Rabu, 11 Februari 2009

Sampai bila lagi?


Entah kenapa aku rasa macam nak lempang jer Eboue sangat-sangat sekarang ni. Minggu lepas bukan main lantang dia mengatakan nak tolong Arsenal menang menentang Spurs tapi haram, dia merupakan punca Arsenal gagal meraih 3 mata yang pasti buat Arsenal!

Macam haram jer cakap referee tak kasik kad kuning kat Modric, ada la sial, pastu ko duk borak-borak tak puas hati dengan Modric bukan Almunia la hanggok, tu yang kena second yellow, kalau tak, tak kena la second yellow.

Dah lama aku sabar dengan dia ni, dah naik lemak pulak. Entah macamana Wenger nampak di sebalik dia ni, aku nampak kelam jer pada dia. So jangan tunggu lagi, lepas ni taruk dia dalam bench betul-betul.

Kecederaan hamstring pada Adebayor merupakan berita gembira juga bagi aku. Aksi dia yang semakin merapik dan merudum perlu dinilai semula dalam tempoh 3 minggu ini. Tengok apa yang dilakukannya musim ini dengan musim lepas dan ikhlas akui pada diri sendiri yang dia semakin tidak diperlukan di Arsenal.

Kredit kepada Song dan Almunia yang beraksi cukup mantap. Coverage di hadapan back 4 oleh Song membuatkan Arsenal berjaya mematahkan serangan Spurs dan ketepatan Almunia melakukan tindakan memastikan Arsenal tidak pulang tangan kosong dan meneruskan 10 tahun penantian Spurs untuk menewaskan Arsenal di dalam liga.

Entahlah, konsistensi tu masih ada tetapi kegagalan menghasilkan gerakan serangan dengan baik tu yang tiada. Rugi, sememangnya rugi, Chelsea drop 2 mata dan Aston Villa menang menentang Rovers, dengan ini mencicirkan Arsenal yang semakin dikejar Everton.

Jangan fikir Aston Villa tak layak beraksi di CL, mereka pernah memenanginya sekali berkurun dahulu! 3 pasukan diatas kelihatan sukar untuk drop point manakala Arsenal semakin menjarakkan diri, sampai bila nak drop point, bila nak dekatkan jurang?

Masalah pada pemain bukan Wenger semata-mata terutama mengenai isu mempertahankan pemain-pemain yang digunakan. Wenger memberikan kepercayaan kepada mereka untuk melaksanakan tanggungjawab tapi apa yang mereka lakukan? Bermula Mac ini, aku yakin muka-muka sepatutnya di bangku simpanan akan kembali ke posisi mereka yang sepatutnya.

Denilson, Eboue, Bendtner dan Diaby belum mampu untuk berada di dalam 1st 11 Arsenal dan mungkin juga tidak layak sama sekali dalam Arsenal. Cuma Song dan Djourou, aku pasti, mereka sahaja yang belajar sesuatu dari penghujung musim lepas sehingga sekarang, aksi mereka semakin menyakinkan dari hari ke hari.

Jumaat, 6 Februari 2009

North London derby match - Preview


Berakhirnya musim perpindahan Januari, maka fokus Arsenal sekarang adalah kembali mendapatkan 3 mata penuh setelah meraih 3 keputusan seri berturut-turut dan pertemuan menentang Spurs Ahad ini amat ditunggu-tunggukan. Aksi di Emirates pada pusingan pertama berkesudahan dengan keputusan seri 4-4 setelah Arsenal mendahului 4-2 sebelum di samakan jaringan oleh Jenas dan Lennon.

Ok itu cerita lepas dan kalau nak buka lembaran sejarah balik pun Spurs bukanlah lawan yang kuat untuk Arsenal, cuma dan cuma seteru setempat sahaja, apatah lagi dalam tempoh 5 tahun ini hampir 120 millions pound dibelanjakan mereka dalam cubaan nak membina pasukan mantap tapi sememangnya sia-sia, mengutip pemain-pemain yang berdasarkan nama bukannya kualiti dan ini diakui sendiri oleh Harry Redknapp.

