Rabu, 10 Jun 2009

AW kat K.L

Sebagai duta castrol, AW bertandang ke Malaysia. 08hb june (isnin) AW ada kat K.L & selasa 09hb june AW mengadakan coaching session dan sesi promosi Castrol Performance Index kat dataran Merdeka.
setiba kat sana ramai Gonners yg berkesempatan untuk ber ramah mesra dengan Coach Arsenal asal France berusia 59thn ini, ada yg ambik gambar dan autograf.
( tapi sayang Qsheira lambat pick up, tak dapat lar pulak berjabat tangan coach idol Qsheira nie
(T.T) huk..huk..huk ).
Personiliti2 yg bertuah dapat sentuhan The Prof ini ialah squad kebangsaan u-19, yg mana 20 orang mengikuti cabaran Castrol challenge. 3 cabaran utama, sprint 20 mtr, berlari mengelilingi 3 titik putih yg di tetapkan, dan lumpatan vertical.

AW akan ambik 10 terbaik untuk perlawanan 5 sebelah kat padang 20mtr x 7mtr.
Selepas menyaksikan persembahan 5 sebelah oleh squad u-19, komen baik punya oleh AW dan sedikit kritik akan performa yg di banjiri oleh penyokong2 The Gunners Malaysia sekitar K.L.

P/s : harap maaf lambat pick up info nie, sehingga terlepas peluang untuk ambik gambar bersama coach kite nie, Qsheira pon tak tau benda nie, dah lepas baru dapat kabar yg AW dah blah dari K.L. Sedihhhhhh nyeeeeeee

Hope next time ada chance larrrr.

Selasa, 9 Jun 2009

Edin Dzeko berminat AC Milan atau pun Arsenal.

Edin Dzeko
Kelahiran Bosnia & Herzegovina, 17hb march 1986 di Sarajevo, tinggi 192cm & berat 80kg merupakan striker fizikal yg sesuai untuk bersaing di BPL.
Ejen Dzeko Irfan Redzepagic membuka peluang hanya kepada 2 club sahaja, sama ada AC Milan atau The Gunners, sememangnya 2 club yg akan tampil di CL 09/10.
Dzeko pemain terbaik bundesliga 08/09 juga top scorer ke dua di bawah Grafite yg menjaringkan 28 goal untuk mengangkat club yg sama Vfl Wolfsburg menjuarai Bundesliga 08/09.

Dzeko menepis tawaran Man C yg langsung tak terbabit dengan saingan eropa walau Pak Arab bagi pounds yg sangat menarik hati ( termasuk larr Qsheira yg minat kat Pounds :p hue hehehe), dan hanya akan bergabung dengan Arsenal bila ia hijrah ke BPL.

Dzeko menyatakan AC Milan club favourite semasa ia berumur 9 thn ( sekarang dah besar panjang mungkin dah minat kat Arsenal kot ).
Bab kenyataan di atas tadi, AC Milan yg membuat bidaan 30jt euro tidak akan menemui sebarang kesulitan berarti untuk mendatangkan Dzeko ke San Siro walau dikatakan selain Arsenal, Derby 1 stadium Inter juga berminat dengan mamat Bosnia nie.

Bagi Arsenal pulak wal hal budget ciput, hanya dengan menjual Adebayor, Gallas, Toure & Eboue lar baru ada duit beli player2 baru yg top.

P/s : Adebayor, Gallas, Toure & Eboue akan di jual adalah sebatas isu yg tengah top dalam berita membabitkan The Gunners, masa Transfer musim panas nie, Qsheira hadirkan isu2 panas yg membabitkan Arsenal sahaja, kita layan jer lar yeee sssssaaaaassssshhh.

