Jumaat, 30 April 2010

AW naik hangin.

bercakap bab posting semalam, AW akhirnya beri sepatah dua.
depan2 pemberita, AW bagi komen bab kenyataan kontroversi Arshavin " Bermain untuk Barca adalah kemuncak kerjaya nya dan bermain bersama messi adalah impian nya,"

AW sedikit bengang, bab apa Arshavin buat kenyataan cam tu??? Semasa bersama club, perangai yang dia tunjukkan adalah jauh berbeza.
AW pon tak nak langsung menjatuhkan hukum bab kekadang ini keje reporter sukan yang suka memutar belit kan kenyataan yang di buat depan2 publik, dan ejen2 pemain pun ada peranan dalam menciptakan suasana untuk memanaskan lagi transfer yang akan berlaku pantas di penghujung musim.

AW memang tahu yang Arshavin berharap pada AW untuk mendatangkan 2 atau 3 pemain bintang untuk membantu squad muda Gunners melakar sejarah.

AW dah pon bagi tau yang dia lebih suka mengembangkan bakat2 muda dari pada menggunakan kuasa wang pounds, tapi tak tau lah mamat Russia yang sebijik nie.
AW nak perpanjang contract dia bab prestasi yang memberangsangkan, dengan berlaku nya keadaan yang sedemikian, AW nak kan penjelasan muktamad dari tuan empunya badan, depan2 para wartawan sukan.
Bila benar ada nya kenyataan yang telah Arshavin bagi tu, maka AW tak dapat menerima dan akan membuat kajian yang lebih terperinci sebelum apa2 tindakan yang akan AW ambik ke atas mamat Russia nie.

P/s :
Shavin, lu tak puas hati lu blah larrrr.
lu tak alak tak pa punya.
WE want our proud with talent not money power.

Rabu, 28 April 2010

Siyal punya Arshavin.

Belom pon lepas dari geram bab Arsenal puasa gelaran, mamat Russia kita dah pon cetuskan kontroversi lagi.
Arshavin mengulas 3 pengurus terbaik dunia menurut nya yakni:
Guus Hiddink, jose maurinho, fabio Capello.
Adapun AW hanya setakat cukup baik sahaja, dan bila dia dapat memilih pengurus untuk squad Russia, dia akan memilih antara 3 pengurus terbaik versi diri nya sendiri, bukan AW.

yang nie tak pe lagi, yang bengang nya, Arshavin mengeluarkan kenyataan yang dia berminat untuk bergabung ngan Barca. Dia cakap joint Barca adalah kemuncak karier nya, bermain bersama Messi dan kekawan adalah impian mamat Russia nie.

Q pon respect daya juang mamat russia nie semenjak joint Young Guns, tapi semenjak dua menjak nie, dah mulai reti belagak, menyampah tengok muke dia yang tamak nak score goal.

Bila nak blah, blah lar, Gooners tak bergantung pada penyangak macam lu larrr.

AW kene berbuat sesuatu, janji nak spent, kene spent sebelum WC 2010 nie, bila tak , nanti tetahan jerrrr harga bertambah mahal, macam Nasri.

P/s :
Biar larrr barca beli Arshavin tu, kalau dah kompem sign Chamakh.
Menyampah tengok dia tu, patut pon main semacam jerrr, sibok nak piala rupanya.
Bro Hafez, tolong lu uruskan Arshavin nie gi Celtic or Rangers kat scotland.
kompem dia ambik juara tiap tahun, saya tak payah lar ada penyangak dalam Pasukan Young Guns, merosak mental jerrr nanti.

Q Proud be 1 of Gooners. Once Gooner-Gooner forever.

Ahad, 25 April 2010

Arsenal puasa gelar untuk 5thn.

aksi di emirates melayan limpahan wang pounds pak arab menyaksikan Arsenal setakat berpuas hati dengan tambahan 1 mata sahaja.
Tiada yang special dalam aksi 90minit kat padang dengan tambahan yang paling lama Q pernah tengok yakni 8minit bab given yang terkehel tangan jasa adik angkat bro hafez ( Diaby ), mengalahkan masa tambahan 7minit game Stoke vs Arsenal yang mana Ramsey patah kaki, hanya kelibat Nasri, Song di bahagian tengah nampak bertenaga di tambah Clichy yang mulai in form, dan sedikit tusukan RVP ke ruang pertahanan Man. C. lain daripada itu, hampe...