Bentley seperti biasa menjadi sasaran utama penyokong Arsenal apabila kerap kali menimbulkan kontroversi setelah gagal beraksi bersama Arsenal malahan tidak bersyukur dengan kelab yang pernah membimbingnya, tapi apakan daya, manusia mudah lupa. Tapi manusia sebegini adalah sampah, apa yang diberikan olehnya kepada Spurs musim ini setelah berpindah dari Rovers dengan yuran perpindahan sebanyak 15 millions? Tiada bukan!

Kelantangan Dawson mengatakan Spurs mampu menewaskan Arsenal mengingatkan aku kepada Ballack yang bersuara sedemikian rupa sebelum Arsenal berkunjung ke Stamford Bridge, hasilnya, lu pikir la sendiri. Zokora, seronok mengatakan dia menolak pelawaan Arsenal disebabkan lebih berminat untuk beraksi bersama Spurs, siap cakap Real Madrid mahukan dia, aduhai, busuk la mulut ko!

Yeah, individu yang kerap dicaci, anak kesayangan Wenger; Eboue menyatakan dia cukup fit untuk beraksi Ahad ini dan menyatakan dia akan memastikan Arsenal menang untuk menghargai peminat, harap-harap camtu la, tapi aku sebenarnya dah bosan dengan janji camni, peminat bukan hendakkan kedudukan form pemain pada 1 permainan saja dan kemudiannya 5 game seterusnya dicemuh tetapi peminat mahukan konsistensi prestasi pemain secara berterusan! Diaby sudah pasti tidak beraksi disebabkan kecederaan dan penggantungan.

Deal di saat akhir di mana Arsenal berjaya mendapatkan Arshavin manakala Spurs mengembalikan Keane di White Hart Lane dengan memberikan armband sememangnya menjadi tumpuan. Keane yang mengalami penurunan prestasi ketika bersama Liverpool manakala Arshavin yang tidak beraksi secara kompetitif sejak November lepas mungkin belum dipastikan akan berada di dalam skuad utama atau tidak, bergantung kepada tahap kecergasannya nanti.

Peminat kedua-dua pasukan sudah pasti mahukan kedua-dua pemain ini beraksi sejak tiupan wisel pertama lagi setelah menunggu sekian lama kedua-dua pemain ini berada di dalam pasukan masing-masing. Siapa bakal beraksi diposisi CM Arsenal? Denilson, Ramsey, Song atau Arshavin? Nasri-Arshavin-Song-Vela aku jangkakan lebih baik digunakan pada aksi ini bagi mengimbangi rentak menyerang dan bertahan. Tetapi gerak hati aku merasakan Eboue-Denilson-Song-Nasri akan berada ditengah pada permulaan permainan.

Prestasi Adebayor yang hambar, buruk dan huduh kebelakangan ini merumitkan pencarian gol, cuma prestasi kemuncak van Persie membuatkan Arsenal masih mampu memberikan harapan tetapi aku percaya game ini kita akan dapat menyaksikan Adebayor kembali menjaringkan gol. Nak beli Arshavin kat fantasy masih tak pasti dia main ke tak, gameweeks seterusnya la. Prediction aku Spurs 1 - 2 Arsenal.

Provisional Spurs squad:


Cudicini, Gomes, Alnwick, Corluka, Dawson, Woodgate, Assou-Ekotto, Chimbonda, Lennon, Huddlestone, Jenas, Zokora, Modric, Keane, Pavlyuchenko, Campbell, Bent, Bale, Taarabt, Rocha, Giovani, Gunter.

Provisional Arsenal Squad:


Almunia, Sagna, Gallas, Toure, Clichy, Nasri, Denilson, Song, Eboue, Adebayor, Van Persie, Fabianski, Djourou, Gibbs, Wilshere, Vela, Bendtner, Ramsey, Arshavin.

