Khamis, 30 Julai 2009

P. Vieira kembali ke Arsenal????

Selepas konfirmasi penjualan pemain Arsenal Kolo Toure ke Man. C sebesar 14,5jt pounds untuk contract 4thn, ada sedikit berita gempak.
P. Vieira ex captain Gunners mungkin akan kembali menyarung jersey Arsenal. Aw berminat untuk mendapatkan khidmat Vieira yang tengah bergelut untuk masuk kedalam squad utama Intermilan. kemungkinan P. Vieira akan mendapat contract 1 thn sesuai polisi Arsenal yang hanya membenarkan contract perpanjangan 1 thn selepas berumur 30 thn.
Akan tetapi tak semudah yang kita harapkan, Tth Hotspur derby Arsenal ini turut menawarkan contract 4thn pada Vieira.

Fiorentina secara rasmi masuk meminang Emmanuel Eboue (26thn) sebesar 9jt Pounds untuk contract 5thn.
selepas tamat perlawanan menentang Hannover 96 club Germany di Austria kemarin yang mana Arsenal menang 1-0 hasil jaringan Cesc Fabregas di menit ke 8, Eboue berlari dan membaling Jersey Arsenal nya ke arah Penyokong Arsenal seakan mengucapkan terima kasih atas sokongan dan juga sebagai tanda perpisahannya.

P/s :
berkurang lagi senior dalam squad Arsenal. mungkinkah ini awal dari mala petaka atau sebaliknya?? tanpa ada pembelian pemain yang di kaitkan untuk Arsenal.
Qsheira tetap yakin akan Arsene Wenger.
once Gonner, gonner forever.

Rabu, 29 Julai 2009

Seriuskah si Wenger?

Ok, cerita semakin perit, mata semakin sipi-sipi jer orang pandang pada Arsenal. Setelah berjaya mendapatkan tandatangan van Persie dan Walcott, tegas Wenger bagi memastikan tiada pemain utama keluar nampak gayanya semakin pelik dan kronik. Dengan jangkaan esok sebagai tarikh akhir Manchester City mendapatkan tandatangan Toure setelah melepaskan Adebayor kepada pasukan yang sama, aku merasakan masih ada dua atau tiga pemain mungkin bakal mengekori.

Dengan hanya Thomas Vermaelan satu-satunya pemain yang masuk bagi musim panas ini, kedudukan Arsenal sekarang juga semakin panas. Adakah Wenger serius untuk compete pada musim hadapan? Masih tinggal tiga minggu lagi sebelum bermulanya aksi 2009/10, jadi masih belum terlambat. Sekurang-kurangnya dua muka baru perlu diserap bagi memastikan Arsenal cukup ramuan.

Dilihat pada skuad yang sedia ada, kita amat mentah, belum cukup masak, belum cukup bersedia. Jadi dengan kemungkinan dua muka berpengalaman, aku pasti kita mampu bersaing. Lihat apa yang dilakukan Manchester City, Aston Villa, Everton dan Fulham, adakah kita bersaing bagi mendapatkan tempat keempat lagi? Oh tidak, cukuplah musim lepas.

Jadi jika benar kita sudah kuat di pertahanan, aku yakin bahagian ofensif langsung tiada masalah untuk membuatkan Arsenal antara pencabar liga. Sekarang ini, aku maksudkan pertahanan, sorang CB baru mungkin, dan mungkin juga sorg DMF yang berpengalaman! Sebab aku percaya, kita masih lemah di sini.

Kolo Toure ke Man. C

Kolo Toure Defender serba boleh nie dah bersama Arsenal 7 musim nampak akan berakhir jodoh hari ini.
Tatkala Squad The Gunners tengah menjalani latihan untuk perlawanan persahabatan kat Austria, Toure akan segera balik ke england untuk menjalani tes kesihatan sebagai langkah terkahir untuk joint Man. C.
14jt Pounds harga untuk toure di bayar oleh Man. C kepada Arsenal dan 120k Pounds/minggu adalah bayaran Toure untuk contract 5tahun.
Toure merasa semakin kecil peluang dirinya sebagai starter, dengan datangnya Vermaelen dan kembalinya Armand traore ( pinjaman ke Portsmouth ) dan juga Senderos ( pinjaman ke AC Milan ), ditambah dengan hubungan tidak baik dengan Gallas semakin menambah minatnya ke Man. C.