Masuknya ex-gunners ke padang, Toure dan Vieira mendapat tepukan gemuruh dari penyokong2 Arsenal sendiri.
Sampai lar minit 72, bila Vieira di gantikan Adebayor, keadaan bertukar bunyi BBBBOOOOOO.
(NASIB ENGKO LAR BAYOR EH BAYOR).

Walau tak suka, Q memang harus mengakui, masuknya si Bayor nie, memaksa Arsenal memperkemas jentera pertahanan, Song selaku pengrosak serangan lawan berjaya mengawal keadaan, dan sempat nak bercium ngan Bellamy.
Bellamy memang patut di berikan sedikit pujian, kelajuan dalam dribling bola cukup menakjubkan walau Sagna berjaya menghambat laju striker wales nie

Tak po lar, next year kita cuba lagi.

pada bro hafez...
jangan patah semangat..
bila ado super sunday next year punye, yakin boleh menang, kita layan projector tembak diding yang engko cakap..
( jangan tembak orang dah larrr ).
ok lar
Q cao dulu, tak leh tidur tengok game semalam Arsenal tak larat nak balas, Q dah azam nak cium logo depan2 tv kedai mamak tu, tapi tak tercapai larrrr, sampai tak dapat tidorrrr..
tesionnnnnnnn,.....

Sabtu, 24 April 2010

Pre : Arsenal Vs Man.C

Arsenal yang sedang dalam dilema krisis pemain utama, malam ini akan melayan kunjungan Man. C yang glamour dengan wang pounds pak Arab.
Ada 3 ex-Gunz : Kolo Toure,Vieira dan yang terkahir si Sayor Kailan yang dah pencen dari squad kebangsaan Togo.
The Prof berharap kat penyokong Gunners, tak lagi mengungkit kes panas Adebayor masa kita berkunjung ke MC tahun lepas, dan nampak gaya Adebayor pon takut dari awal2 lagi, masa bro Hafez dapat tangkap yang mamat nie pakai T-shirt berlogo Arsenal, dan kenyataan bayor kat media yang berkata yang dia tak nak pindah, AW pon tau yang dia tak nak pindah, itu lar kenyataan si berok nie selepas kene tembakan terorris di Angola masa Piala Africa dulu ( nasib die baik, bukan die kene tembak mati ).
( Bengang gak tengok mat Togo nie, tapi abaikan jer larr, lain kali kalau buat lagi baru kita kasih pancit kete die ).


ok lar kita layan Prebiu kita dulu.

Tuan Rumah.
Arsenal.

Cescs, Arshavin, Gallas adalah 3pemain utama yang absent dan terbaru Vermelen mungkin bercuti lebih awal dan tidak lagi turut dalam 3baki game BPL musim nie, memang memberi impak besar terhadap perform Arsenal.
2kekalahan lepas sebagai bukti yang tak de 4 orang tersebut, Arsenal mengalami kejatuhan, tumpas ngan totteham, kecundang di 10 minit terakhir ngan Wigan.
Boleh di katakan Almunia dan Fabiansky adalah kambing hitam dalam squad yang kalah tersebut.
Almunia selaku mentor bagi lepas 2gol untuk Totteham, yang paling tak boleh di terima Fabiansky selaku protege 3gol dalam last 10 minit. ( podih...podihh.. )
bab yang 2 ekor nie lain kali lar, kita balik pada topik kita.
kali ini boleh di katakan aksi balas balik, tapi dengan ramai pemain utama cedera, boleh ke Youngs Gunz kite nie???
Ape pe pon kene caya ngan The Prof.
selaku Gooner gua caya sama lu Wenger, jangan kecewakan kite orang kat sini.
( macam lar wenger reti cakap melayu :) hihihihihihi)


5 last game BPL Arsenal: ( L, L, W, D, W )
18hb Apr Wigan - Arsenal 3-2 L
14hb Apr Totteham - Arsenal 2-1 L
03hb apr Arsenal - Wolverhampton 1-0 W
27hb Mar Birmingham - Arsenal 1-1 D
20hb mar Arsenal - WHU 2-0 W

Agaknya Almunia masih cedera, dan Wenger bagi Fabiansky untuk tebus balik apa yang dah dia bagi kat wigan, depa jadi starter, RVP yang baru jerr semboh mesti jadi reserve dengan cergas semulanya Dudu.