Rabu, 4 Februari 2009

Now I'm GUNNERS!



Arshanel (Arshavin+Arsenal) dan provokasi awalnya!


Asik tunggu punya tunggu, akhirnya Arsenal berjaya mendapatkan Arshavin dengan perpindahan sekitar 16.5 millions pounds, iaitu record signings kelab dengan wang pendahuluan sebanyak 12 millions, 1.5 millions dipulangkan Arshavin di atas royalti aka bonus yang diberikan oleh Zenit serta 3 millions add on untuk trofi telah memastikan saga SDH (bkn saga BLM) memiliki jersi no 23 yang pernah digunakan oleh Sol Campbell.

Dikhabarkan pada mulanya Arshavin meminta gaji sebanyak 100k seminggu untuk cover perbelanjaan yang ditambahnya di sekitar 3 millions tetapi atas sebab rundingan cukup baik oleh Arsene dan Gazidis, kejayaan untuk pendahuluan 12 millions kepada Zenit memastikan struktur pengajian pemain Arsenal tidak terganggu walaupun mendapatkan seorang pemain bintang. Ini yang membuatkan aku berpuas hati mengenai perpindahan ini.

Nak mencanang banyak pun tak guna, aku rasa korang semua dah amik pusing sejak pukul 1 pagi hari Isnin sehingga tak boleh tidur bukan. Pengakuan Wenger mengenai transfer ini adalah transfer paling sukar pernah dilakukan, cukup jujur..hahaha. Mengikut betting di dalam Arsenal.com, nama Arshavin terdapat di dalam list betting untuk 1st gol menentang Spurs Ahad ini, so aku rasa dia akan berada di dalam skuad sama ada sebagai 1st 11 atau subs, sekiranya dia berjaya menjaringkan gol, perkara sama berlaku kepada Nasri di dalam debutnya bersama Arsenal.

Tetapi pre-season Zenit di Dubai mungkin membataskannya untuk beraksi segera tetapi komitmen Arshavin berlatih bersendirian tatkala rakan sepasukannya yang lain tegar berlatih berkumpulan di mana latihan individualnya bertujuan untuk beraksi secepat mungkin dengan pasukan Eropah lain mungkin sesuatu yang buatkan kita teruja untuk melihatnya beraksi secepat mungkin dengan ketandusan kreativiti Arsenal buat masa sekarang.

Meihat video di bawah, aku ada gelak-gelak sinis, English yang agak terabur sikit then provokasinya kepada Pavlyuchenko. "Did you speak to Roman Pavlyuchenko before come here?", "He's not friend of mine!"..hahaha, memang provokasi yang dahsyat sebelum game Ahad ini. Soalan last paling blur dia jawab, "And finally have you got the message to Arsenal fans?", "Message? Trust in me, trust in Arsenal" [cam ada director jer..hahaha]





FULL NAME: Andrey Sergeyevich Arshavin

NATIONALITY: Russian

BORN: May 29 1981. Saint Petersburg, Russia

AGE: 27

HEIGHT / WEIGHT: 172cm / 62kg

PREVIOUS CLUBS: Zenit St Petersburg (2000– January 2009) 232 appearances (51 goals)

CLUB HONOURS: 2003 Russian Premier League Cup
2007 Russian Premier League
2008 Russian Super Cup
2008 UEFA Cup
2008 UEFA Super Cup

TRANSFER DETAILS: Long-term contract for an undisclosed fee

POSITION: Midfielder

INTERNATIONAL CAREER: Russia (2002 - Present) 41 appearances (15 goals)

INTERNATIONAL DEBUT: May 17 2002 v Belarus (International friendly, in Moscow, Russia) 1-1, Belarus won 5-4 on pens.

FIRST INTERNATIONAL GOAL: February 13 2003 v Romania (International friendly, in Limassol, Cyprus) Scored third goal in 4-2 Russia victory.

