).

Gol pertama terhasil setelah Gallas secara selamba (seperti biasa) follow up ke atas membuka ruang kepada Fabregas sebelum dia melarikan bola dan melakukan low shot ke sebelah kanan gawang Alkmaar yang sememangnya mengaburi penglihatan Sergio Romero. Tapi Fabregas seakan-akan tidak mahu meraikan jaringan ini berkemungkinan tidak mahu peristiwa di Alkmaar berulang kembali.


Bagi gol kedua yang dicetuskan oleh Arshavin melalui superb thru pass kepada Nasri yang kemudiannya memperdayakan pertahanan lawan dengan tenang dan melakukan rembatan yang sukar ditampan oleh Romero, cuma terkena kuku sikit jer. Serius beb, aku teringat seakan-akan finishing Henry, cool, bukan mudah bila berada one by one dengan goalkeeper ditambah pula pertahanan lawan di belakang akan mencuba sebaik mungkin menghalang rembatan ke gawang.


Gol ketiga juga berpunca daripada Arshavin yang sekali lagi bijok (loghat Kelantan sikit sebab dorang masuk final Piala Malaysia..hehe) melakukan hantaran kepada Fabregas yang bijak menggunakan peluang terhidang dengan melakukan rembatan yang menarik apatah lagi Romero seakan-akan gamble untuk memperdayakan tapi Romero Who? nak memperdayakan Fabregas..haha


Dan gol keempat Arsenal terhasil daripada counter attack cukup menarik yang sekian lama aku teringin untuk lihat. Bermula dengan throw in lawan di dalam kawasan Arsenal sebelum tandukan clearance oleh Eboue disambut baik Ramsey yang kemudiannya melorong kepada Eduardo dan di sini bermulalah plot counter attack yang cukup menarik. Back heel oleh Eduardo yang membuka ruang kepada Arshavin melarikan bola sebelum dia melorongkan bola kepada Diaby yang tidak dikawal dan menampan bola dengan kemas sebelum menolak bola ke kawasan yang sukar dijangkau Romero Who?.

Tetapi Alkmaar masih mampu melawan (bukan macam Spurds), mereka menggunakan advantage yang diberikan oleh pengadil setelah sepakan penjuru Nasri yang ditanduk Gallas terkena pemain Alkmaar (sepatutnya Arsenal dihadiahkan penalti) dan mereka melarikan bola. 3 melawan 3 tetapi apakan daya Ramsey dan Gibbs gagal challenge fizikal pemain lawan (ini perlu ditingkatkan oleh kedua pemain ini) membuatkan Almunia gagal mempertahankan gawangnya. Vermaelan ternyata agak kecewa tapi takpelah, sagu hati (bagi dia tidak sebab tu rival dia kat Ajax dulu..hehe) buat mereka untuk pulang ke Belanda.

Maka dengan ini membuatkan Arsenal semakin jelas dan nyata akan ke pusingan kedua yang dilihat cerah, cukup cerah. Jika diikutkan pungutan mata sekarang (Arsenal:10, Olympiakos:6, Strd. Liege: 4, AZ Alkmaar: 2) dengan baki dua perlawanan iaitu menentang Olympiakos (away) dan Strd. Liege (home), Arsenal sememang tiada masalah cuma secara rasmi belum disahkan layak memandangkan Olympiakos dan Strd. Liege masih berpeluang ke pusingan kedua.

Kelebihan 3 gol away sewaktu menentang Strd. Liege bernilai cukup besar. Sekurang-kurangnya seri menentang Olympiakos akan memastikan Arsenal layak ke pusingan kedua dan secara automatiknya juara kumpulan. Ok, sehingga bertemu lagi, adios, selamat pagi!

Rabu, 4 November 2009

Pre : Arsenal Vs AZ Alkmaar.

Arsenal yang segar dengan kemenangan 3-0 atas Tth Hotspurs rival derby londonner utara di Emirates, akan menjamu AZ Alkmaar untuk game 4 CL 09/10.
Senarai pemain cedera Arsenal yang paling banyak kat BPL bertambah dengan kecederaan Gael Clichy, mamat France yang musim lepas merupakan back wing kiri paling attractive BPL mendapat kecederaan bahagian tulang belakang, Tapi jangan risau broooo.. ada Gibbs yang mungkin mendapat kepercayaan AW tuk menggantikan Clichy.

Senarai pemain Arsenal yang injured:

Armand Traore (Paha), Jack Wilshere (Pergelangan kaki), Carlos Vela (Lutut), Lukasz Fabianski (Otot Paha), Tomas Rosicky (Lutut), Nicklas Bendtner (Paha), Theo Walcott (Lutut), Denilson ( tulang belakang ) --> Pujaan bro Hafez :p
Johan Djourou ( Lutut ), dan di tambah Gael Clichy ( Tulang Belakang ).

Untuk memastikan tempat ke round 2, jawabannya hanya " MENANG " harga mati untuk game malam nie, tak kisah lar jaringan tu berapa, janji menang.
( kalau boleh Clean sheet dan " NO CLEAN SHIT " ).

Arsenal ( Game Oct di BPL ) :
Oct 31 '09 Arsenal - Tottenham 3-0 W
Oct 25 '09 West Ham Utd - Arsenal 2-2 D
Oct 17 '09 Arsenal - Birmingham City 3-1 W
Oct 04 '09 Arsenal - Blackburn 6-2 W

AZ Alkmaar
Oct 31 '09 FC Groningen - AZ Alkmaar 0-1 W
Oct 25 '09 AZ Alkmaar - Ajax Amsterdam 2-4 L
Oct 17 '09 FC Twente - AZ Alkmaar 3-2 L
Oct 03 '09 AZ Alkmaar - NAC Breda 1-0 W

Starter Predict :
Arsenal
Almunia
Sagna, Vermaelen, Gallas, Gibbs.
Song, Cesc ( C ), Diaby ---> adik angkat Bro Hafez :) wa kakakaka.
Eduardo, RVP, Arshavin.