Fabiansky;- Sagna, Campbell, Sylvestre, Clichy;- Eboue, Diaby, Nasri, Rosicky;- Eduardo, Bendtner

Man. C

Man. C yang minggu lepas tumpas di kandang sendiri pada musuh derby utama Man U, terdesak untuk menang, untuk menjaga peluang tampil di liga champion musim hadapan dengan perburuan slot ke 4 itu tertumpu pada 4 pasukan, Totteham, Man C, Astonvilla dan Liverpool. Micah Richards yang kembali menambah lagi daya serang Man. C. Nampaknya bila Arsenal leka di barisan belakang, sedikit kesilapan tiada maaf bagi Young Gunz.

17hb Apr MC - MU 0-1 L

11hb Apr MC - Birmingham 5-1 W

03 Apr Burnley - MC 1-6 W

29hb Mar MC - Wigan 3-0 W

3game terakhir Arsenal vs Man. C
12hb Spt 09 MC - Arsenal 4-2
04hb Apr 09 Arsenal - MC 2-0
22hb nov 08 MC - Arsenal 3-0

Given
Micah Richards, Toure, Kompany, Bridge ----> Best Frenz JT
Adam Johnson, nigel de jong, Gareth barry, Bellamy
Tevez, Adebayor

P/s :
Expert predict, perlawanan dramatik berakhir dengan draw.

Q predict, Arsenal berhempas pulas untuk menang 2gol berbalas 1.

kekawan cam ner???

Rabu, 21 April 2010

Relax bro...

Nampak gaya ramai dah penyokong Arsenal dah naik hangin ngan pasukan muda Gunners.
Bro Hafez sampai marah2 kat fb depa :phue hehehehe

Relax bro..
ibarat ombak ada naik ada surut, naik selalu, jawaban dia: kita tak makan ikan, nelayan takut turun laut.
Kalau turun pulak, sayang ikan berlambak busuk, tak de orang nak.
KARAMSING WALIA untuk Blogger :p hue hehehehe
Cam tu jugak bola nie, cukup lar kita gegar BPL ngan 49game without Lose tu.
Lain kali kita cuba rekod lain pulak.

ikutkan hati, Q geram jugak sebenar ngan Wenger nie, bergantung ngan individu tertentu jerrr, bila dah kena hentam badai cedera pemain utama, dah mulai larrrr sakit hati nak layan.

Tapi nak sakit hati biar tahan2 jer lar dulu.
Kita layan game Vs Man. C kat Emirates.
Bila tak leh nak menang, baru kita kaw2 sakit hati nanti.

Bro Hafez.. apa macam??? lu layan kat mana bro???
Game tu awal sikit, boleh lar kita joint table ramai2 ajak member2.
boring jugak kene boooo sorang2, kalau ramai2 boleh lar pulak pura2 gi tandas cover malu :p wakakakakaka.
tapi itu sepintas lalu jerrrr.

Q bukan jenis layan cam tu, kena bedal 1-4 ngan Chelsea tahun lepas pon, Q hari2 masih pakai jersey Arsenal.
( Bab Jersey berlambak beli dari rantau panjang nyerrr ).

Ok lar, sebelum cao, Q nak kuatkan semangat kekawan Gooner yang layan Blog nie.
Tetap sokong Squad kita nie, kalau rasa2 tak kuat, selamat mencuba peruntungan sokong club lain

Akhir kata, Q once Gooner, Gooner Forever.
Proud be 1 of Gooners family.

Selasa, 20 April 2010

Sorry tak posting

Q harap maaf tak posting, bab Broadband kat rumah lambat pick up.
tanya kat Celcom centre, lepas tu cuba pulak kat kedai tu, line cun gile, siap try you tube layan cam ESPN oooo.
Repeat balik kat rumah pas tu, mula lagi buat hal, lembab gile.
nak tak nak nanti kene pegi lagi.
Q rasa kat kedai tu memang laju gile kot celcom tu kat dalam kedai.