ADDITIONAL INFORMATION:

  • Voted Russian Footballer of the Year in 2006
  • Started all 30 matches in Zenit’s Russian Premier League campaign in 2007, the first time Zenit had won a league title since 1984
  • Played a key part in Zenit’s 2008 UEFA Cup winning campaign
  • Came on as a half-time substitute in the 2008 UEFA Super Cup victory over Manchester United in Monaco, in August 2008. Zenit won 2-1
  • Three impressive performances earned him a place in the ‘EURO 2008 Team of the Tournament’
  • Graduated from the Smena football school. In 1999 – 2000, he played for Zenit’s ‘farm club’, Zenit-2 in the Russian Second Division
  • Made his full Zenit debut in England, against Bradford City in the Intertoto Cup at Valley Parade in August 2000. Zenit won the match 3-0
  • Is comfortable in many positions. He started his career as a right midfielder, then as an attacking midfielder and more recently has been playing in the ‘second striker’s’ role

RUSSIA IN EURO 2008:

GROUP STAGE:

  • v Spain - Lost 1-4 (suspended)
  • v Greece - Won 1-0 (suspended)
  • v Sweden - Won 2-0 (played and scored)

QUARTER FINAL:

  • v Netherlands - Won 3-1 (played and scored)

SEMI FINAL:

  • v Spain - Lost 0-3 (played)

Isnin, 2 Februari 2009

4 in 1

Sori, agak lama aku xupdate sebarang news, kira-kira hampir 2 minggu juga la, dan aku pun agak lost dengan perkembangan EPL, kalau nak harapkan Metro yang bapak aku beli, sampai ke sudah merepek jer, apatah lagi ruangan pasal Arsenal lebarnya xsampai pun seinci. Hatrik seri, January transfer yang dirasakan nyawa-nyawa ikan, salji di utara London dan kecederaan pemain-pemain aku rangkumkan sekali. Senang kira lah.


So cabaran aku kepada Arsenal gagal untuk 100%, cuma 90% jer berjaya dilaksanakan. Game ke 5 gagal dimenangi (sewaktu menentang Cardiff) sememangnya merosakkan momentum konsistensi kemenangan cuma rekod 10 perlawanan tanpa kalah bolehlah dikatakan ok tapi tidak baik disebabkan terlalu banyak keputusan seri yang sudah pasti merencatkan pungutan mata di dalam liga. Apatah lagi seri pada Sabtu lepas, keputusan sama dialami Aston Villa gagal dimanfaatkan untuk mengurangkan perbezaan mata!


Mengenai perpindahan Januari, apa yang dihebohkan cuma Arshavin, bagaikan dia saja target Arsenal kali ini tapi jangan lupa kelibat Diarra dan Gallas diambil dihari terakhir perpindahan. Jam 5 petang di UK (hari ini) bersamaan 1 pagi di Malaysia (kejap lagi) adalah penutup dateline tetapi FA masih memberikan kelonggaran dengan memanjangkan tempoh sekiranya kedua-dua pasukan yang deal memaklumkan terlebih dahulu mengenai transfernya kepada FA dengan cuaca buruk di London dan masalah di bank penyebabnya.


Nasib la Rosicky baru mula training secara ringan, kalau dia tengah fit sekarang, sudah pasti dia bermain hoki ais di venue terbesar sekali. Salji tebal di Emirates menyebabkan pertembungan kedua pusingan kelima FA Cup menentang Cardiff terpaksa ditunda dan harinya belum dinyatakan tetapi aku menjangkakan selepas aksi menentang Spurs.


Dan akhir sekali untuk post yang ringkas ini aku sertakan jangkaan tempoh kecederaan long term trio injury dengan Walcott dan Fabregas menunjukkan perkembangan positif serta Rosicky kembali berlatih secara ringan. Walcott dijangka 4 minggu lagi, Fabregas pula 6-8 minggu manakala Rosicky sekitar 8 minggu lagi. Cuma Walcott sahaja dijangka akan dapat beraksi menentang AS Roma daripada ketiga-tiga pemain ini.