Sabtu, 5 April 2008

Premier League : Arsenal v Liverpool - Preview

Barclays Premier League
Sabtu, 5 April 2008, 8.45pm
Emirates Stadium

Perlawanan kedua antara Arsenal dan Liverpool dalam tempoh kurang dari seminggu akan menentukan perjalanan Arsenal ke arah mencapai gelaran liga musim ini.

Robin van Persie yang kembali berada di bangku simpanan setelah mengalami kecederaan otot pagi Khamis lepas terpaksa direhatkan dan peluangnya beraksi pada perlawanan timbal balik suku akhir Champions League di Anfield agak tipis.

Penjaring terbanyak Arsenal iaitu Emmanuel Adebayor dilaporkan kembali cergas bagi menghadapi The Reds. Bacary Sagna, Tomas Rosicky dan Eduardo sudah pasti tidak diturunkan atas kecederaan yang dialami mereka.

Kelibat Fernando Torres sudah pasti tiada memandangkan pungutan tiga kad kuning berturut-turut dan Abou Diaby yang menerima kad merah akan menjalani tempoh pengantungan.

Rafael Benitez tidak akan menurunkan skuad utamanya dengan merehatkan beberapa pemain seperti Steven Gerrard bagi menghadapi perlawanan pusingan kedua suku akhir CL di Anfield. Posisi serangan Liverpool akan diketuai oleh Peter Crouch yang akan bergandingan bersama Andriy Voronin.

Kemenangan pada malam nanti akan meneruskan perjuangan Arsenal bagi mencapai gelaran liga musim ini. Diharapkan pungutan tiga mata penuh mampu dihasilkan bagi perlawanan ini oleh Arsenal dan Arsene Wenger menyatakan peluang Arsenal menjuarai liga masih ada sekiranya mampu menang ke atas Liverpool dan Manchester United.

Jumaat, 4 April 2008

'Amazing' Merida : Rancangan Baru Wenger

Seorang lagi bakat muda Arsenal yang dicungkil oleh Wenger, iaitu Fran Merida dilaporkan sudah menandatangi kontrak bersama Arsenal bagi jangka waktu yang panjang.

Pemain muda yang berusia 18 tahun ini sekarang beraksi di negaranya bersama Real Sociedad atas kontrak pinjaman. Bekas pemain Barcelona ini berada di Arsenal sejak 2006 lagi dan dipinjam ke Sociedad pada Januari lepas.

Dikatakan sebagai the 'new' Fabregas, sesuatu yang amat mengujakan. Satu lagi rancangan besar Wenger. Berkemungkinan pairing antara Denilson dan Merida boleh dijadikan sesuatu back up yang menarik bagi Arsenal.

ALMUNIA : Mahu Mengakhiri Kariernya di Arsenal

Penjaga gawang Arsenal iaitu Manuel Almunia menyatakan bahawa dia akan menghabiskan kariernya di Arsenal dan telah berbincang mengenainya bersama isterinya.

Sewaktu awal kehadirannya di Highbury, dia baru sahaja berkahwin dan secara kelam-kabut datang ke Arsenal bagi menyertai skuad the Gunners.

Almunia yang telah merampas kedudukan penjaga gawang utama Arsenal daripada Jens Lehmann setelah menunjukkan aksi yang lebih konsisten, semakin bersemangat untuk bersama Arsenal.

'Bola sepak merubah kehidupan dalam masa sesaat, permulaan musim saya tidak beraksi. Tetapi ia mengubah kehidupan saya sekali lagi dan sekarang saya adalah orang yang paling gembira di antara mereka di sekeliling saya'.

Hanya 20% Peluang van Persie Beraksi Menentang Liverpool

Aku pun hairan kenapa mamat ni fragile sangat. Baru jer lepas injurd, dia kembali injurd lagi. Kecederaan otot memaksa Wenger mengeluarkannya di waktu rehat selepas babak pertama tamat.

Berdasarkan kenyataan dari Arsenal.com, Robin hanya mempunyai 20% sahaja kemungkinan untuk bertemu Liverpool sabtu ini dan Arsene berkemungkinan tidak akan menurunkannya.

Sementara itu, Adebayor juga dilaporkan mengalami sedikit masalah di ankle nya tetapi dijangkakan mampu bermain Sabtu ini. Tomas Rosicky dan Bacary Sagna sudah pasti terkeluar dari aksi bertemu Liverpool tetapi Sagna berkemungkinan dapat beraksi di Old Trafford menentang MU.