Tinggal dulu bab broad band tu

kita cakap pasal kecundang lagi kat JJB stadium.
apa jadahnya malam tu.
Q dah rasa macam nak menang 0-3 malam tu, sial memang siallllllll.
malam sebelum tu, Totteham bedal Chelsea, Q lepak kat kedai mamak yang penyokong Blue ramai kat dalam.
Antara sedar dan tak, Q booooooooooo kuat semacam sampai ada 1 group kat kedai tu pandang lain semacam rasa macam nak terkam Q jerrr.
Q selambe jerrrr relax keluar ngan bini dengan kepala mendongak.
Tak tau terkene badi, masa layan game Wigan vs Arsenal, lepak ngan bini. terkena boooooooo di gol wigan yang ke 3.
pasalnya gol 1 dan 2 Arsenal Q jerit sambil angkat tangan tinggi2, tu yang depa semua booooo di last minit, tau Q Gooner.

Sodihhhhhhhhhhh betoi hati ini, kalah ngan wigan di saat Chelsea drop point.
Abaikan jerrrrr larrrr angan nak piala musim nie.

AW pon dah buat AKU JANJI nak spent beli seorang dua bintang untuk cover squad muda Arsenal.
AW pon yang dah tamat masa contract, nampak gaya nak sambung sampai 2014 kat Emirates.

Sabtu nie harus harus menang, kalah ngan Wigan tu memang padan muka Young Gunners, leka bila dah leading, tak serik2 kena bolos minit2 terakhir perlawanan. Q tak kisah sangat.
abaikan lar yang sudah2.
Janji kita tumpaskan man. c kat Emirates, kita tunjuk kat Sayor kailan dari togo tu, yang dia tak de pon kita boleh.
Q nak RVP balas balik pijak biji mata dia tu biar buta terus.
( wakakakaka ganas betoi larrrrr yang ayat terkahir nie :p )

Nanti Q posting bab Game Vs Man. C nie.
Mesti posting punya, penting nie beb.

Jumaat, 16 April 2010

Tambah lagi Vermaelen ambik cuti sampai penghujung musim.

Arsenal selepas kalah dari Totteham Khamis suboh, lagi tertekan selepas mendapat 1 lagi tamparan.
Cederanya Tonggak utama jantung pertahanan Arsenal, Thomas Vermaelen.
Joint dengan Arsenal, terus saja membuktikan bahwa dia memang patut diberikan 5star defender.
Bab defender dengan 7gol BPL setakat nie.

Tapi apakan daya, memang pon dalam bola tiada yang tak mungkin, semua boleh berlaku.
tapi memandangkan perbezaan gol dengan chelsea yang ketara ( Chelsea advantage 14 gol dari Arsenal ).
Kita hanya dapat mengharapkan keajaiban berlaku untuk dapat merangkul kejuaraan BPL sekurang-kurangnya kita menang 4 baki perlawanan terkahir dengan jaringan tak kurang dari 2gol dan Chelsea kalah 2kali dengan jaringan besar ( kene bolos kurang2 2 atau 3 gol / game ).

Bila tengok form Chelsea yang tengah On Fire, Agaknya Liverpool yang tengah fokus UEFA Cup mesti kene bedal kat AnField nanti.
Tapi seperti Q cakap Walau tak mungkin, mukjizat boleh berlaku.

Sekurang-kurangnya, kita dah ada dorongan mental dengan come backnya Intan Payung kita RVP.
Sekurang-kurangnya boleh tengok depa score goal untuk Arsenal.

P/s :
Bab Wigan vs Arsenal, esok Q postingkan.
Adiosssssss bro...
Wa Caoooooo

Khamis, 15 April 2010

Kita kecundang di tangan pecundang.