Akan kah Man. C akan mencabar pasukan big 4 BPL. kita tunggu saja musim 09/10.

Khamis, 23 Julai 2009

Mana satu nihhh???


"I do not know anything about the statement made by my coach. It can not be true. I am completely ready physically. I was told that I will play between 20 and 30 minutes on July 27 when we play against Szombatelya. Two days later against Hannover 96 I will play a half."

"I feel great, next week I will play for Arsenal, and I believe that everything will be OK."


Aku agak konfius di sini, mengenai kecederaan Eduardo. Dalam official website telah menyatakan bahawa Eduardo bakal berehat selama dua bulan setelah dilaporkan bakal menjalani pembedahan minor dan tempoh dua bulan ini sebagai tempoh recovery. Tapi apa yang menghairankan melalui laporan Eduardo pada Goal.com bahawa dia tidak mengalami sebarang kecederaan. Hairan betul!

Dan ini statement Wenger sewaktu melaporkan kecederaan dialami Nasri:

“But the options are Tomas Rosicky who is back. And in [those] two months Eduardo will be back as well. We do have offensive options but we don’t want to lose important players before the season starts"

Adakah Wenger ingin menyatakan dalam tempoh dua bulan ini Eduardo bakal regain fitness dia yang sebenar? Mungkin juga. Atau mungkin kesilapan daripada pihak media mahu pun official sewaktu memasukkan artikel ke dalam official website atau media itu sendiri.

Pastinya berita yang amat menggembirakan, Nasri berkemungkinan bakal kembali beraksi dalam tempoh 6 minggu setelah Wenger menyatakan kecederaan Nasri cumalah keretakan minor. Sekiranya 6 minggu penantian, dia cuma terlepas hampir tiga minggu pertama permulaan musim. Satu berita yang positif. Apa-apa pun kita harapkan Nasri akan kembali fit seperti biasa dan kembali membantu Arsenal mengharungi musim 2009/10 yang lebih mencabar dan penuh tekanan terutamanya menamatkan badi trofi utama.

Rabu, 22 Julai 2009

Semoga cepat sembuh, Nasri!

Dengan tempoh permulaan musim tinggal kurang daripada sebulan lagi, Arsenal menerima berita yang kurang enak dalam mencaturkan pasukan lebih mantap musim hadapan setelah Samir Nasri mengalami keretakan di tulang betis yang dipercayai berpunca daripada fight ball antara dia dan Abou Diaby. Bongok betol la Dalsim ni! Secara rasminya Cowin Lewin iaitu physio Arsenal menjangkakan Nasri bakal berada di sideline antara dua hingga tiga bulan.

Sekiranya Arsenal berjaya layak play-off liga Juara-Juara Eropah untuk memasuki pusingan kelayakan dalam kumpulan, ini bermakna Nasri akan terlepas sekurang-kurangnya tiga perlawanan di dalam kumpulan. Dengan Wenger cuba meletakkan Nasri di bahagian defensif midfield sehinggalah kecederaan ini berlaku, ini mungkin antara faktor untuk Wenger kembali ke dalam lubok perpindahan musim panas dalam mencari pemain defensif midfield yang bakal digandingkan bersama Fabregas.

Tapi inilah resam bolasepak, ada saja perkara yang berlaku tanpa kita jangkakan. Aku di sini mengharapkan Nasri akan cepat sembuh dan kembali menyarung jersi Arsenal. Kecederaannya mengigatkan aku mengenai kecederaan dialami John Terry sewaktu challenge 50-50 antara dia dan Eboue yang memaksa Terry diketepikan Chelsea untuk tempoh 3 bulan.