Perkembangan mengenai Eduardo pula menampakkan pemain ini menjalani terapi pemulihan seperti yang dirancangkan. Kehilangannya amat dirasai setelah kegagalan dia di dalam skuad menyaksikan Arsenal cuma menang sekali, seri lima dan kalah sekali dalam tujuh perlawanan terakhir Arsenal. Get well soon, EDUARDO!

Khamis, 3 April 2008

Champions League : Arsenal v Liverpool - Result

Nasib kurang menyebelahi Arsenal! Itu yang mampu aku perkatakan. Perlawanan yang fast, menarik dan menyeronokkan dengan aksi yang sememangnya menonjolkan kelas tersendiri pasukan dari liga Inggeris tapi perlawanan ini lebih menyerlah bagi Arsenal terutamanya di babak kedua.

Gol pembukaan oleh Adebayor pada minit ke-23 hanya mampu memberikan kelebihan bagi Arsenal untuk tempoh tiga minit sahaja. Hantaran curl oleh van Persie berjaya disudahkan oleh Adebayor melalui tandukan kemas. Tiada perebutan di udara!

Kesilapan melakukan clear oleh Flamini yang terkena kaki Steven Gerrard membuatkan pemain ini berjaya membawa bola masuk ke dalam kotak sebelum hantaran lintang rendah menemui Dirk Kuyt dan bola seakan-akan terkena kaki Gael Clichy menerjah jaring Arsenal.

Bermula detik itu, Arsenal melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah kubu Liverpool. Tapi kekebalan benteng Liverpool gagal ditembusi.

Babak kedua perlawanan, Arsenal memasukkan Theo Walcott setelah van Persie mengalami kecederaan otot. Nyata kemasukan Walcott menguatkan bahagian serangan Arsenal dan percubaannya hampir membolosi gawang Reina. Asakan Arsenal di babak kedua menyebabkan Dirk Kuyt bermain sebagai pertahanan kanan kedua Liverpool.

Peluang terbaik Arsenal muncul setelah hantaran lintang Adebayor menemui Fabregas tetapi rembatan rendahnya mengenai kaki Nicklas Bendtner. Satu peluang keemasaan yang disia-siakan.

Beberapa minit berselang, asakan oleh Alex Hleb yang mengelecek tiga pemain dan berjaya masuk ke kotak penalti Liverpool dan dijatuhkan oleh Kuyt tetapi pengadil bertindak tidak memberikan penalti kepada Arsenal.

Serangan bertubi-tubi kali Arsenal gagal menambahkan jaringan dan perlawanan timbal balik di Anfield memberikan kelebihan kepada Liverpool kerana memiliki jaringan di tempat lawan tetapi aku percaya Arsenal masih mempunyai peluang.

Selasa, 1 April 2008

Champions League : Arsenal v Liverpool - Preview


Pertemuan paling aku tunggu-tunggu. Aku dah puas maki orang tangan yang draw suku akhir CL kali ni, bukan sebab apa, tiga perlawanan berturut-turut menghadapi The Reds. Tapi aku mengalu-alukan juga pertemuan ini sebab persaingan antara kedu-duanya dijangka sengit. Jujur cakap, Liverpool adalah pasukan kedua paling aku saksikan game mereka selepas Arsenal. Prestasi mereka di dalam CL memang tidak boleh dinafikan setelah memenanginya sebanyak lima kali di dalam kejohanan ini.

Kelibat el-nino (F9) smestinya aku tunggu-tunggu kerana aku suka melihat superb dan fantastic player beraksi terutamanya menentang Arsenal. Torres yang on fire sememangnya amat digeruni tetapi kawalan ketat ke atasnya yang akan dilakukan oleh Kolo Toure Habib akan mengurangkan peluang yang dimilikinya. Jentera tengah Liverpool yang diketuai Steven Gerrard harus diberi perhatian dan aku mengharapkan Mattuso Flamster akan mengawal hantaran-hantarannya dari sampai kepada F9.

Kemunculan semula pemain 'baru' Arsenal iaitu Robin van Persie yang telah menjaringkan satu gol sewaktu menentang Bolton sememangnya aku tidak sabar melihat penyudahan kaki kirinya semula. Gandingannya bersama permata hitam iaitu Adebayor diharap dapat memboloskan gawang Pepe Reina. Pemain tengah kreatif iaitu Francesc Fabregas akan cuba menguasai kawasan tengah bersama-sama Hleb dan Flamster.

Bagi aku perlawanan ini bukan sahaja antara dua pasukan besar Inggeris bertemu sesama sendiri tetapi ia juga boleh dikatakan pertemuan antara France B vs Spain B..hehe. Aku pun dah lakukan pre-match dengan roommate aku iaitu fans Liverpool dan resultnya sama power jer..haha. So apa-apa pun chill out with this game. Good luck my GUNNERS!!!