Tak tau lar ape dah jadi, peluang di persiakan cam tu jerrr.
kuat sangat ke Tth tu???
Tak de khidmat 2 tonggak offendsif utama, Cescs dan Arshavin amat terasai jentera hadapan.
RVP yang sudah Q jangkakan hanya selaku pemain gantian, masuk minit 68.

dengan saingan berbaki 4 game saja lagi, secara logik impian dah berkubur, puasa gelaran bertambah 1 tahun lar pulak lagi (T.T) sodihnyaaaaa

The Prof pon dah mulai menanggapi comment pengulas sukan, yang project Youngs Guns belom ada mental juara juga belom dapat bersaing ngan project wang pounds, Pak Russia ngan Pak Arab.
The prof berjanji akan spent season depan untuk mendatangkan 1 atau 2 bintang untuk menerangi The Gunners, sesuai permintaan Arshavin yang dok sibok minta pemain berpengalaman.

akhir kata once Gooner, Gooner Forever..
Adiosssss...

P/s :
Hari nie masih bengang, tak de mood nak ulas panjang2.
Bab posting game sabtu, Q mesti post nyerrr..

Rabu, 14 April 2010

Pre : Totteham Hotspurs vs Arsenal.

Dalam 10 game terakhir, Arsenal vs Tottenham banyak bermain draw.
tapi bila bercakap bab menang Arsenal yang lebih banyak meraih kemenangan. 4 kemenangan Arsenal, dan Tottenham hanya 1 kali.
Arsenal juga dalam landasan penampilan yang lebih baik, berbanding Tottenham. lain kalah dari Barcelona, Arsenal hampir selalu meraih 3 mata penuh setiap game BPL. awal2 Februari lagi, Arsenal belum pernah kalah. Kekalahan terakhir masa menyerah kalah ngan Chelsea kat S. Bridge 2-0.
Tottenham pulak baru merasakan pahitnya kekalahan vs Sunderland ngan Darrent Bent bagi ehsan persiakan 2 pinalty dari 3 yang di bagi refree. Selepas tu dihentam Portsmouth di semi-final Piala FA,

Hasil 5 game Terakhir Kedua club derby:
Arsenal 3-0 Tottenham - BPL (31hb/10/2009)
Tottenham 0-0 Arsenal - BPL (8HB/2/2009)
Arsenal 4-4 Tottenham - BPL (30HB/10/2008)
Tottenham 5-1 Arsenal - Piala Liga (23HB/1/2008)
Arsenal 1-1 Tottenham - Piala Liga (10HB/1/2008)

ARSENAL:
Ketiadaan Cescs & Arshavin dah pasti sedikit merisaukan Q memandangkan jentera hadapan yang bergantung sepenuhnya pada Bendtner.
Bendter pulak dah banyak sangat mempersiakan peluang keemasan yang terhidang.
Dudu selepas come back dari patah kaki akibat permainan ganas Birmingham, nampak kurang bertenaga bila depa tampil di setiap game Arsenal.
RVP yang dah mulai bermain dengan club kecil Amsterdam FC ( sekutu Arsenal ), dah kompem akan ikut berkunjung ke markas Totteham. hanya tak tau selaku starter ke atau pon sebagai pemain gantian ( tengok perangai wenger, mesti bagi masuk kat minit2 terkahir perlawanan ).
ketiadaan Gallas pon sedikit sebanyak merisaukan barisan pertahanan Arsenal, Campbell yang nampak masih mencari cari rentak untuk berduet ngan Vermaelen kat jantung pertahanan.

Totteham:
Totteham pon tak kalah teruk dari Arsenal, tumbang di semifinal FA vs Portsmouth pasti memberi tamparan hebat pada pasukan Harry Redknapp.
minggu lepas pulak, Darrent Bent mempermalukan ex Club yang mempersiakan dirinya 3-1 dengan ehsan 2 pinalty di persiakan dari 3 yang di bagi refree.
Peter Crouch striker Panjang nie berlagak nak jadi kan Arsenal sebagai tempat pelampiasan atas kekalahan yang menimpa pasukan Derby Arsenal ini ( Cakap sama panjang dengan orang die nie, siyal punya panjang).

Squad predict :
Arsenal
Almunia
Sagna - Campbell - Vermaelen - Clichy
Eboue - Song - Diaby
Walcoot - Nasri
Bendtner

Totteham -> Q tak nak ambik tau, sapa2 pon letak jerrr larrr, Q pejam sebelah mata tengok lu

Score Predict:
Totteham 1
Arsenal 3

Remark :
kekawan nak score berapa?????

