Isnin, 15 September 2008

Highlights Rovers vs Arsenal and August BPL Goal of the Month (Fred54)

Rovers vs Arsenal highlights: here

August Goal of the Month: here

Both highlights is MOTD (Fred54) version where the visual of video is the best to watch that taken from BBC. The file is big but it is reasonable with the visual. It's take a long time to download but you will glad to have it.

Credit to Arsenal News and Videos website.

Ahad, 14 September 2008

hehe...senyum sokmo


Tak sia-sia kalah dengan Fulham, tengok camner Arsenal comeback dari kekalahan yang memalukan kepada pujian yang melambong. Dah berada di kedudukan ketiga liga. Thumb up!

Kudos aku sedekahkan kepada Adebayor yang menunjukkan penyudah yang cukup baik dengan menjaringkan hatrik dan kepada flying Dutchman, gol anda membuka rentak Arsenal.

Walaupun game ini nampaknya menang besar tetapi masih ada kelemahan, bukan kelemahan besar cuma kelemahan kecil di mana tahap kecergasan pemain menampakkan kurang bertenaga dek sesi kelayakan World Cup 2010.

Mereka-mereka yang fit seperti Sagna dan Clichy sebelum ini nampak agak keletihan dan gagal memberikan aksi overlap yang kerap dilakukan seperti biasa sehingga master pass, Eboue (hehe) beraada di posisi kiri manakala Walcott disebelah kanan menutup kelemahan ini.

Aksi kedua terbaik dari Eboue secara berturut-turut membuatkan semua peminat Arsenal tersenyum lebar. Jujur la weh, tak payah menipu! Dan misi Wenger memberikan Eboue posisi yang baru tampak mula berhasil.

Kepada Adebayor, sila senonoh sikit, aku rasa gaya ko sambut gol tu sama dengan budak rumah sewa aku yang berlagak tough tapi keding (tapi ko punya badan ok, Ade..hehe). Dan kelibat Adebayor untuk game kali ini meneruskan aksi cemerlangnya sewaktu menentang Magpies.

Budak kecik Walcott tu lak nampak sikit letih, larian berdesup tak berapa banyak, patut dikeluarkan awal, khidmat dia untuk lawan Dynamo Kiev amat diperlukan selepas ini. Dengan injury list yang bertambah, aku harap mereka cepat sembuh.

Oh yaa, orang yang aku gelar 'The Next David Silva' iaitu Jack Wilshere memecahkan rekod Fabregas dimana dia menjadi pemain termuda beraksi di dalam BPL. Tahniah, semoga gelaran yang aku kasik kat ko tu berhasil! Good luck.

Si Fabregas pun main nak tak nak jer, bukan apa, cuba untuk menonjolkan Denilson yang menampakkan peningkatan dan aku rasa dia nak rehat sikit, nak dapat Gold Class Tiket untuk seketika..hehe. So far bagus gak, boleh dia prepare awal untuk game di Kiev.

Lupa lak, kepada Ramsey, assist anda kepada Adebayor sesuatu permulaan yang baru dan aku harap sumbangan seperti itu sentiasalah disalurkan. Aku dah nak tidur, bila-bila lak sambung, tidur dalam senyum sebab The Reds kalahkan MU dan menang besar..hahaha

Sabtu, 13 September 2008

Masa nak mengubat kebosanan

Lama gila aku tak update. Bosan la minggu game qualifier world cup ni. Cam takde life jer.

Pertama kali nya aku ucapkan tahniah kepada Walcott yang berjaya mendapatkan first cap dia untuk England sewaktu menentang Andorra dan melakukan hat-trick sewaktu menentang Croatia.

Kekalahan ke atas Austria membuatkan Domenech memasukkan Clichy sebagai defend kiri dan nampaknya ia sesuatu yang berhasil apabila Perancis berjaya menundukkan Serbia di Stade de France, 2-1.

So balik dari perlawanan antarabangsa, pemain mungkin keletihan tetapi aku harapkan pengalaman yang ditimba digunakan sebaik mungkin. Walcott, please on fire, aku amik ko sebagai striker fantasy aku ni!

Dan khabarnya Nasri mengalami kecederaan di lutut dan kemungkinan untuk dia beraksi masih lagi 50-50 manakala Silvestre yang dijangka turun pada game ni dipostpone kan kepada pertemuan menentang Dynamo Kiev.

Lawan seterusnya adalah menetang Blackburn Rovers yang langsung tak hitam tu. Nama-nama blacklist seperti Bentley, Savage dan Mark Hughes dah takde dalam pasukan ini, so aku yakin dan pasti, pemain-pemain Arsenal tidak akan dibantai oleh sialan tiga orang ini walaupun Mark Hughes tu coach, dia tu la kepala sebenarnya.

Aku predict game ni menang 2-0 (RvP dan TJW14). Saje jer aku taruk gambar Bergkamp dan Overmars sewaktu menentan Rovers di Ewood Park, aku rindukan dorang sangat-sangat dan ini adalah line up yang aku jangkakan:

GK : Manuel Almunia
CB : William Gallas (C), Kolo Toure
LB : Gael Clichy
RB : Bacary Sagna
CM : Cesc Fabregas, Denilson
RW : Emmanuel Eboue
LW : Theo Walcott
SS : Robin van Persie
CF : Emmanuel Adebayor

Ahad, 7 September 2008

West Ham, Pompey and Gunners all watching midfielder

The midfielder is a free agent following his departure from Fenerbahce last month and as such available for transfer.

He has had injury problems in the past but proved his fitness as he played for Ghana against Libya on Friday night.

Ghana lost the match 1-0 but Appiah produced an excellent performance to impress the onlookers.

Representatives from West Ham, Portsmouth and Arsenal were all watching on, while another top European side are also thought to be interested.

27-year-old Appiah recently admitted that it would be 'his dream' to play in the Premier League.

Sabtu, 6 September 2008

Mereka yang berjuang untuk negara

Ni bukan cerita berjuang pergi perang, ni cerita kelayakan World Cup 2010 kat Afrika Selatan tu. Malaysia? Tunggu la sampai ada munajat datang. Bagi coach macam Guus Hiddink ke, Arsene Wenger ke manage pun sakit kepala. Boleh rosak karier dorang, silap-silap bunuh diri..haha. Ni adalah senarai mereka-meraka yang akan beraksi bagi negara masing-masing. Semoga berjaya!!!

Austria v France, Sept 6, France v Serbia, Sept 10
William Gallas, Gael Clichy, Samir Nasri, Bacary Sagna

Spain v Bosnia, Sept 6, Spain v Armenia, Sept 10
Francesc Fabregas

Mozambique v Ivory Coast, Sept 7
Kolo Toure, Emmanuel Eboue

Holland v Australia, Sept 6, Macedonia v Holland, Sept 10
Robin van Persie

Andorra v England, Sept 6, Croatia v England, Sept 10
Theo Walcott

Zambia v Togo, Sept 5
Emmanuel Adebayor

Hungary v Denmark, Sept 6, Portugal v Denmark, Sept 10
Nicklas Bendtner

Wales v Azerbaijan, Sept 6, Russia v Wales, Sept 10
Aaron Ramsey

Cape Verde Islands v Cameroon, Sept 6
Alex Song

Israel v Swiss, Sept 6, Swiss v Luxembourg, Sept 10
Johan Djourou

Poland v Slovenia, Sept 6, San Marino v Poland, Sept 10
Lukasz Fabianski

Jamaica v Mexico, Sept 6, Mexico v Canada, Sept 10
Carlos Vela