Az Alkmaar
Sergio Romero
Sebastien Pocognoli - Niklas Moisander - Hector Alfredo Moreno - Kew Jaliens.
Maarten martes - Stijn Schaars - David Mendes Da Silva - Brett Holman.
Moussa Dembele - Mounir El Hamdaoui.

Score Predict:
Arsenal 3
AZ Alkmaar 0
( Harapan Q untuk Clean sheet ).
P/s :
Kroenke telah memiliki 427 lembar saham ARsenal dengan nilai 3,6 juta poundsterling, menjadi kan tauke Sports U.S.A ini menjadi pemilik Saham terbesar 29,9% diatas tauke asal Russia Alisher Usmanov dengan Saham 25 persen.
Juventus pulak cuba memancing Sagna untuk menyertai Club Seri - A nie masa transfer January nanti.

Isnin, 2 November 2009

Who are the f**k British reporter?

Aku rasa reporter British terlalu biased untuk melakukan sebarang report mengenai Arsenal. Aku mulakan terlebih dahulu dengan ucapan tahniah kepada Arsenal yang menitik Spurds semacam sampah dengan 3 gol apatah lagi chances yang banyak mampu untuk menang lebih besar tetapi cukuplah dengan pungutan 3 gol yang membawa kepada 3 mata penuh.

Berbalik kepada main topic, sebelum bermula musim mereka percaya Arsenal tidak mampu compete dengan MU, Chelsea, Liver mahupun City tetapi sekarang mereka benar-benar silap. Tetapi bagus juga sekurang-kurangnya ia membolehkan pemain bersatu untuk membuktikan kepada mereka yang tanggapan itu memang salah.

Selepas aksi Carling Cup yang menewaskan Liverpool, pujian cumalah sedikit tetapi mereka masih kukuh memprovokasi. Antaranya meletakkan senarai semua youngster yang pernah dibawa Wenger sejak dia bersama Arsenal dengan menunjukkan ramai yang gagal menembusi ruang 1st 11. Ok, itu ada benarnya tetapi adakah mereka sedar apa yang cuba Wenger lakukan? Wenger sendiri bersuara menyatakan semua youngster bukanlah semata-mata untuk berada dalam 1st 11 mahupun 1st squad tetapi kewujudan youngster ini lebih memberikan pengalaman berharga bagi mereka dan membimbing mereka ke arah yang lebih baik dalam karier bola sepak.

Dan selepas aksi menentang Spurs, mereka cuma mengatakan Arsenal menang daripada silly mistakes Spurs. Cuba lihat gol kedua oleh Fabregas, sememangnya bermula dari mistake tetapi 5 pemain yang ditewaskan Fabregas sepatutnya adalah gol world class dari top player dan bukan mudah untuk dilakukan. Bayangkan pula jika gol itu dijaringkan oleh Ronaldo, Gerrard, Lampard, Messi, Torres, aku yakin ianya unfair untuk Fabregas! WTF!

Dan seperti aksi City dan MU ke atas Arsenal, kenapa tidak dipersoalkan kemenangan mereka atas silly mistakes Arsenal? Oh yaa, mungkin bilangan pemain British di dalam Arsenal sebagai ukuran. Bagi aku mereka-mereka ini tidak professional walaupun menggulas liga yang cukup professional.

Arsenal bantai Tth Hotspurs 3-0

Sorry kekawan, Q tak dapat nak joint kat Sunway tu, bab ada hal pribadi.
Bro Hafez, nasib baik tak masin :p wa kakakaka.
Tapi ikutkan game malam tu tak kan masin punya, bila ikutkan peluang lebih dari 3gol ada larrr.
Q tak tengok, masa lalu kedai arak yang layan astro, ada lar berhenti jap, memang nasib baik, masa tu tengok gol fabregas.

Tth ingat nak ulang pencapaian tahun lepas ke?? Sorry larrr itu tahun lepas, dah tutup buku.
3 point nie sangat besar maknanya, yakni point 1000 keseluruhan untuk The Prof dalam BPL.

RVP yang ibarat enjin diesel, dah nampak panas, menuai 2 gol malam tu walau awal game banyak sangat peluang untuk menjaringkan gol, telah menjadi man of the match ( cam tu lerrr bbbbrrrrrr), dan Captain kita Fabregas menuai 1 gol 2 minit lepas gol pertama RVP.

Menjadi pengadil Derby Panas Londonner ini, refree Mark Clattenburg dipaksa mengambil keputusan penting awal pertandingan, David Bentley yang lambat melakukan tackle terhadap Thomas Vermaelen jelas nampak, tak juga keluar kad kuning tu ( tersekat kat pocket).

Come Back Almunia derby londonner nie amat bermakna, dengan kemas menghalang semua cubaan Tth, termasuk lar free kick Bentley luar area pinalty akibat gallas yang menyentuh bola, tapi bab nie refree bagi free kick ( suwey punya refree, nasib baik menang ).

tapi memang hampe, lepas layan game Carlings vs Liverpool, Q kekadang panas tengok perangai player Arsenal nie, bila dah leading gol kat minit 80 mesti dah main passif ball, ada peluang baik punya pon tak nak guna baik2, macam 2 peluang keemasan Dudu di minit2 akhir perlawanan, nampak macam tak nak jerrrr.

Quarter Final Carlings Cup minggu pertama Disember:
Man. C vs Arsenal
( Q rasa tak sedap hati lar, bab AW mesti pasang squad reserve, Man. C lak yang tak main kat CL, mesti turunkan squad 1st 11 depa ).