Selasa, 13 April 2010

RVP kompem joint Gunners Vs Totteham.

untuk hari nie, Q dapat kabar yang RVP joint Squad Gunners berkunjung ke kubu Totteham Hotspurs, Seteru utama Derby londonner Arsenal.

Sebelum nie RVP diberi sedikit pendedahan turut joint Amsterdam FC, Club kecik bandar raya Holland.
AW sedikit terdesak menggunakan khidmat RVP bab Arshavin dan cescs yang tak lagi turut serta baki saingan musim nie.
Man U yang tercicir mata berharga masa menentang Black Burn sememangnya adalah satu pengajaran berharga bagi Prof, cukup lar sudah gol Birmingham yang buat kita semua bengang.

Suboh nie, Chelsea lebih dulu mendapat kunjungan Bolton.
Bila nak harap Chelsea cicirkan mata game nie, memang macam angan2 mat jenin jer, Astonvilla yang gah dengan nama besar customer tetap top 10 pon kene bedal 7-1, tambahkan lagi Bolton kene belasah 0-5 kat kampung sendiri.

dalam bola sepak tak de yang tak mungkin, semua boleh terjadi.
hanya secara fakta sedia ada, nampaknya kita memang tambah 1 thn lagi puasa gelaran.

Esok Q posting bab Totteham hotspurs vs Arsenal khamis suboh, esok pepagi Q posting yerr.
Adiossss.. Wa caoooo..

Sabtu, 10 April 2010

Q cuba Up Date.

Nampak Gaya Bro Hafez tengah busy urusan kerjaya depa, atau pon sibok Q tiket kedah masuk final Piala FA.
Ada ke tak penyokong Blog nie asal Nogori??
Bab sesama Gooners ngan Bro Hafez yang dah lama kenal kat blog, mulai dari Bro Afham kat blog lama dia lagi.
Jadi Q pon kena ikut " PULUN KEDAH PULUN "

Bukan Q tak nak update, bab sesetengah penyokong blog nie ada yang fanatik kat posting Bro Hafez, tu yang Q kureng active.
Tapi bro Hafez yang dah banyak bisnis sekarang nie ( tak tau lar bisnis ape sampai blog tak nak urus, agaknya bisnis cari mak we baru ). :p wakakakaka

Belum adanya game babitkan Arsenal, Q ulas sedikit:

Cescs ngan Arshavin dah pon mulai bercuti lebih dulu, bab kecederaan semasa 2 game vs Barca, yang mana leg 1 Arsenal comeback yang menakjubkan dari ketinggalan 2gol Zlatan ibramovic tapi dengan dominasi Barca memang tak dapat di imbangi oleh Arsenal sampai terkena 4-1 kat Nou Camp.
Bila saja wenger focus kat BPL jerr tahun nie, mesti dapat nyerrr, berbelah bagi ngan CL sampaikan tercicir mata berharga untuk beberapa kali untuk mendahului.

Di sebalik berita yang kurang menyenangkan Kubu Young Gunners, RVP intan payung kita dah pon bersedia masuk dalam squad untuk berkunjung ke markas derby Arsenal yakni Totteham Hotspurs, turut juga Djourou dan Gibbs.
Game Derby nie pastinya akan bermain dalam aura yang betoi2 panas, Arsenal yang tak nak tercicir sebarang mata untuk menjaga asa juara selepas kecundang di tangan barca.
Totteham pulak nak merasakan aura CL musim depan kutipan mata penuh disetiap perlawanan.

Pasal game tu nanti, selasa baru Q up date yerr.

Maruone Chamakh dari Bordeaux yang sama2 terkeluar dari saingan suku akhir CL, berkemungkinan besar akan berjersey Arsenal musim depan, mengingat Chamakh yang dah habis contract ngan Bordeaux ( tapi tak pasti lagi, kalau die nie jenis cam Ramsey, ok larrr, kalau cam si Bayor kailan tu, mungkin dia blah kat Chelsea ke atau Man. C ) kita tunggu jerr di penghunjung musim nie.