Isnin, 8 Jun 2009

Toure tukar ngan Richards

Selepas mendapat Thomas Vermaelen dari Ajax Amsterdam (dalam 13 jt Pounds), kini Wenger tengah sibok dengan pertukaran Kolo Toure dengan Micah Richards ( defender Man C ), yg mana Man C kene bagi cash 4jt Pounds ( tak leh utang ).
Micah Richards yg lahir 24hb Jun 1988 kat Birmingham, merupakan Warga Negara England
dengan Tinggi 180 cm & Berat 83 Kg, adalah pilihan tepat untuk menjadi full back untuk meredam striker2 fizikal seperti Drogba atau Wayne Rooney. ( tapi kene tengok skill mamat nie dulu, tak leh nak conform kan lebih dulu ).

Musim lepas mamat nie di bida chelsea 21jt pounds yg tak berarti besar bagi Man C yg tengah mendapat suntikan Pounds dari taikun negeri Pak Arab.
Dengan Performa tak menentu dan tahap disiplin yg rendah, mark Hughes sedia melepasnya dengan 6jt pounds sahaja, Toure pulak (yg contractnya berbaki 12bln lagi) nak cuba fresh air kat Man C yg menjanjikannya gaji lebih besar akan di lepas dengan harga 10jt pounds .

Nak buat Cam ne?? $$$ bukan segala gala nya dalam bola sepak, akan tetapi $$$ dapat mengangkat club sekecil Chelsea menjadi Big $ kat BPL

( penyokong The Blues jangan marah ye harap terima hakikat sebelum Abramovich masuk modal kat Chelsea, ada ke jersey Blues kat pasar malam ??? )


P/s : masih setakat isu jerr, tapi kemungkinan jadi, bab Gunners kurang Player england..

Jumaat, 5 Jun 2009

Defend Baru Arsenal ???

Thomas Vermaelen Defend Ajax boleh jadi transfer musim panas pertama The Gunners.
General Manager Ajax Rik van der Boog bersetuju dengan 11,5jt Euro yg di bida oleh Arsenal.
Centre Defend dengan 85 cap dan 6 goal sejak mewakili Ajax Amsterdam tahun 2004.

Thomas Vermaelen
Lahir: 14hb Nov 1985, Kapellen (Belgium).
Tinggi: 180 cm.
Berat: 73 Kg.
Peranan: Defender ( Centre Back ).
Nomor Jersy: 4
P/s : Setakat nie belum ada ura2 yg mamat Belgium nie dah sign contract, harap jer pembelian berbaloi, budget ciput kene jimat cermat.

Rabu, 3 Jun 2009

Garreth Barry lebih minat $$$ ???

Gareth Barry telah melepasi tes kesihatan untuk berhijrah ke Man. City, 12 jt pounds merupakan transfer pertama untuk THE CITIZENS musim ini telah mengubur Rumour yg Barry lebih memilih pasukan yg layak ke CL 09/10.
Tahun nie Liverpool seakan berdiam diri pasal Gareth Barry, tak seperti Tahun lepas Liverpool yg paling berminat mendatangkan Midfield Astonvilla yg berusia 28thn tapi terhalang oleh harga 18jt pounds yg di tetapkan AstonVilla.
Barry yg juga ketua pasukan telah telah tampil 440 kali di semua perlawanan dan menjaringkan 52 goal telah berkhidmat 12 tahun untuk AstonVilla.
12jt pounds yg city dah bayar disebabkan baki contract Barry yg sisa 1thn sahaja dengan Astonvilla.
contract baru yg ditawarkan astonvilla 80K pounds per pekan gagal mengekalkan Barry yg menerima gaji 100K pounds per pekan dan memastikan dia bersama The Citizens untuk tempoh 5thn.
nampaknya transfer pertama Arsenal GAGAL, yg mana para penyokong Arsenal dah tak sabar sabar nak tengok player2 bertaraf bintang untuk joint The Gunners musim hadapan.

BIG 4 SEMAKIN KAYA
sepintas lalu
juara BPL & finalist CL 08/09 Man U merupakan club yg berpendapatan paling tinggi di BPL dengan 90jt pounds.
Arsenal di tempat yg ke 2 dengan 74,3jt pounds, income dari CL 08/09 sahaja mencapai 23,4jt pounds ( tak termasuk tiket & souvenir ).
Everton di tempat ke 3 dengan 49,5jt pounds.